"Sakinah kata dia nak mai jalan-jalan Kuala Lumpur Mal."
"Oh." Acuh tidak acuh jawabnya sambil berpura-pura sibuk.
"Nanti Mal ambik dia dekat KL Sentral tu sat naa Jumaat ni, dia kata dia mai guna ETS."
"Kenapa Mal pulak? Kan banyak teksi situ, grab car pun banyak." Wajahnya dihadapkan pada Nenek Kalsom, meminta penjelasan.
"Lah dia nak tumpang tidoq sini, mana la dia tau nak mai macam mana nanti. Sesat anak dara orang kita juga yang susah."
"Apadia mak?" Mata Ustaz Kamal membulat.
Melihat ibunya seperti berharap benar dia membenarkan Sakinah bermalam di rumahnya, Ustaz Kamal tidak sanggup melukakan hati ibunya . Dia juga tidak sanggup dikatakan kacang lupakan kulit dengan Haji Bakri, bapa Sakinah yang telah banyak menolong dia dan ibunya ketika dia hampir-hampir melepaskan tawaran peluang melanjutkan pelajaran ke Mesir kerana kekurangan wang.
"Yelah mak." Setuju Ustaz Kamal dalam keterpaksaan.
Emaknya sudah lama kembali ke biliknya, mungkin sudah enak dibuai mimpi. Namun Ustaz Kamal masih terkebil-kebil, sekejap merenung dinding, sekejap merenung kipas. Perbualannya dengan Nenek Kalsom sebentar tadi benar-benar mengganggu fikirannya.
Akhirnya dia terlena juga dengan lengannya diatas dahi. Serabut benar kepalanya.
***
"Aqif." Tegur Aisya melihat anaknya itu sudah bersiap kemas hendak kesekolah, sedangkan dia baru bangun dari tidur.
"Ye ibu, nak roti?" Aqif yang sedang menyapu kaya pada rotinya menghulurkan pada ibunya. Aisya menggeleng laju. Dia menarik kerusi dan duduk di sebelah Aqif, menghadap anaknya.
"Aqif, ibu nak hantar Aqif harini tapi ibu tak ada helmet lebih."
"Eh ibu Aqif kan jalan kaki je selalu. Ibu jangan risau tau, Aqif tak tinggal ibu lagi." Aqif mengangkat tangannya seperti berikrar didepan ibunya. Aisya berpura-pura ketawa menyembunyikan rasa sebaknya.
"Ok harini last tau Aqif jalan kaki, start esok Aqif naik van, ibu dah dapat nombor van dari internet, nanti ibu cakap dengan pakcik tu."
"Betul ke ibu? Kenapa ibu?" Aqif menghirup milo suam yang dibancuhnya sendiri.
"Aqif anak ibu kan? Ikutlah cakap ibu. Biarlah ibu nak buat apa pun." Aisya merenung Aqif tajam.
Aqif menunduk, kecut perutnya apabila ibunya sudah menjadi tegas seperti sedia kala.
"Hahahahaha, tahu takut. Banyak tanya lagi, sebab ibu sayang Aqif lah." Aisya ketawa besar melihat reaksi Aqif dengan usikannya, dia memeluk anaknya dan mencium dahi dan pipi Aqif bertubi-tubi.
Aqif ikut tertawa, kembang kempis hidungnya merasa bahagia yang teramat.
***
Sudah tiga hari Aisya tidak masuk kerja, tapi dia sudah memaklumkan pada Tipah dan Hasna melalui whatsapp dan mesej namun tidak berbalas. Apabila dia cuba menelefon mereka, seorang pun tidak menjawab panggilannya, walaupun berkali-kali dia mencuba.
Aisya mempercepatkan langkahnya menuju booth wafer tempat mereka bekerja. Entah mengapa dia rasa tidak sedap hati namun dia menganggap itu cuma mainan perasaannya. Semakin dekat dia menghampiri booth tersebut, semakin jelas dia nampak Tipah dan Hasna sedang sibuk membuka gerai sambil diperhatikan seseorang. Aisya menelan liur.
