10

1.3K 43 3
                                    

Lepak dekat Old Town tu kejap je, sebab malam tu Sarah nak buat majlis keramaian para peminat bob marley. Para peminat bob marley ni sering melakukan jamuan keramaian, makan-makan dan lepak-lepak sambil menikmati bob marley.

Tapi ada sorang kawan datang. Perempuan. Katanya study kat Australia. Tapi cakap tak bunyi macam Coco. Nama dia Puspa.

So yang ada kat rumah Sarah masa tu, ada Bunga Ramona, Puspa, Samsul dan aku di samping Sarah yang sedang susun chip tortillas dan guacamole.

Puspa set tema 80an. Dia bukak lagu dari Big Audio Dynamite, Elvis Costello dan The Buggles.

Bunga Ramona masuk ke dapur membantu Sarah. Aku dan Samsul kusyuk berdebat siapa paling power hisap dadah. Dan masa itulah Puspa mencabar aku untuk makan sejenis kulat kering.

"Apa benda ni?"
"Kulat. Dari pergunungan di Bhutan. Kau makan ni, psycedelic gila."

Aku belum pernah makan shroom. Walaupun pelbagai jenis dadah aku dah pernah guna, tapi yang ni aku belum pernah lagi.

"Kau nak try? Kau makan ni, kejap lagi kau ke alam lain."
"Ye ye je kau ni," aku tak yakin.
"Kau try dulu."

Aku beranikan diri, walaupun macam-macam aku dah pernah dengar pasal benda ni.

Tapi lepas tu, aku kecut.

"Aku nak stoned dulu."

"Takde, takde. Kau jangan nak chickened out," kata Puspa.

"Asal lak? Kau dah pernah try?" aku pandang Samsul Corey. Dia gelak je.

"Kau cakap kau terror, ha, buktikan la kedadahan kau dalam bidang ni."

Bunga Ramona bawak semangkuk chips tortillas dan guacamole.

"Ni list lagu Kelab Sarapan ke, Puspa?" tanya Sarah pada Puspa dari dapur, merujuk pada filem ikonik remaja 1980an, The Breakfast Club. 

"Takde, kalau kau terror, kau makan sekarang kulat ni, aku nak tengok," kata Puspa menjerkah mata besarnya ke arah aku.

"Depeche Mode mana, Puspa?" tanya Sarah.

"Ada la kat situ," Puspa terus memandang aku.

"Damn, lagu Cherry Bombs ada lah!" Sarah menjerit.

"Our anthem song!" selit Bunga Ramona.

Samsul Corey cuba duduk sebelah Bunga Ramona, cuba nak usha-usha, tapi Bunga Ramona masih menjual mahal.

Dengan memberanikan diri, aku terus telan kulat kering tu.

"Serius, kau makan?" Sarah terus pandang aku.

"Apasal doh?" aku dah cuak.

"Bye bye, Din!"

Puspa, Bunga Ramona dan Sarah melambai-lambai ke aku, dan Samsul Corey tergelak-gelak pandang aku.

Apasal doh. Apa ni? Aku dah la baru kenal dorang ni baru-baru je. Samsul Corey ni pun dah lama aku tak jumpa.

Dorang racun aku ke? Dorang bunuh aku ke?

Aku sedar-sedar je, aku dalam sebuah kereta. Pemandunya berambut mullet, dan lelaki sebelahnya pula pakai singlet, rambut panjang dan seluar jeans ketat.

"Mana aku ni, doh?"

Dua lelaki yang memandu kereta Datsun itu tidak pulak bercakap apa-apa. Yang rambut mullet tu hulur rokok Lucky Strike ke aku.

Aku ambik je rokok ni. Tapi aku tak kenal siapa dorang ni. Lagu Hurts So Good dari John Mellencamp berkumandang dalam kereta.

Apasal aku macam pernah rasa je zaman ni?

Ralat Itu NormalTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang