Lagu Masih Aku Terasa dari kumpulan Gersang berkumandang dalam bilik sebaik sahaja aku masuk. Osman Tikus sedang berlenggeng pakai seluar jeans koyak lutut Wrangler. Ni sah satu-satunya seluar jeans keramat yang dia ada. Jenis setia dengan satu jenis seluar. Dengan koyak nampak boxer. Tapi fit-fit la seluar dia.
Bukan main lama Osman Tikus berangan. Bukan main khusyuk dia dengar suara Man Bai "seperti semalam kita berpisah" tu macam menangis. Peh! Teringat makwe ke?
Ke dia dah mati jugak, maklumlah, pena..
"Kau jangan stereotaip," kata Osman Tikus terus menyentap fikiran aku dan menoleh ke arah aku."Kau pun sama lah, penagih!" Osman Tikus terus sound tepek ke arah aku.
"Weh, sorry la. Aku tak berniat nak singgung kau. Sorry, aku mintak maaf. Aku dah confused ni."
Osman Tikus cuba memujuk hati dia untuk terima maaf aku. Aku tak patut cakap macam tu. Tapi aku tak berniat pun nak singgung hati dia. Lagipun, aku berfikir je. Semua orang boleh dengar fikiran orang lain ke?
"Ya, kalau kau fokus, Din. Kau asyik fikir pasal diri kau je, mana kau nak fikir pasal orang lain?"
Baik aku jangan berfikir.
"Bukan macam tu, jangan berfikir. Ah, terlalu panjang aku nak terangkan kat kau," kata Osman Tikus light rokok.
"Kenapa aku dengan kau tak botak kepala macam sami-sami Shaolin tu semua, Osman?"
"Weh, Din. Kita dalam proses pemulihan lah, kau nak masuk jadi sami Shaolin tu semua, sekarang ni, kau dengan aku belum suci. Dalam bahasa kitorang la, urine sangkut."
"Sama la, bang. Zaman saya pun cakap camtu gak."
"Selagi kau tak habis lagi kekotoran kau, jangan mimpi la nak belajar Shaolin!" kata Osman Tikus.
Ish, wadefish?
"Apa ikan?" kata Osman Tikus.
"Hah?"
"Hah? Ikan?"
"Kau tanya, what the fish?"
"Hah? Oh? Takde apa lah."
Lagu ini, ahh. Billy Joel. We Didn't The Fire.
Harry Truman, Doris Day, Red China, Johnnie Ray
South Pacific, Walter Winchell, Joe DiMaggio
Joe McCarthy, Richard Nixon, Studebaker, Television
North Korea, South Korea, Marilyn MonroeRosenbergs, H-Bomb, Sugar Ray, Panmunjom
Brando, The King And I, and The Catcher In The RyeAku dengan Osman Tikus dua-dua diam dan fokus lagu ni. Aku ingat lagu ni masa aku kecik dulu. Teringat balik.
"Mat salleh, kau tengok, tulis lirik, letak nama orang, peristiwa, dah boleh tulis lagu gempak. Kau dengan aku, kusyuk dengar lirik dia. Kau tengok Melayu, lagu meleleh-leleh..."
Lagu Dari Sinar Mata dari Bumiputera Rockers.
"Weh, legend ni."
"Memang lah, tapi aku dulu cuba tulis lirik macam mat salleh, band aku tak nak terima. Lirik mesti puitis, barulah awek cair. Aku banyak kali dengar awek-awek pejabat kerja kat Dayabumi tu, mana suka mat rockers macam aku. Dorang tengok aku cam jijik je."
O--kay.
"Apa masalah kau ni, Osman Tikus?" aku terus duduk dan mendengar cerita orang. Buat pertama kali, aku mula peduli cerita orang. Aku duduk bersila terus dan dengar cerita dia.
Osman Tikus ni dulu dia adalah bassist pada sebuah band rock kapak terkemuka. Aku dah cakap dengan kau hari tu, kan? Cerita dia, masa dorang tengah tour gig keliling semenanjung dulu, makwe dia kena sailang.
Makwe dia asal kenal masa kat ITM. Nama makwe dia, Zaleha. Dia belajar seni kraftangan, Zaleha belajar masscom.
Ok, aku cuba bayangkan makwe dia macam pembaca berita TV3 Wan Zaleha Radzi. Kalau betul andaian aku ni, power gila Osman Tikus ni. Tapi ni aku bayangkan je tau, bukan betul-betul. Kau jangan la pulak tanya Wan Zaleha Radzi betul ke tak dia pernah jadi makwe Osman Tikus.
Aku penulis je doh, mampus aku kalau kena saman.
Okay, aku sambung balik.
Si Zaleha ni kenal masa sesi suaikenal apa jadah entah. Kira Osman Tikus ni hipster 80an, mat rock kapak lah. Zaleha ni macam awek mass com yang semua orang lelaki kejar lah.
Eh, jap. Zaman ITM ni dah ada masscom ke belum? Aku malas nak factchecking google bagai. Aku sekarang tengah tak confirm aku tau aku ni mati ke tak. Kalau aku mati, aku tak tau password Wi-Fi.
Osman Tikus mengakui pernah main kejar-kejar berlari-lari dengan Zaleha ketika lagu Sheila Majid Antara Anyir dan Jakarta berkumandangan di radio semua orang di asrama.
Wow, satu pengalaman yang tak pernah dirasa budak institusi abad ke-21 ni. Romantik gila bila kau dengar semua orang bukak channel radio sama, lagu Sheila Majid yang tu pulak, sambil maim kejar-kejar kat Bukit Tonggek.
Siapa budak UiTM Shah Alam tau la Bukit Tonggek ni kat mana, kau tanya dorang.
Zaman aku, semua orang sumbat lagu masing-masing dalam telinga. Masing-masing menyendiri. Semua mahu jadi sendiri. Semua orang hanya memikirkan individu.
Zaman mereka, walkman belum meluas, semua orang hanya mampu miliki radio, dan bukan semua yang ada wang nak beli kaset.
Jadi, semua orang bukak channel radio yang sama.
Mereka bercinta 6 bulan dan mulai jadi dingin apabila Osman Putih mulai kenal dadah. Zaleha ni sayang Osman Putih, tapi dia dah tak boleh terima dengan Osman Putih yang tak boleh berhenti dengan dadah.
Mak dia tunangkan dia dengan sorang anak Datuk kontraktor bina jalan kampung. Sekarang dah jadi Datin dah, hidup senang.
"Aku salah, bukan Zaleha. Zaleha sayangkan aku, tapi aku tak nak berubah."
Masa ni, aku punya "i-feel-you-bro" tu punyalah deep, sampai aku faham, kenapa dia kutuk lirik lagu mendayu-dayu tu? Sebab dia la penulis lirik banyak lagu-lagu rock kapak yang dighostwriting oleh penulis macam ni.
Dia mengaku la beberapa lagu, dan dia cuma kutip duit, tapi tak dapat copyright, tak dapat royalti. Kira one-shot payment.
Dia amanahkan aku jangan beritahu sesiapa. Sebab tak eloklah.
Rupanya Osman Putih simpan duit, nak meminang Zaleha. Tapi sebab dia lambat nak hilang dari dadah tu.
Dia punya pilu, dia dapat surat kat kampung, dah tiga bulan baru tau Zaleha kirim kad kahwin.
Masa dia baca kad kahwin nama Zaleha dengan nama lelaki lain, dia punya pilu....
Padahal kau tengah usaha nak berubah, kau tengah usaha nak bina hidup kau yang dah keberantakan, dah nak ke longkang, kau rasa kau baru keluar dari longkang je, air lecak kena muka kau.
Aku rasa apa yang Osman Tikus rasa, dan aku terus menangis.
Sartre ada berkata, "neraka itu adalah orang lain."
Aku rasa, neraka itu adalah diri sendiri.
Kaulah syurga, kaulah neraka kau. Kau yang menentukan hala tuju hidup kau lepas ni ke mana.
Maafkan aku, Sheera. Mungkin sebab aku yang tak nak berubah, kau terpaksa melangkah.
Salah aku ni.
Osman Tikus menangis menutup muka dan terduduk, macam ada satu penyesalan. Dan tiba-tiba, aku tertoleh ke tingkap.
Dan aku nampak.
Zaidi.
Arwah Zaidi. Kawan aku. Kawan baik aku.
Lagu Misteri Mimpi Syakilla berkumandang.
Mainfaaaaaaakk!

ANDA SEDANG MEMBACA
Ralat Itu Normal
SpiritualKisah seorang lelaki yang baru break up lalu berkecamuk jiwanya, lalu cuba menenangkan diri dengan menjadi pemandu Uber. Satu hari, dia mendapat penumpang yang merupakan guru Shaolin hikmat Helang Angkasa. Kemudian dia belajar bagaimana untuk hidup...