Esok pagi ketika loceng biara dibunyikan, semua lelaki-lelaki botak beramai-ramai berjalan dan melafazkan tafakur dengan berbuih-buih mulutnya menyebut nama Baba Ji.
Semua duduk bersila di dataran yang dibina dengan batu gunung, jadi rasa macam bontot kau duduk atas ais disebabkan suhu yang beku.
Baba Ji datang dan bersila di atas altar. Dan semua orang mengucapkan "om Baba Ji om..." sambil Baba Ji kembang kuncup mulut terkumat kamit membaca tafakur.
Bau kemenyan dan colok diiringi bunyi orang bertafakur, dalam aku menahan kesejukan bersila di atas batu gunung ni. Tapi aku pelik, kenapa dalam ramai bertafakur ni, dalam kepala aku boleh dengar lagu Let's Dance dari David Bowie?
Aku nampak dua orang lelaki berdiri dan mengawal Baba Ji sedang memerhatikan semua orang. Aku cuba amati betul-betul dua lelaki tersebut.
Cikgu Kamaruddin? Cikgu Maarif? Macam mana diorang boleh ada kat sini? Sudah la tu, jadi macai Chan pulak.
"Ommmmm...Baba Ji ommmmm..."
Ye lah, Baba Ji.
Aku sudah merasakan kepelikan ini semakin ketara. Segala yang aku rasakan ini tidak nyata.
Aku tampar pipi aku berkali-kali namun aku terasa sakitnya. Ini real ni.
Selepas dua jam bertafakur, mereka semua pun sarapan. Entah macam mana, Encik Kamaruddin tepuk bahu aku.
"Kamu, ikut saya."
Fuck, apa pulak ni.
"Dilarang mencarut di kawasan suci."
Apa benda sial?
"Lagi sekali kamu mencarut, kamu akan didenda rotan di punggung sebanyak 200 kali kerana menghina Baba Ji."
Bila masa aku hina dia, kimak? Dia member aku la. Wehh, kau yang selalu tangkap kitorang kan?
Cikgu Kamaruddin pandang Cikgu Maarif, dan Cikgu Maarif pegang lengan aku, dan tarik aku ke depan tapak perhimpunan.
Aku diminta berdiri sehingga semua selesai makan sarapan.
Di khalayak ramai aku disuruh tonggeng, macam aku kat sekolah dulu. Kemudian bontot aku dilibas dengan rotan besar.
"Paaaap!"
Sakit la, bodoh punya Cikgu Maarif!
"Paaaappp!"
Aku nampak wajah Baba Ji tenang bersila sambil bertafakur.
Woi, tolong la member kau ni. Member kena libas bontot dengan rotan, kau boleh pulak bertafakur. Tolong la.
Setiap libasan rotan itu berbekas. Lalu aku membayangkan zaman aku sekolah dulu, apabila Jabatan PEMADAM datang sekolah dan tukang rotan demo merotan di tapak perhimpunan sekolah, itu apa yang aku rasa.
Baba Ji terus bertafakur, dengan ibu jarinya bertemu dengan jari hantunya. Dia benar-benar fokus. Macam Buddha. Ketenangan yang jitu.
Aku tau la dalam sepanjang aku kenal Chan, dia ni tenang orangnya. Tapi bila dia jadi Baba Ji, dia punya tenang macam Donnie Yen dalam cerita Ip Man.
Aku melihat ketenangan itu sehingga aku turut menjadi tenang dan tidak mempedulikan libasan rotan di punggung.
Ommmm Baba Ji ommmmm...
Aku tidak mempedulikan kesakitan itu kerana aku begitu ralit melihat ketenangan Baba Ji.
Selepas selesai 200 libasan, aku terbaring. Tapi aku tenang, walaupun punggung aku sudah berbirat dan berdarah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ralat Itu Normal
SpiritualKisah seorang lelaki yang baru break up lalu berkecamuk jiwanya, lalu cuba menenangkan diri dengan menjadi pemandu Uber. Satu hari, dia mendapat penumpang yang merupakan guru Shaolin hikmat Helang Angkasa. Kemudian dia belajar bagaimana untuk hidup...