"Aqif, awak pergi kemas baju untuk tidur rumah ustaz malam ni, dan baju sekolah sekali untuk esok nak kesekolah."
"Baik ustaz." Aqif mengangguk lemah sambil berlalu ke biliknya. Wajahnya lesu dan muram.
Ustaz Kamal merehatkan diri diatas sofa sambil meregangkan sendi-sendinya yang lenguh. Sambil menunggu Aqif siap mengambil baju, Ustaz Kamal mengambil peluang untuk memerhati segenap ruang tamu rumah sempit Aqif dan ibunya, mencari apa sahaja bahan yang boleh membuatnya mengenali Aisya dan Aqif dengan lebih dekat, namun hatinya hampa. Ruang rumah itu dihias minimalist sekali, cuma ada televisyen dan sofa.
'Dua beranak yang penuh rahsia.' Bisik hati kecilnya.
"Ustaz, Aqif dah siap. Dengan buku sekali Aqif dah ikut jadual esok." Aqif yang dah siap berganti baju rumahnya mengejutkan Ustaz Kamal yang sedang mengelamun.
"Eh ye tak ye juga, saya lupa nak suruh tadi. Alhamdulillah.... Aqif anak bijak." Ustaz Kamal menggosok rambut Aqif. Wajah Aqif yang muram tadi bertukar riang. Aqif suka benar kepalanya diusap Ustaz Kamal.
"Dah jom ikut saya balik."
"Jom." Jawab Aqif bersemangat.
***
"Aqif tidur bilik tetamu malam ni. Boleh? Ke Aqif takut tidur sorang?" sakat Ustaz Kamal.
"Aqif berani la ustaz, Aqif kan lelaki, ibu kata tak boleh takut-takut, dari kecik Aqif tidur sorang-sorang." Aqif tersengih-sengih.
"Macam tu la hero!" Ustaz Kamal menunjuk isyarat bagus dengan ibu jarinya sambil tersenyum lebar, sebenarnya menutup sebaknya dengan jawapan polos Aqif.
Aqif ketawa, bahagia.
"Sudah-sudah, kamu pergilah mandi dan rehat dulu, ustaz pun dan bau masem, nak mandi ni, maghrib nanti kita jemaah sama-sama ok, lepas tu kita makan malam dengan mak ustaz."
"Mak ustaz?"
"Ya, mak ustaz baru datang dari kampung. Tadi ustaz nak kenalkan dengan kamu tapi nenek kat bilik, kejap lagi kamu jumpalah."
Aqif mengangguk.
***
Malam itu Aqif berjemaah solat maghrib berjemaah bersama Ustaz Kamal dan nenek Kalsom; ibu ustaz. Itulah kali pertama dia solat berimam, bahkan dia tidak pernah melihat ibunya sendiri bersolat. Dia berazam ingin menjadi imam buat solat ibunya, sekali pun cukuplah.
"Jomlah turun makan, mak dah goreng ikan dengan kangkung belacan. Adik makan kangkung?" Ujar nenek Kalsom usai mengaminkan doa yang dibaca Ustaz Kamal.
"Makan, nenek." Aqif tersengih lebar. Kali pertama dalam hidupnya memanggil seseorang dengan panggilan nenek.
"Aqif ni budak bagus mak, makan sayur, sebab tu dia kuat." Usik Ustaz Kamal, nenek Kalsom senyum sambil melipat telekungnya. Aqif yang sedang melipat sejadah tersipu-sipu.
Melihat nenek Kalsom mencedok nasi ke pinggan Ustaz Kamal, Aqif teringatkan ibunya. Walaupun ibunya tidak pernah melayannya penuh kasih sayang begitu, namun dia tetap rindukan ibunya. Hatinya pedih apabila mengenangkan ibunya ingin meninggalkan dirinya buat selama-lamanya. Lamunan Aqif terhenti apabila nenek Kalsom mencedokkan nasi untuknya pula, Aqif tersenyum bahagia dan menolong nenek Kalsom menuang air kedalam ketiga-tiga gelas mereka.
"Sedap Aqif?" Tanya nenek Kalsom apabila melihat Aqif makan dengan penuh selera.
"Sedap nenek! Aqif suka ikan goreng." Terangguk-angguk kepala Aqif menunjukkan betapa dia suka masakan nenek Kalsom.
YOU ARE READING
Izinkan Aku Bahagia | COMPLETED |
Romance"Ustaz kata kasih ibu membawa kesyurga, tapi Aqif tak pernah rasa pun, Aqif nanti masuk neraka ke?"- Aqif. Tangisan Aisya yang tidak pernah lelah mengemis bahagianya sendiri. dan. Mungkinkah Aqif akan punya keluarga yang sempurna diakhir cerita? M...