"Ada lagi tak barang-barang awak yang tertinggal?" Syah membuka pintu bahagian penumpang kepada Aisya. Aisya menggeleng sambil mengukir senyuman manis sebelum masuk.
Kereta yang dipandu Syah perlahan-lahan meninggalkan perkarangan hospital. Aisya bersandar pada kerusi, matanya sayu menghadap Syah.
"Syah, terima kasih." Sayu suara Aisya memecah sepi antara dia dan Syah.
"Eh pasal apa? Awak kan pekerja saya, mestilah saya kena bertanggungjawab." Suara Syah terdengar ikhlas.
"Terima kasih juga tolong jagakan anak saya." Aisya menghadap Syah, betul-betul mahu berterima kasih. Sejak lima hari lalu dia ditahan dalam wad, dia telah meminta tolong Syah untuk jagakan Aqif, dan Syah juga banyak membantunya mengenai urusan hospital. 'Hutang budi dibawa kemati.' Bisik hati Aisya.
"Tak ada apalah Aisya, seronok jaga Aqif, anak awak tu memang baik. Dulu saya tak percaya tau bila awak cakap awak ada anak. Saya ingatkan awak saja tolak permintaan saya nak ajak minum malam tu." Syah tergelak kecil.
"Hahaha, kenapa awak tak percaya, saya awet muda sangat eh?" Aisya meletakkan kedua tangan kedagunya sambil membuat muka comel. Makin besar gelak Syah.
"Yelah pendek sangat, saya ingatkan baru habis SPM." Syah mengambil peluang menyakat Aisya. Lengan Syah dicubit sebelum ditampar-tampar.
"Ewah ewah Encik Syah. Melampau eh." Aisya mengerutkan wajahnya pura-pura marah.
"Adoiiii,adoiii...Ehem saya kena turunkan gaji awak ni, berani awak belasah bos awak kan." Syah menggosok perlahan tangannya.
Aisya menjelirkan lidah sambil menjulingkan matanya.
Terhambur ketawa besar Syah, Aisya tidak dapat menahan rasa geli hatinya mendengar ketawa Syah turut mengekek gelak.
***
"Ibu!" Aqif mendakap erat ibunya yang baru masuk ke rumah. Syah segera meminta diri untuk kembali ke restoran meneruskan tugasnya.
"Lamanya ibu kat hospital, ibu sakit apa?" Aqif mengurut bahu ibunya yang duduk melepaskan lelah di sofa. Aisya membuka selendang yang menutup kepalanya. Selendang itu adalah pemberian seorang jururawat muda yang sangat baik dan mesra.
Aqif tergamam melihat ibunya, tangannya yang ligat mengurut bahu ibunya terhenti. Aisya perasan dengan perubahan reaksi anaknya. Tangan Aqif dicapai dan digosokkan pada pipinya.
"Kenapa Aqif?" Dia merenung mata anaknya.
"Kenapa dengan rambut ibu? Kenapa dah botak kat situ." Aqif menunjuk bahagian kepala Aisya yang telah dicukur botak. Aisya tersenyum, menghimpun kekuatan.
"Haritu doktor nak check kepala ibu, doktor potong sikit rambut ibu. Tak ada apa lah, hihihi, kenapa? Ibu dah tak cantik ke Aqif?" Aisya berpura-pura bersedih.
"Eh ibu cantik macam selalu. Aqif ingatkan ibu sakit." Aqif memeluk ibunya erat. Aisya membalas pelukan Aqif, perasaan sebak yang menyerbu hatinya dipendam rapat.
"Ibu pergilah tidur dulu, ibu mesti penat." Aqif memicit lengan ibunya. Aisya mengusap kepala anaknya dengan penuh kasih sayang.
"Ibu tak penat pun Aqif. Aqif ada kerja sekolah harini?"
Aqif menggeleng laju. "Tak ada, Aqif tengah ada peperiksaan minggu ni, minggu depan cuti dua minggu ibu, yeay!" Aqif tersengih ceria, menunjukkan barisan gigi-giginya yang kecil kecil.
