BAB 7 - HERO

5.7K 224 5
                                    

Kelmarin Aqif berjanji akan turun bawah jam 10 pagi. Ustaz Kamal menukar stesyen radionya, rimas kerana asyik iklan, dia merenung rumah flat Aqif, sunyi pagi itu, kereta pun masih penuh ditapak parkir, mungkin penduduk situ masih enak diulit mimpi, maklumlah hari Sabtu. Sudah hamper 20 minit berlalu tapi masih tidak nampak baying Aqif disitu. Ustaz Kamal berkira-kira sendiri, perlukah dia turun dan pergi mencari Aqif, adakah Aqif tak diizinkan ibunya? Atau Aqif masih tidur?

Dia menutup enjin keretanya. 'Aduh lupa pula number rumah Aqif ni....Tingkat 2...Emm..' berkerut-kerut muka ustaz Kamal cuba mengingat kembali number rumah Aqif sambil mengatur langkah, menyesal kerana tak tulis awal-awal masa Aqif cakap kelmarin. Ustaz Kamal melangkah berhati-hati menaiki tangga flat Nilam Sari tersebut, banyak sampah bertaburan, ada tin kosong , ada serpihan kaca pecah, kotak minuman, puntung rokok, ahh sebut saja, macam-macam ada. Ustaz Kamal menggeleng perlahan, 'Sesungguhnya kebersihan itu adalah fardhu dan sangat dituntut Islam'.

Nasib baiklah setiap tingkat blog tersebut tak banyak rumah sangat, Ustaz Kamal yang masih tak pasti nombor rumah Aqif bercadang nak bertanyakan pada mana-mana jiran sahaja, tentu mereka kenal Aqif dan ibunya. "Haa tu ada pun rumah yang buka pintu, alhamdulillah." Lega hati Ustaz Kamal apabila ternampak sebuah rumah yang terbuka luas pintunya, yang lain, mungkin masih lena diulit mimpi, atau sudah keluar berjalan memandangkan semua rumah tertutup rapat, itu sahajalah teorinya tentang gaya hidup masyarakat kota pada pagi Sabtu.

Ustaz Kamal berjalan menghampiri rumah tersebut. Telinganya dapat menangkap suara kanak-kanak, sayup-sayup tetapi jelas, dan nadanya sangat cemas.

Hati Ustaz Kamal dijentik rasa bimbang, dia terus berlari menuju ke rumah tersebut.

***

"Tolonglah pakcik! Jangan kacau ibu saya..! Jangan kacau ibu....!" Aqif memeluk ibunya yang tidak sedarkan diri sambil merayu kepada Encik Hasan. Akibat terlalu takut dan perasaan traumanya yang tak dapat dikawal, Aisya telah pitam.

"Tepi lah sikit Aqif, mari pakcik tolong angkat ibu kamu ke bilik." Pujuk Encik Hasan cuba memperdayakan anak kecil itu.

"Assalamualaikum." Ustaz Kamal tiba-tiba muncul di muka pintu. Serentak Aqif dan Encik Hasan menoleh, terkejut. Encik Hasan yang tadinya sedang mencangkung di hadapan Aqif dan ibunya yang terbaring tidak sedarkan diri terus berdiri.

"Kenapa ni Aqif...?" tanya Ustaz Kamal lembut walaupun dia merasakan sesuatu yang tidak enak telah berlaku tadi, dia tidak mahu tuduh melulu. Aqif tersedu-sedu membetulkan tuala ibunya. Encik Hasan menjegilkan mata isyarat supaya Aqif tidak memberitahu ustaz apa yang telah berlaku.

"Aqif pergi ambil selimut." Arah ustaz Kamal yang perasan mata Encik Hasan sedang meratah tubuh ibu Aqif yang sedang pengsan itu. "Astaghfirullah hal azim." Ustaz Kamal beristighfar kuat, mengingatkan dirinya dan juga Encik Hasan yang sedang leka itu. Tersentak Encik Hasan.

"Aqif, pakcik balik dulu. Esok pakcik datang lagi ambil duit sewa." Kata Encik Hasan, terus berlalu pergi. Salam yang dihulur ustaz Kamal pun tidak disambut. Aqif datang menyelimutkan tubuh ibunya. Ustaz Kamal melangkah masuk menghampiri ibu Aqif.

"Kenapa dengan ibu kamu ni Aqif?" tanya Ustaz Kamal sambil menggosok belakang Aqif yang tersedu-sedu. "Tadi Pakcik Hasan masuk rumah, ibu suruh dia keluar tapi dia taknak, terus ibu pengsan. Ustaz... Saya takut..." Aqif menggoncang tubuh ibunya.

Ustaz Kamal memeriksa pernafasan Aisya dengan meletakkan telinganya pada hidung dan mulut Aisya. Dia berasa lega apabila mendengar pernafasan Aisya, Ustaz Kamal bangkit dan mengambil bantal kecil hiasan di sofa untuk mengalas kepala Aisya. "Aqif, ambilkan saya segelas air." Sementara menunggu Aqif ke dapur, Ustaz Kamal membaca Surah Al-Mukminuun ayat 115 hingga 118 pada telinga Aisya dan meniup halus sambil meniatkan supaya Aisya kembali sedar. Air yang dihulur oleh Aqif kemudian disapu pada wajah Aisya.

***

Perlahan-lahan Aisya membuka matanya. Kepalanya berdenyut-denyut. Penglihatannya mula-mula kabur kemudian semakin jelas. Dia terkejut apabila melihat Ustaz Kamal yang sedang merenungnya. Pantas dia mengundurkan sikit tubuhnya menjauhi ustaz Kamal. "Alhamdulillah..." ustaz Kamal menghulurkan kembali gelas pada Aqif yang dari tadi memerhatikan dengan sepenuh tumpuan. Hari ini ustaz yang dia kagumi telah menjadi hero untuknya dan ibunya, Aqif menyimpan azam untuk menjadi bijak dan berjaya seperti ustaz.

Aisya memperkemaskan selimut yang membalut tubuhnya ketika itu. Pantas dia bangun dan berlari menuju ke biliknya, terus mengunci pintu. Ustaz Kamal dan Aqif terkejut dengan perlakuan Aisya. Ustaz Kamal faham, mungkin Aisya masih terkejut dengan apa yang terjadi, dan tentu dia malu hanya bertuala didepan lelaki asing.

Ustaz Kamal menggosok kepala Aqif. "Harini kamu tak payah datang lagi rumah saya, duduk rumah ya, jaga ibu kamu. Sambil itu bolehlah kamu siapkan kerja sekolah setakat yang kamu mampu." Pesan Ustaz Kamal, dia merenung wajah polos Aqif dengan penuh rasa kasih. Aqif menangguk lemah. Aqif menghantar ustaz Kamal ke pintu.

"Ustaz balik dulu ya Aqif. Kunci pintu ni." Ustaz Kamal mengingatkan Aqif sambil menutup grill besi. Ketika itulah Ustaz Kamal terperasan grill besi rumah dua beranak itu telah rosak. "Rosak ke Aqif?" tanya Ustaz Kamal sambil menunjuk pada tempat kunci grill itu. "Ya Ustaz, dah lama rosak." Jujur Aqif. Ustaz Kamal menggeleng, rasa simpatinya bercambah pada dua beranak itu. "Tak apalah, kunci pintu papan tu, jangan bagi orang jahat masuk ya. Assalamualaikum." Pesan ustaz sambil melambai Aqif. Aqif melambai kembali.

"Waalaikumussalam..." Jawab Aqif perlahan.


Izinkan Aku Bahagia | COMPLETED |Where stories live. Discover now