4

1.7K 42 8
                                    

Selepas proses aku mendaftar sebagai pemandu Uber, dan menunggu proses-proses tersebut untuk diproseskan sebelum aku mendapat pengesahan sebagai pemandu Uber, aku mengambil keputusan untuk pergi mabuk. Dengan duit yang abang aku bagi petang tadi, aku mengambil keputusan untuk pergi clubbing dan melepaskan stress yang ada dalam fikiran aku.

Nak mabuk dekat tengah bandar KL, memang aku tak mampu. Jadi aku mengambil keputusan untuk mabuk dekat sikit dengan KL - iaitu di Klang Lama. Lebih tepat lagi, di Scott's Garden. Aku tau port tempat mabuk ni sebab dulu bos lama aku suka bawak aku dengan anak buah dia mabuk kat sini. Lepas mabuk pergi la cari perempuan dekat club tu. Biasa golongan FL yang kau boleh jumpa dalam Craigslist. 

Dulu, masa aku couple dengan Sheera - aku memang setia. Tahap kesetiaan aku punyalah setia sampai aku tak sanggup nak melancap dengan membayangkan orang lain. Lama juga aku tahan nafsu aku sebab terus terang aku katakan, aku memang nak jadikan Sheera ni isteri aku.

Aku masih ingat lagi perbualan aku dengan kakak aku masa aku bercakap soal nak kahwin. Kakak aku tergelak terbahak besar macam dia nak hanggukkan kepala dia kat dinding rumah. Aku rasa macam aku ni loser gila lah. 

"Dik, kau kerja pun takde, kau gila ke apa nak kahwin?" kata Along di suatu petang ketika dia belanja aku makan kat Foodsbury. Ala, kedai makan hipster tu. Dia suka la makan situ. Sebenarnya niat dia makan kat situ sebab dia suka swafoto kat tempat tu sebab nampak cam tempat yang trend la. Lepas tu suka ambik gambar makanan. 

Bodoh gila aku rasa trend ni. Tapi dah trend, nak buat macam mana kan.

Sambil makan-makan tu terjumpa pulak dengan pelakon Siti Saleha yang berlakon drama TV petang-petang tu. Apa lagi, ligat la kakak aku nak swafoto sama-sama. Aku perati angin je.

Tapi masa tu aku punyalah sayang dengan Sheera ni, sampai kakak aku ajak aku swafoto dengan Siti Saleha pun aku tak nak. Sebab aku tak nak curang dengan Sheera. 

Bila dah jadi gini, kau tau apa aku rasa? Aku rasa bodoh gila.

So, malam ni aku nak mabuk puas-puas walaupun duit aku tak seberapa. Nak main perempuan kau pergi je Brickfields. Barai pun barai la. Dah miskin, nak dapat awek top model tunggu la kau kaya gila.

Tapi entah, sampai pertengahan jalan, aku rasa benda ni bodoh gila. Padahal aku dah sampai area Jalan Templer dah pun. Lama aku memikirkan benda ni. Last-last aku mengambil keputusan untuk masuk Pantai Dalam kejap. Cari kedai makan.

Di sebuah kedai tomyam di Pantai Dalam, aku nampak pasangan laki bini sedang bertekak di meja makan. Anak dua orang. Anak paling besar aku rasa mungkin umur lima tahun kot. Pakai baju Angry Birds pasar malam dengan seluar pendek selipar jepun. Adik dia yang kecik umur tiga tahun agaknya. Makan nasi bersepah. 

Entah apa yang mereka bertekakkan, aku tak nak dengar sangat. Lagipun apa yang aku dapat tangkap ni ialah si bini tuduh laki curang, yang laki marah-marah sebab si bini cemburu tak tentu pasal. Anak-anak duduk tepi perhati. Dah besar pun mesti kitaran ganas ini akan berulang.

Masa aku kecik dulu, abah aku panas baran. Kau tengok la aku, makan penampar dia tu macam aku makan nasi. Hari-hari aku kena makan penampar, kena libas dengan hos getah, tali pinggang. Kena maki tu standard lah.

Jadi, aku malas nak fikir banyak sangat, aku mengambil keputusan lepas makan, aku nak pergi cari tokan biji aku balik. Mampos la aku dapat berapa, aku hari ni aku clubbing dalam bilik aku sorang-sorang.

Lepas aku beli biji-biji E dengan harga serat (seratus), aku balik dan bukak lagu-lagu rave yang ada dalam Spotify aku. Dah macam orang gila aku clubbing dalam bilik sorang-sorang. Lagu Born Slippy dari Underworld berkumandang. Oh, aku beli beberapa tin air kencing setan jenama harimau untuk aku melompat sorang-sorang sebelum aku trash lagi bilik aku. 

Ralat Itu NormalWhere stories live. Discover now