"Hello Mrs.Suzy." Tegur Aisya mesra menyapa bos mereka bertiga, pemilik booth wafer tersebut. Sangkanya kedatangan wanita lewat 30-an berbangsa Cina itu hanyalah untuk 'spot check' tempat kerja mereka. Jarang juga sebenarnya Mrs.Suzy datang melawat tempat kerja mereka kecuali mendapat aduan customer ataupun kerosakan peralatan kedai. Aisya meletakkan helmet dan kunci motosikalnya di dalam kabinet seperti biasa.
"Aisya, saya mahu cakap sikit." Tegas suara Mrs Suzy pagi ini.
Aisya mengerling pada Tipah dan Hasna. Mereka berdua mempamerkan wajah tidak bersalah dan tidak memberi respon pada Aisya, seorang kelihatan sibuk membersihkan tong aiskrim dan seorang lagi sibuk mengisi air milo kotak kedalam mesin air. Aisya pasrah mengangkat mukanya menghadap Mrs.Suzy yang masih kelihatan serius, dia menganggukkan kepalanya tanda setuju. Mrs. Suzy mengajaknya berbincang di ruangan food court yang masih lenggang memandangkan pada waktu pagi, masih tidak ramai pelanggan pasaraya tersebut.
"Duduklah."Pelawa Mrs.Suzy, Aisya menurut tanpa banyak bicara. Hatinya berdebar kencang memikirkan apa yang hendak disampaikan oleh Mrs. Suzy, kelihatannya seperti hal yang serius.
"Aisya. I ada dengar banyak complain pasal you, ada masalah apa ya?"
"Hah, masalah? Complain dari siapa tu Mrs.Suzy?" Aisya tersentak.
"You tak payah tahulah. I tengok CCTV juga, dah tiga hari you tak datang kan. Performance kerja you juga tak bagus, you cakap telefon masa kerja. Lain kali you buat lah kerja susun bekas ke cuci ke." Panjang leteran Mrs.Suzy diterima penuh redha, Aisya menunduk.
"Kalau I tak fikir you dah lama kerja, I buang you dah tau. I tak suka staff I makan gaji buta." Sambung Mrs. Suzy, membuat Aisya tersentak. Hatinya mendidih, dia menggigit bibir bawahnya menahan amarah. Dia mencerlung tajam pada wanita itu, hingga Mrs.Suzy pula yang merasa serba salah.
"I tak pernah on the phone langsung sebelum ini, and this is the first time I did it, you assume I tak buat kerja? Performance teruk. Well you jangan ingat saya orang bawahan you suka-suka nak cakap saya makan gaji buta! You ingat I hadap sangat nak kerja dengan you? Pergi mampuslah!" Lantas Aisya bangun dan berlalu pergi meninggalkan Mrs.Suzy yang masih terkebil-kebil.
Aisya mencapai helmet dan kunci motosikalnya. Dia menjeling tajam pada Tipah dan Hasna, kedua mereka tertunduk kelu. Terkocoh-kocoh Mrs.Suzy datang ke booth menghalang Aisya.
"Kalau you pergi sekarang gaji you dua minggu ni burn." Ugut Mrs.Suzy.
"Kau makanlah GAJI BUTA tu, jangan lupa share dengan kaki report tu." Jawab Aisya keras, meninggalkan mereka bertiga.
Aisya menangis sepuasnya didalam perjalanannya ke rumah. Hatinya kini benar-benar retak seribu, apabila orang yang paling rapat dengannya mengkhianatinya.
***
_________________________________________
Hello loves, jangan lupa klik bintang kecik tu, vote tau kalau suka cerita ni <3
YOU ARE READING
Izinkan Aku Bahagia | COMPLETED |
Romance"Ustaz kata kasih ibu membawa kesyurga, tapi Aqif tak pernah rasa pun, Aqif nanti masuk neraka ke?"- Aqif. Tangisan Aisya yang tidak pernah lelah mengemis bahagianya sendiri. dan. Mungkinkah Aqif akan punya keluarga yang sempurna diakhir cerita? M...