8

1.5K 50 10
                                    

Come as you are, as you were
As I want you to be
As a friend, as a friend
As a known enemy

Take your time, hurry up
Choice is yours, don't be late
Take a rest as a friend
As an old

Memoria, memoria
Memoria, memoria

Perasaan menjadi kembali muda adalah perasaan paling indah. Aku rasa sejak aku mencapai umur three-series ini, ini adalah kenyataan aku yang paling tepat.

Perasaan ini indah kerana pada satu ketika, ketika kau masih lagi muda, dan masih lagi gagah, masih lagi bersemangat untuk menjelajah bumi ini, kau tak berfikir apa-apa kecuali untuk mencapai sejauh mana kau boleh pergi.

Macam masa kau muda, kau tak kisah berapa togok air kencing setan kau akan togok, atau berapa banyak dadah kau nak hisap, sebab kau cuma nak tahu berapa jauh kau boleh pergi.

Dan kadang-kadang kau boleh jadi terlajak, dan mampos. Tapi hey, kau mampos dalam keadaan yang legendary.

Kurt Cobain, Jim Morrison, Jimi Hendrix, arwah Zaidi.

Arwah Zaidi kawan baik aku tu, dia legend beb. Dia apa jenis dadah pun dia ambik la, bro.

Aku masih ingat kali terakhir aku jumpa dia sebelum dia meninggal. Lama dah, masa tu aku jumpa dia dekat bus stop Kota Raya pada tahun 1998.

Masa tu aku Tingkatan Dua.

Aku dah tak ingat dah kenapa aku ada kat situ, tapi kalau tak silap, sebab aku nak pergi beli tiket bas untuk pergi Kuala Perlis, dan seterusnya ke Langkawi bersama Chan untuk adventure cuti sekolah.

Zaidi masa tu sedang leka hisap rokok, kepala pun dah botak, pakai baju Gun and Roses dan seluar korduroy warna hitam.

"Woi, apa cerita, Zaidi?"

Terkejut berahak mamat tu. Mamat tu tengah tunggu bas nak pergi Melaka.

"Kau buat apa kat Melaka?"

"Aku tolong pakcik aku, bukak kebun. Kat Merlimau."

Tapi rupa dia agak kurus kering berbanding dulu. Kami berbual-bual mesra, tapi aku tak sangka itu kali terakhir aku berjumpa dengan Zaidi.

Aku ingat ayat akhir dia sebelum kami berpisah. Semua berpunca dari aku tanya dia pasal, adakah dia menyesal dia hisap dadah selama ni.

Dia hanya senyum.

"Kita ni semua, ada dadah kita sendiri. Ada yang gian kuasa, ada yang gian cinta, ada yang gian harta. Jadi, nak menyesal apa?"

"Kau langsung tak menyesal?"

"Menyesal adalah perasaan untuk orang yang tak enjoy hidup."

Dia kata begitu, tapi aku pandang mata dia, mata dia tak bercakap macam mana mulut dia bercakap. Kau tau bila mulut berbohong, kau boleh pandang mata boleh berbicara, kan? Ya, aku pandang mata dia.

Aku tau, dia menyesal.

Aku masih ingat lagi satu cerita yang pernah aku tonton dengan Chan, rasanya The Straight Story kot tajuk dia. Ah, kau Google la sendiri kalau jumpa tajuk tu.

Cerita dia simple je, orang tua yang naik trektar tua untuk jumpa dengan adik dia yang beratus-ratus batu jaraknya.

Kenapalah cerita Melayu tak boleh buat cerita yang simple macam ni tapi boleh buat aku touching emosi aku?

Aku ingat lagi kata-kata orang tua tu. "Satu perkara yang menyakitkan bila menjadi tua ialah mengenang masa muda."

Dan sebab itu, rata-rata yang pergi gig tribute Nirvana ni, ada yang tua 30an macam aku, Samsul Corey , dan Sarah (aku tanya umur dia, dia kata dia three-series) dan ada je ramai anak muda yang baru nak berkecimpung dengan muzik grunge dan rock alternatif.

Ralat Itu NormalTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang