BAB 28

4.9K 202 4
                                    

"Buat macam rumah sendiri la noh..." Wanita berbadan gempal itu menghulurkan segugus kunci rumah kepada Aisya. Kunci disambut, Aisya mengukir senyuman manis. "Terima kasih Kak Na." Beg pakaian dibimbit, tangan Aqif dipimpin masuk ke rumah.

Sebelum masuk, mereka sempat melambai pada Kak Na dan suaminya yang berangkat pulang. Setelah ibubapa Kak Na meninggal dunia, Kak Na yang juga anak tunggal itu mengubah rumah pusakanya menjadi kembali elok dan menjadikannya sebuah homestay dan dia pula berpindah ke bandar bersama suaminya.

Homestay yang terletak juga didalam kampungnya sendiri itu juga amat dekat dengan rumah emak dan abahnya, tetapi Aisya masih tiada kekuatan untuk kembali ke sana. Dia bimbang kehadirannya masih tidak sudi diterima baik, terumanya oleh bapanya, Pak Azam. Aisya memejamkan matanya dan bersandar pada sebuah kerusi malas, hatinya diselubungi hiba.

Azan Asar yang jelas kedengaran dari masjid berdekatan mengejutkan Aisya. Aisya mengusap mukanya, dia membuka tudung yang menutupi kepalanya itu. Ruang rumah itu diteliti, cantik hiasan dalaman yang Kak Na terapkan pada rumah itu, gaya bertemakan Inggeris, langsir dan sofa juga sepadan, putih bercorak bunya ros merah kecil kecil, cantik sekali.

"Ibu, tadi Aqif nampak lembu melintas. Besarnya, takut Aqif." Aqif terkocoh-kocoh masuk dari luar. Aisya tergelak kecil melihat kelakuan anaknya itu, maklumlah budak bandar pertama kali masuk kampung. Aisya tak perasan pula bila si Aqif itu keluar dari rumah, itulah curi-curi keluar lagi.

"Itulah pandai-pandai keluar tak cakap ibu. Nasib lembut tak tanduk, baju dah warna merah tu." Aisya mengusik anaknya yang masih termengah-mengah, mata Aqif membulat memandang Aisya. "Fuh nasib baik kan ibu." Aqif mengurut dadanya, ketawa Aisya sekali lagi terburai melihat keletah anaknya.

"Aqif pergi mana tadi?" Aisya bangun menuju ke dapur, Aqif membuntuti ibunya. "Aqif dengar azan tadi dekat sangat, Aqif keluar cari bunyi tu dari mana."

"Oooo, lupa nak cakap, surau dekat depan tu je, mungkin tadi Aqif tak perasan."

"Ibu...."

"Ye?"

"Kalau macam tu boleh tak Aqif pergi solat maghrib kat situ nanti?" Aqif duduk pada sebuah bangku yang menghadap kabinet yang dibina membentuk seperti sebuah bar. Aisya yang sedang cuba mengoyak plastik Milo 3-in-1 berpaling menghadap anaknya. Aqif hanya tersengih, bimbang ibunya melarang pula.

"Pergilah. Jaga diri tau." Aisya menyambung membancuh dua gelas Milo untuk mereka berdua. Aqif tersengih riang. Milo suam yang dihulurkan Aisya diteguk perlahan.

Telefon bimbit Aisya berdering, nada muzik Kiss The Rain dari Yiruma berkumandang kuat. Aisya menghirup seteguk Milo suamnya dan membuat isyarat seperti tunggu sebentar kepada Aqif dan berlari ke arah ruang tamu tempat dia meletakkan telefon bimbit itu.

"Hello?"

"Assalamualaikum. Aisya."

Aisya menelan air liur, dia kenal benar dengan suara itu, walaupun nombor telefon pemiliknya sudah dibuang dari ruangan contactnya.

"Waalaikumussalam. Ada apa Ustaz?"

"Kami sihat alhamdulillah."

"Ya busy ni."

Pap talian dimatikan. Aisya berpaling dari tempat dia berdiri dan terkejut dengan kehadiran Aqif yang berdiri dibelakangnya tanpa disedari, entah sejak bila.

"Ibu nak pergi mandi dulu, nanti Aqif mandilah kata nak pergi masjid." Aisya berlalu masuk ke biliknya untuk memunggah beg dan mencari pakaian.

Aqif masih tidak berganjak dari ruang tamu itu, namun bibirnya mengukir senyuman lebar, Hatinya berbunga mendengar ibunya memanggil nama ustaz, ustaz yang benar-benar dirinduinya.

***

"Lintas jalan elok-elok Aqif." Aqif mengangguk saat ibunya mengusap kepalanya sambil menitip pesanan. Seliparnya disarungkan cepat, bimbang terlambat untuk berjemaah, kerana azan sudah berkumandang sebentar tadi.

"Ok Ibu." Tangan Aisya diraih laju dan dicium. Aisya mengukir senyuman mesra kepada anaknya. Dia melambai Aqif dan memerhatikan anaknya hingga Aqif berjaya melintas jalan kampung untuk ke seberang dan akhirnya hilang dari pandangan.

Selipar dicabut dan disusun diatas rak yang disediakan. Aqif tergopoh gapah apabila melihat jemaah sudah mula bersolat, Mujurlah Ustaz Kamal pernah mengajarnya cara menjadi makmum masbuk, dia segera masuk saf dan berjemaah maghrib mengikuti imam malam itu.

"Assalamualaikum warahmatullah."

"Assalamualaikum warahmatullah.."

Aqif mengusap wajahnya sebaik habis bersolat. Syahdu doa dari imam malam itu diaminkannya. Aqif memandang sekeliling surau malam itu, kecil sahaja namun lebih banyak ruang kosong tanpa isi jemaah. Dia duduk di sudut dinding, memerhatikan gerak geri setiap orang.

Ada yang bersolat sunat, ada juga yang mengaji Al-quran bagi mengisi masa sebelum solat Isya'. Aqif bangkit dan menghampiri rak Al-quran. Dia mengambil senaskhah lalu kembali ke sudut masjid.

Aqif duduk, naskhah Al-quran yang diambilnya tadi masih dipeluk rapat ke dadanya. Dia rasa syahdu dan sebak menyerang perasaannya silih berganti, ingin sekali dia mengaji Al-quran, tetapi dia tidak lancar membaca, cuma tahu sedikit sahaja huruf-huruf hasil dia belajar dari sekolah. Ibunya tidak pernah menghantarnya belajar kalamullah itu selama ini.

Lamunannya terhenti apabila tiba-tiba seseorang datang berdiri betul-betul dihadapannya. Aqif mendongak untuk melihat siapa itu. Senyuman bertukar ganti.

"Lama surau ini tiada budak kecil datang. Adik baru disinikah?"

Aqif mengangguk.

"Ya atuk."

Izinkan Aku Bahagia | COMPLETED |Where stories live. Discover now