BAB 4 - AISYA

6.7K 237 10
                                    

Aisya melirik pada jam tangannya, tepat jam 10 malam. Ruang memasak sudah dibersihkan, tong-tong minuman juga sudah clear dicuci, tinggal nak closing akaun sahaja lagi. Aisya segera membuka apronnya dan menutup lampu booth menandakan gerai sudah tutup. 

"Korang pergilah balik dulu, Kak Ca buat closing harini dan tutup booth ni nanti." Aisya menyuruh dua orang rakan sekerjanya pulang dahulu. Mengangguk setuju, dan sekelip mata saja berdesup Tipah dan Hasna bergegas pulang meninggalkan Aisya.

"Hahaha, pantang suruh balik awal, laju je korang eh..." Aisya mengomel sendirian sambil tertawa melihat gelagat dua orang rakan sekerjanya. Aisya lebih selesa menganggap Tipah dan Hasna sebagai rakan sekerja biasa walaupun hakikatnya Aisya telah dinaikkan pangkat sebagai manager di booth kecil yang menjual wafer dalam pasaraya Jusco yang besar itu.  

Namun begitu, berapa sangatlah gaji manager di booth kecil itu nak dibandingkan dengan kos hidup di Kuala Lumpur, tambahan pula dia seorang ibu tunggal. Nasib baiklah rumah yang dia sewa sekarang tu masih tidak dinaikkan harga oleh tuan rumah walaupun dia terpaksa menahan sikap miang tuan rumah, Encik Hasan jika datang mengutip sewa tanpa isterinya. Perkara-perkara sebegitulah semakin membuat rasa benci Aisya pada lelaki membuak-buak hingga nak melimpah.

Dalam mengelamun, tangan AIsya tetap pantas dan cekap mengira duit keuntungan booth wafer tersebut hari ini. "Yes, takda duit short, dah boleh balik." Aisya mencapai helmet dan kunci motosikalnya yang diletak di bawah kabinet dan terus menuju ke motosikalnya. 

***

Aisya menguak pintu rumah, Aqif tertidur di ruang tamu menunggunya, pasti kelaparan anak itu. Tersentuh naluri keibuan Aisya sesaat sebelum syaitan kembali menguasai jiwanya mengingatkan kembali kebencian terhadap anak itu, membenihkan rasa jijik seperti selalu. "Aqif! Nah aku belikan nasi goreng tadi." kaki Aqif dikuis kuis kasar dengan plastik berisi makanan tersebut. Aqif bangun sambil menggosok-gosok matanya.

Dia nampak ibu memegang makanan. Spontan bibirnya mengukir senyuman, ikhlas sekali untuk si ibu. Begitulah sucinya hati anak kecil yang tidak tahu mengambil hati dengan orang lain, apatah lagi dengan ibunya sendiri. "Terima kasih ibu." Aqif mengambil plastik berisi nasi goreng tadi dan berlalu ke dapur. "Lepas makan masuk tidur, jangan tidur lewat, esok terlepas sekolah pulak." Tegas pesanan Aisya, sambil berlalu ke biliknya. 

Aisya menghempas diri ke katilnya, ikatan rambutnya dilepaskan. Terurailah rambut panjangnya yang ikal mayang. Butang bajunya dibuka sedikit. Perasaannya rasa serabut sekali, namun kosong. Satu perasaan yang tiada explanation, tak mampu diterangkan. 

Sungguh lama benar dia telah meninggalkan Tuhan. Dia tidak pernah bersujud lagi sejak dia keluar dari rumahnya 10 tahun lalu. Dia merasa dunia tidak adil namun dia lupa, Allah selalu bersamanya, dan Allah jualah yang memberinya kekuatan selama ini. Kekuatan yang dia sangka dia miliknya abadi. 

Aisya akhirnya tertidur dalam cubaan meleraikan kekusutan fikirannya yang masih tidak berjaya. 


Izinkan Aku Bahagia | COMPLETED |Where stories live. Discover now