BAB 6 -TRAUMA

6K 215 24
                                    


"Hasna...sakitnya kepala Kak Ca ni...."Aisya tertunduk sambil memegang kepala menahan sakitnya. Hasna yang sedang membaca novel "Air Mata Aryana" bagi mengisi masa lapang kerana tak ramai customer malam ini segera menutup novel tersebut. "Eh akak, teruk sangat ni. Akak balik lah dulu, lagipun lagi berapa jam je kat sini. Saya cover akak." Aisya masih tertunduk menahan perit. "Aduh akak, akak okay tak ni?" Hasna menggaru kepalanya yang tak gatal, risaukan Aisya, kalaulah harini Tipah bekerja, bolehlah dia lari sebentar menghantar Aisya pulang, tapi kebetulan pula harini Tipah bercuti.

"Eh akak okay, ni..." Aisya bersuara perlahan, menggigit bibir menahan sakit yang berdenyut. "Jangan tipulah Kak Ca, baliklah ok, esok pun tak payah nak mai kerja, saya gantikan. Dah, pergi balik." Pantas Hasna yang dapat menghidu kepura-puraan Aisya tolong mengambil helmet dan kunci motor Aisya dan menghulurnya pada Aisya. "Terima kasih Na." Aisya mengangguk perlahan, sambil mengambil barangnya dari tangan Hasna. Perlahan Aisya meninggalkan booth wafer tempat kerja mereka sambil terhoyong hayang menahan sakit. Dari jauh Hasna memerhati sayu pada ibu tunggal muda yang penuh rahsia itu. Selalu tertawa tapi ada sesuatu rahsia dari senyumannya yang membuat orang dapat merasai perasaan tawar dalam hatinya.

Aisya menunggang motorsikalnya perlahan di lorong kiri. Sekejap-sekejap tangannya menekan dahinya yang terasa seperti disiat-siat, pedih. Terhoyong-hayang motorsikal Ex5 yang dibawanya sekali sekala. Akhirnya sampai juga ke rumahnya dengan selamat.

Aqif tersenyum tatkala ibunya membuka pintu. Semangat dia yang sedang menunggu ibunya sambil menonton tv itu berdiri dan menghampiri ibunya.

"Ibu..Ibu...Esokkan.."

"Esok! Esok cakap!"Aisya mengangkat sebelah tangan sambil sebelah lagi memegang kepalanya yang sakit, memberi isyarat supaya Aqif tidak menganggunya. Aqif akur, dan berundur.

Aisya segera masuk kebilik, menelan dia pil Panadol dan terus memejamkan matanya.


Perasaan Aqif berbaur antara risaukan ibunya, dan juga kecewa kerana tak sempat memberitahu bahawa esok pagi Ustaz Kamal akan mengambilnya di rumah.

***


Aisya memandang jam loceng yang disisi katilnya, tepat pukul 0945 pagi. Terbeliak mata Aisya, ibarat mini heart attack kerana teringatkan yang dia sudah lambat untuk ke tempat kerja. Tiba-tiba dia tersedarnya Hasna telah menggantikan tempatnya pada hari ini. Aisya memegang kepalanya, ah bagus, dah hilang pun sakitnya. Penat sangat agaknya.

Dia keluar dari biliknya siap bertuala untuk pergi mandi. Aroma roti bakar dari dapur cepat menerjah hidungnya saat pintu bilik dibuka. 'Amboi, awal bebenor budak ni dah bangun sarapan.' Getus hati Aisya. Dari jauh dia nampak kelibat Aqif yang sedang menyapu planta ke atas roti bakar, kemudian pula menabur gula. Tanpa sedar Aisya tersenyum kerana teringatkan zaman kecilnya dulu yang juga gemar memakan roti dengan planta dan gula.

Tiba-tiba Aisya terperasan akan sesuatu.

"Eh Aqif, nak pergi mana pulak ni siap awal-awal?" Tegur Aisya melihat Aqif yang sudah memakai tshirt berkolar siap tuck-in lagi dalam seluar tracknya, dengan rambut yang disikat kemas ke tepi. Amboi.

Aqif terkejut, dia tak perasan ibunya memerhatikannya dari tadi. Sangkanya ibu kerja hari ini kerana tak pernah pula ibunya bercuti pada hari Sabtu. "Eh ibu. Aqif nak...ermm.." Aqif tergagap pula kerana terlalu takutkan ibunya akan naik angin lagi. "Pergi mana?!" Nada ibu kedengaran semakin keras.

"ASSALAMUALAIKUM."

Kedua beranak itu tersentak dengan suara lelaki dari luar pintu. "Aqif pergi tengok kejap. Siapa tu?" Arah Aisya.

Aqif tersenyum riang, 'Yeay Ustaz Kamal datang!' Aqif membuka pintu sedikit, wajahnya berubah. "Waalaikumusalam, Eh pakcik Hasan."

"Hah dah bangun dah kau. Ibu kau ada tinggal duit sewa tak?" pakcik Hasan kelihatan serius macam selalu. Aqif terlupa nak minta duit dari ibu semalam kerana asyik teringatkan soalan mengenai niat Ustaz Kamal dan keadaan ibu yang sakit pula. Aqif tersengih kerang, "Belum pakcik, sekejap saya pergi ambil." Belum sempat Aqif menutup kembali pintu, Encik Hasan membuka luas-luas pintu papan itu.

"Patutlah abang macam nampak kelibat bidadari tadi, rupanya Aisya ada rumah hari ini." Encik Hasan menapak masuk ke dalam rumah. Aqif terkejut dengan kelakuan pakcik yang berumur lingkungan 50-an itu. Aisya yang baru datang dari dapur turut tersentak. Dia terus dia lari menyembunyikan tubuhnya yang hanya bertuala itu disebalik almari.

"Encik Hasan tolong keluar sekarang!" jerkah Aisya. "Eh rileksla sayang, ni rumah abangkan..." langkah Encik Hasan terhenti di tengah ruang tamu. Dia mengurut misainya. Aqif jadi gelabah dan terus berlari mendapatkan ibunya. Sang wira kecil itu sedar dirinya takkan mampu melawan kudrat Encik Hasan jika orang tua keparat itu mengganas, namun dia rasa bertanggungjawab untuk melindungi ibunya selagi dia mampu.

"Hey budak kecik, pergi masuk bilik sekarang, pakcik nak bincang sekejap dengan ibu." Arah Encik Hasan. Aqif masih tidak berganjak dari tempatnya. Aisya dapat merasakan jantungnya terlalu kencang hingga ingin meletup. Dia terlalu takut dan berdebar, rasa trauma yang dia ingat telah berjaya dikuburkan kembali menguasai dirinya. Dia terjelepuk ke lantai.

"Sayang...." Langkah Encik Hasan semakin mendekat. 

Izinkan Aku Bahagia | COMPLETED |Where stories live. Discover now