Aisya membuka televisyen untuk menghilangkan suasana sunyi di rumah sambil dia bersiap untuk ke tempat kerja. Sejak dia bangun jam 10 tadi Aqif dah tak ada dirumah, 'Keluar dengan ustaz kelmarin kot, lantak dialah.' Aisya berteka teki sendirian. Siaran ulangan rancangan Gegar Vaganza episod akhir berkumandang pada nyanyian mantap sang juara, Azharina. Lagu yang dibawanya penuh beremosi.
♬♪♫♪Mama oh mama,
Aku ingin pulang,
Ku rindu padamu,
Dia yg ku cinta telah berdusta,
Kini tinggalkan anakmu,
♬♪♫♪♫♪♬♪
Hidupku kini tiada arti,
Bagaikan burung di dalam sangkarnya,
Ku ingin bebas dari derita,
Mama tolonglah diriku,
Dari belenggu cintanyaaaa....♬♪♫♪
Aisya berteleku diatas sofa. Fikirannya mengelamun jauh. Tiba-tiba hatinya sebak memikirkan hidupnya yang sebatang kara, diberi ujian seorang budak yang membuakkan rasa jijik setiap kali dipandang, dan masyarakat sekeliling yang selalu memandang serong kepadanya seringkali membuat hatinya berkecai. Disaat ujian hidup yang menghimpit membuat hidupnya menderita, dia tiada mama untuk bercerita mengadu nasib, dia merasa asing dan kerdil seorang diri, hampa sekali hidupnya.
Matanya tertancap pada jam dinding yang menunjukkan jam 11.40 pagi. Aisya cepat-cepat mengesat air matanya yang hampir menitis di hujung-hujung. 'Eh dah lambat ni! Nasib baik tak pecah empangan aku, habislah make up nanti, tak vogue pula mak jemah harini.' Bebelnya sendirian sambil berlari ke cermin solek.
Aisya mengemas rambutnya yang diikat seperti ekor kuda dengan cekak reben bercorak polkadot merah, sedondon dengan t-shirt merah seragam kerja booth wafer tempat kerjanya. Penampilannya yang comel membuatkan ramai orang menganggarkan umurnya masih awal 20-an.
Suasana hari minggu menyebabkan tak menang tangan Aisya, Tipah dan Hasna menguruskan booth kecil itu. Maklumlah hari Ahad memang ramai ibu bapa mengambil peluang untuk datang membeli belah dengan keluarga, haruman wafer yang semerbak dalam ruang pasaraya itu pastinya menarik deria sesiapa sahaja yang lalu untuk berhenti membelinya.
Jam 6 petang,berakhirlah shift pagi dua sahabatnya Tipah dan Hasna, jadi Aisya akan menjaga booth seorang diri sehingga pukul 11 malam. Aisya bernasib baik kerana pelanggan tidaklah seramai siang tadi malam itu. Dia mula bosan dan menggeledah kabinet tempat Tipah selalu menyimpan novelnya, hasratnya untuk membaca novel terbatal apabila dia teringatkan sesuatu. Pantas tangannya menyimpan balik dua novel tulisan M. Mariann ,penulis kegilaan si Tipah dan mencapai telefon bimbitnya.
Dia mendail nombor telefon seseorang.
Kemudian dia padam kembali. Jeda seketika seperti berfikir rasional atau tidak tindakannya.
Dia menarik nafas dalam-dalam dan menghembus kuat.
Pantas tangannya mendail lagi nombor yang sama seperti tadi.
Tut..tut...
"Assalamualaikum..." suara seorang wanita dihujung talian.
Aisya menelan liur.
***
"Mak.. Abah...Aisya sumpah Aisya tak tahu siapa punya kerja."
Tangis Aisya sambil memeluk kaki ibunya. Mak Zah menepis pelukan Aisya dan menolak gadis itu hingga terlentang ke belakang. Pak Azam menjegil tajam kepada anaknya yang disangkanya akan mengubah nasib keluarga mereka, tapi sebaliknya menconteng arang kemuka mereka suami isteri.
"Baik bagitahu mak siapa punya kerja." Tegas suara Mak Zah bergetar mengetap bibir, kebisuan Aisya memarakkan api kemarahan ibu bapanya hingga ke puncak. Pak Azam bangkit dari kerusi malas yang dari tadi dia bersandar menyaksikan pertanyaan isterinya bertubi-tubi tidak langsung mendapat jawapan dari Aisya, memegang leher baju Aisya dan menyeret satu-satunya anak mereka itu hingga ke pintu.
"Kalau kau tak nak bagitahu kami siapa yang buat kau mengandungkan anak haram ni, kau berambus dari rumah aku sekarang, aku haramkan kaki kau untuk balik sini lagi!" Jerkah Pak Azam.
Aisya menahan liur, menoleh pada ibunya meminta simpati.
"Mak...Aisya minta maaf..." tangan Mak Zah yang dipegang Aisya direntap kuat.
Aisya ditolak keluar, RM200 dilemparkan Pak Azam pada wajah gadis malang itu.
Bam! Pintu ditutup rapat.
Itulah permulaan hidup seorang Aisya anak manjakesayangan Pak Azam dan Mak Zah bertukar 360 darjah menjadi seorang sebatangkara yang sering dipandang hina kerana disangka gadis sosial yang murahankerana mengandungkan seorang bayi tanpa seorang bapa.
YOU ARE READING
Izinkan Aku Bahagia | COMPLETED |
Roman d'amour"Ustaz kata kasih ibu membawa kesyurga, tapi Aqif tak pernah rasa pun, Aqif nanti masuk neraka ke?"- Aqif. Tangisan Aisya yang tidak pernah lelah mengemis bahagianya sendiri. dan. Mungkinkah Aqif akan punya keluarga yang sempurna diakhir cerita? M...