Dua anak beranak itu menunaikan solat Isyak berjemaah. Selesai solat dan bersalaman dengan ibunya, Ustaz Kamal terkocoh-kocoh berlari menukar pakaiannya.
"Mak, Kamal keluar sekejap mak." Ustaz Kamal mencium pipi Nenek Kalsom yang masih bertelekung. Nenek Kalsom selalu menunaikan solat qada' selepas solat fardhu, kerana pada zaman jahilnya dulu, dia sungguh alpa dan lupa pada Allah. Dia selalu mengabaikan solatnya kerana terlalu sibuk mencari rezeki membesarkan anak tunggalnya itu. Namun dia bersyukur Allah masih sudi mengurniakan satu-satunya anak kesayangannya itu akhlak yang baik.
***
Ustaz Kamal sudah sampai di lot parkir bawah flat Aisya namun Aisya masih tidak turun lagi. Tiba-tiba tingkap keretanya disebelah penumpang diketuk. Terkejut ustaz Kamal.
"Ustaz tak nak bagi saya masuk ke?" Aisya menundukkan wajahnya pada cermin tingkap.
Terasa darah Ustaz Kamal dipam laju, hingga mukanya yang tidak berapa putih itupun menjadi blushing melihat penampilan Aisya malam ni.
Aisya berselendang, walaupun tidak sempurna kerana masih kelihatan rambut depannya, dan pula sekadar diselempang ringkas ke bahu, namun dia kelihatan sangat ayu sekali.
"Ustaz??" Aisya mengetuk tingkap kereta dengan lebih kuat apabila melihat Ustaz Kamal kusyuk benar berangan.
Cepat Ustaz Kamal membuka kunci sambil menepuk pipinya. Malu sungguh kantoi ushar orang tak cover langsung macam tu.
Kereta dipandu laju menuju ke Balai Polis. Sesekali mata Ustaz Kamal sempat melirik pada Aisya yang sedang kusyuk merenung keluar tingkap. Ustaz Kamal bersyukur kerana Aqif ditemui selamat oleh pihak polis, namun dalam lubuk hatinya juga terselit rasa sedih kerana mungkin selepas ini dia tiada sebab lagi untuk berjumpa dengan Aisya yang telah mencuri hatinya itu.
"Ustaz." Tiba-tiba Aisya bersuara.
"Ya?"
"Terima kasih sebab banyak sangat tolong saya. Kalau bukan sebab ustaz mungkin kita tak jumpa lagi Aqif."
Ustaz menoleh kepada Aisya dan memberikan senyuman ikhlas, kemudian dia fokus kembali pada jalan raya.
"Alhamdulillah, Allah yang tolong kita. Saya, polis, dan orang yang report tu mungkin cuma perantara yang Allah kirim untuk menemukan awak dengan Aqif. Sebab Aisya yang berdoa dan sebab mustajabnya doa seorang ibu juga ni." Panjang penerangan Ustaz Kamal. Ustaz teringatkan emaknya yang juga menyumbang doa untuk Aqif.
Aisya tersenyum.
"Yela Ustaz. Saya tak tahu nak balas budi Ustaz macam mana."
"Ya Allah Aisya, saya tak minta apa-apa pun lah. Yang penting Aqif selamat, kan?"
"Hmmm." Aisya masih tak berpuas hati.
Sebenarnya dia hairan kenapa Ustaz Kamal terlalu baik dengan Aqif, dan dengan dirinya.
'Hmm apa nak hairan kan, nama pun ustaz mestilah baik.' Bisik hati Aisya sendiri.
"Awak ada nak tanya apa-apa ke?" Tiba-tiba Ustaz Kamal yang mengawal suasana pula dengan soalannya. Aisya pura-pura menggeleng.
Ustaz Kamal ketawa kecil.
"Sebab saya sayang Aqif macam anak saya."
Aisya membuat muka pelik dengan jawapan tiba-tiba ustaz Kamal.
