3

1.7K 43 4
                                    

Dua budak sekolah yang bernama Kila dan Deni melapah ayam goreng celup tepung Amerika dengan penuh lahap. Seboleh-boleh nak kasi banjir sos cili dia. Aku tak faham kenapa kau nak makan sos cili sampai banjir. Tapi aku memang tak suka sos cili. Bukan sebab tak tahan pedas, tapi sebab sos cili adalah pedas yang "main-main" untuk aku. Tak cukup pedas untuk aku. Satu-satunya sos cili yang aku boleh layan ialah sos Aminah Hassan yang entah mana dah jenama tu pergi.

Mana aku dapat duit belanja budak-budak ni? Aku ada la buat kerja freelance sikit-sikit. Lagipun, kau tau tak bilik yang aku trash setiap kali aku mengamuk tu? Sebenarnya tu rumah mak bapak aku.

Adik beradik aku sebenarnya ada rumah sendiri. Tinggal aku sorang je dalam rumah ni. Dorang kesian dengan aku sebab aku sorang je yang masih belum stabil.

Kakak aku kerja MBSA, pejabat. Dia dengan laki dia duduk kat Kota Kemuning sana tu. Sekali-sekala dia datang, jenguk adik dia sekor ni. Kadang-kadang dia hulur-hulur la duit kat aku walaupun membebel kat aku suruh aku cari kerja.

Abang aku pulak kerja doktor kat hospital swasta kat PJ. Aku dengan abang aku punya hubungan ni agak fucked up jugak ni. Macam Noel dengan Liam la. Masa kecik-kecik dulu aku berapa kali tumbuk muka dia.

Aku dengan kakak aku, aku macam segan sikit lah. Sebab kakak aku ni masa aku kecik dulu, kalau bapak aku mengamuk dan pukul aku dengan getah hos atau tali pinggang tu, dia ketuk bilik aku, dia buat milo dan suka slow talk dengan aku.

Antara sebab-sebab kenapa aku selalu kena sesah dengan abah aku ialah perkawanan aku dengan arwah Zaidi. Sebelum aku kenal Chan kat sekolah menengah, aku kawan baik dengan arwah Zaidi dulu.

Tapi nanti jap, aku tengah makan ayam ni.

Aku kenal si Zaidi ni masa aku darjah satu. Masa tu aku baru masuk sekolah, dan dia duduk sebelah aku. Dia ajak aku lawan batang ais krim, iaitu kau tepuk meja untuk angin dari tenaga tepukan tu menggerakkan batang ais krim tu.

Kadang-kadang lawan pemadam, kadang-kadang main tutup botol. Sekali-sekala main lawan bola chop. Atau rondes. Atau apa lancau lagi yang kau boleh main.

Masuk darjah empat, arwah Zaidi dah mula terjebak dengan kancah menghidu petrol. Satu hari, aku nampak la dia beli petrol kat stesen minyak. Aku gelak la kat dia terbahak-bahak masa tu.

"Woi Di, kau beli minyak ni nak isi basikal BMX kau ke, kahkahkah!"

"Kau budak kecik, kau tengok je apa aku buat dengan petrol ni."

Dia kemudian duduk kat buaian taman permainan. Kemudian dia buka tudung botol tu, dia hidu petrol tu.

"Woi, kau buat apa tu, Di?"

"Layannnnn..."

"Woi, tak mati ke?"

"Kau rilek je. Nah, kau sedut habis-habis."

"Ish, takutlah Di. Kang mati."

"Takdenya."

"Penakut pok pok pok pok!" Zaidi buat gaya kepak ayam.

"Lagipun kan, mati tu cool apa. Macam Kurt Cobain," kata Zaidi masa tu.

Aku dengar nama Kurt Cobain je, aku terus hidu petrol tu. Ada satu aroma yang baunya mencucuk hidung, dan aku tak tahan.

"Sakit la hidung aku Di!"

"Yang tu la best," kata Zaidi yang mencapai kembali botol petrol tadi.

Kami berdua menghabiskan petang kami dengan menghidu petrol di taman permainan waktu itu. Kemudian kami mula gelak-gelak, lepas tu aku rasa otak aku macam lembab semacam. Tapi rasa lembab tu yang seronok tu.

Lama kelamaan benda ni dah jadi habit. Budak-budak main bola, atau main badminton, atau main rondes, tergantung pada musim. Tapi kitorang layan hidu petrol.

Kata Zaidi, yang sedap tu yang ada plumbum warna pink tu. Tapi sejak 1993 kerajaan haramkan yang tu.

Deni dan Kila kenyang. Aku hantar dorang balik ke flat aku duduk tu, tapi aku nak ke Subang Jaya jap, sebab nak beli flavor vape.

Lepas aku beli flavor vape perisa kopi latte yang menjadi kegemaran aku, aku mengambil keputusan untuk balik rumah.

Sampai-sampai rumah je, aku nampak pintu grill terbukak. Eh, kakak aku balik ke?

Aku masuk rumah je tengok abang aku yang pukimak tu duduk di kerusi meja makan dan pandang tepat ke arah aku.

"Kau ni nak jadi apa ni, Usu?"

Aku buat tak peduli. Datang rumah ni sekali sekala nak tunjuk gengster.

"Kau tengok bilik kau tu, masya Allah. Macam kandang babi, kau tau tak?"

Diam lah babi.

"Kau dengar tak apa Angah cakap ni?" abang aku mula bangun dari kerusi.

"Dengar."

"Kau ni bila nak berubah ha? Angah dengan Along setuju bagi rumah kat kau sebab kitorang kesian kat kau, kau tau tak? Tapi kau tak pernahnya nak berubah perangai kau."

Aku buat bodoh lagi.

"Kereta kau, kitorang bayar. Makan minum kau, kitorang bayar. Kau ni manja, kau tau tak? Hanya sebab kitorang kesian dengan kau, kau janganlah naik lemak! Kerja la, buat apa ke?"

"Usu tengah mintak kerja la ni Ngah. Mana la Usu nak tau bila nak start kerja. Takkan la Usu nak paksa dorang pulak!"

"Dah perangai kau macam ni, siapa nak ambik kau kerja," kata abang aku.

"Usu tengah nak mohon bawak Uber. Sementara waktu ni."

Abang aku terus diam. Baru dia puas hati dengan jawapan aku.

"Usu, mak ayah dah tak ada. Kakak kau dah kahwin, tak lama lagi abang pulak. Kau kalau terus macam ni, nak sampai bila? Sementara kakak kau tak ada anak lagi, boleh lah dia tanggung kau. Aku ni boleh lah tolong kau. Besok lusa, takkan asyik kitorang nak fikir kau je?"

Aku bukan tak cuba. Aku cuba. Tapi aku bukan pandai macam abang dengan kakak aku. Aku kerja angkat-angkat barang, gitu je lah. Ada-ada pun kerja kedai makan part time. Aku mana ada kelayakan macam kakak dengan abang.

"Kau ada duit tak?" tanya Angah.

"Ada la sikit," suara aku merendahkan suara.

"Nah, ambik seratus ni buat tambang cari kerja."

Aku ambik dan ucap terima kasih.

"Bilik kau tu kemas! Kau kalau bersepah rumah macam ni lagi, aku sewakan rumah ni, merempat la kau takde rumah."

Dah berapa kali dah dia cakap macam tu. Tak juga dia buat.

Hari Isnin ni aku kena terus pergi office Uber la tengok macam mana. Kalau tak, bising abang aku macam ni lah. Macam kakak aku slow talk sikit.

Ralat Itu NormalWhere stories live. Discover now