"Cuti dua minggu? Amboi happy dia cuti." Aisya mencuit dagu anaknya. Aqif mengangguk gembira.
"Cikgu kata cuti pertengahan tahun. Seronoklah Aqif boleh duduk rumah jaga ibu. Yeayyyy." Aqif bersorak gembira.
"Hmmm dua minggu ya..." Aisya memegang dagunya sambil fikirannya jauh melayang. Merangka plan yang dia perlu buat secepat mungkin, dan kini dia nampak peluang itu sudah datang.
***
Nenek Kalsom ligan menekan butang remote control Astro mencari cerita yang menarik. Bosan juga jika asyik melihat siaran ulangan dan rancangan hiburan pula tidak menepati seleranya.
"Mak Com buat apa tuuu..." Sakinah duduk disebelah Nenek Kalsom, matanya meliar mencari kelibat Ustaz Kamal. Sudah hampir seminggu jugalah dia dan Ustaz Kamal tidak bertegur sapa. Mana tidaknya, Sakinah hendak memulakan bicara pun rasa seram melihat Ustaz Kamal yang asyik tiada mood, seperti kemurungan pun ada juga. Malah dengan emaknya sendiri pun Ustaz Kamal tidak mesra seperti selalu, lebih banyak berkurung didalam biliknya.
'Pasal Nescafe pun nak ambil hati lama-lama ke. Huh.' Bentak Sakinah dalam hati.
"Ni ha Mak Com pun tak tahu lah Kinah nak tengok cerita apa, ambillah remote ni tolong pilihkan." Huluran Nenek Kalsom tidak disambut Sakinah yang masih mengelamun.
"Tengok tu..Berangan ye. Sakinah fikir apa ni sampai berkerut-kerut muka tu." Nenek Kalsom menggosok belakang Sakinah.
"Mak Com, boleh Sakinah cakap sikit?" Sakinah menghadap Nenek Kalsom. Nenek Kalsom mengangguk sambil bibirnya terukir senyuman mesra.
"Abang Kamal tu benci betul dengan Sakinah ke Mak Com? Cakap pun tak sudi. Kalau tak suka, esok Sakinah balik dengan bas je, tak apa..." Sakinah menunduk, hatinya benar-benar terasa dengan layanan dingin Ustaz Kamal.
"Hmm." Nenek Kalsom menyandar pada sofa empuk itu, dia turut merasa segan dengan kelakuan anak tunggalnya itu melayan tetamu. Padahal Nenek Kalsom juga yang mengalu-alukan kedatangan Sakinah kerana dia merasa sunyi keseorangan di rumah ketika Ustaz Kamal bekerja. Kebetulan Sakinah pula baru tamat diplomanya, dan masih tidak bekerja, apa salahnya dia datang berjalan-jalan kat Kuala Lumpur, boleh juga merapatkan silaturahim dengan Kamal, mana tahu boleh dijodohkan, Kamal pula sudah lama sangat membujang, fikir Nenek Kalsom. Tidak sangka begini pula jadinya.
"Sakinah minta maaf kalau apa yang Sakinah cakap menyakitkan hati Mak Com..." Sakinah meraih tangan Nenek Kalsom. Bimbang terguris hati wanita yang sudah dianggapnya ibu selama ini.
"Taklah Sakinah, Mak Com pun sebenarnya pelik dengan Kamal ni. Bukan kata Sakinah, dengan Mak Com pun dia tak ceria. Nantilah Mak Com try korek-korek masalah dia. Jangan fikir bukan-bukan tau." Nenek Kalsom cuba menenangkan hati Sakinah.
Matanya memandang pintu bilik Ustaz Kamal yang tertutup rapat itu, apalah yang dipendam anak tunggalnya itu.
YOU ARE READING
Izinkan Aku Bahagia | COMPLETED |
Romance"Ustaz kata kasih ibu membawa kesyurga, tapi Aqif tak pernah rasa pun, Aqif nanti masuk neraka ke?"- Aqif. Tangisan Aisya yang tidak pernah lelah mengemis bahagianya sendiri. dan. Mungkinkah Aqif akan punya keluarga yang sempurna diakhir cerita? M...