"Sebab saya sayang Aqif. Itu kan jawapan yang awak nak?" Ustaz Kamal sambung ketawa.
Aisya menelan liur. 'Aik aku tanya dalam hati je kot, macam mana boleh jawab ni.' Gumam hati Aisya.
'Aku sayang kau juga Aisya Hani.' Bisik hati Ustaz Kamal tersenyum simpul.
"Hah apa Ustaz?"
Giliran Ustaz Kamal memandang Aisya dengan wajah hairan.
Kemudian terburai ketawa masing-masing. Aisya mula rasa selesa dengan Ustaz Kamal, dan ustaz pula merasa serasi dengan Aisya.
***
Aisya berlari mendapatkan anaknya, dan memeluk tubuh kecil Aqif erat.
"Aqif...Aqif pergi mana....Jangan tinggal ibu lagi." Tangisan Aisya terburai. Aqif terkesima dan hairan dengan kelakuan ibunya yang tersangatlah aneh pada pandangannya, dia berdiri diam dan kaku. Terasa bagaikan mimpi. Itulah kali pertama ibunya memeluknya dan mencium pipinya.
Aqif mendongak, kelihatan beberapa orang polis sedang mengelilingi mereka dua beranak. Tiba-tiba Aqif ternampak wajah yang sangat dia rindukan. Wajah Ustaz Kamal tersenyum, tenang.
Ustaz Kamal menganggukkan kepalanya pada Aqif. Aqif seperti tersedar kealam nyata, yang dia alami itu bukan mimpi.
"Ibu...." Air mata Aqif berlinangan, pantas dikesat oleh ibunya.
"Ibu kat sini. Ibu sayang Aqif anak ibu. Aqif balik dengan ibu. Aqif jangan tinggal ibu lagi. Ibu minta maaf atas semua yang ibu buat selama ni." Ibunya mengusap rambut Aqif.
"Ibu... Aqif tak nak susahkan ibu lagi."
"Tak Aqif tak pernah susahkan ibu pun. Ibu minta maaf." Sekali lagi tubuh anak kecil itu dirangkul erat oleh ibunya.
Ustaz Kamal dicuit oleh seorang anggota polis untuk meninggalkan dua beranak itu dan mendengar beberapa penjelasannya tentang Aqif.
***
"Aqif dah makan?" Tanya Ustaz Kamal sebaik sahaja mereka bertiga masuk ke dalam kereta. Aqif yang berada di seat belakang menggeleng lemah.
"Laa, jom kita pergi makan dulu. Ibu macam mana?"
Aisya terkejut apabila Ustaz Kamal menyebut dirinya ibu, namun mengukir senyuman mesra.
"Eh takpelah Ustaz kejap lagi saya belikan makanan untuk Aqif."
"Takde takde, jom kita pergi mamak sama-sama."
"Aik tadi tanya saya lepas tu taknak dengar." Aisya memprotes.
"Lalala..." Ustaz Kamal berpura-pura tidak dengar sambil membuka radio.
Aqif ketawa melihat gelagat ibunya dan Ustaz Kamal yang bertekak. Tiba-tiba dia terasa bahagia apabila melihat kemesraan ibunya dan Ustaz Kamal.
Aisya menoleh kebelakang, terlupa pula dengan kehadiran Aqif, dia segera menoleh ke tingkap kereta mengawal bahang wajahnya yang terasa segan sendiri.
Ustaz Kamal menoleh ke Aqif dan mengenyitkan sebelah mata. Aqif membuat tanda bagus dengan ibu jarinya.
***
YOU ARE READING
Izinkan Aku Bahagia | COMPLETED |
Romance"Ustaz kata kasih ibu membawa kesyurga, tapi Aqif tak pernah rasa pun, Aqif nanti masuk neraka ke?"- Aqif. Tangisan Aisya yang tidak pernah lelah mengemis bahagianya sendiri. dan. Mungkinkah Aqif akan punya keluarga yang sempurna diakhir cerita? M...