Ah ah ah ah hmmm yeaahhh ah ah hmmm mmmaaahhh hmmmm nggghhh!
Ah, lega.
Aku terus ke bilik air, letak spender dalam mesin basuh, mandi.
Lepas mandi-mandi, aku terus bersiap-siap untuk memandu kereta Uber buat kali pertama.
Oh ya, tadi tu first time aku melancap selepas aku break up. Selalu la orang kata tabiat melancap ni tak elok, boleh gila la, rosak la, berdosa la, apa la.
Bukanlah aku berbangga dengan tabiat ni, tapi bagi aku melancap adalah perbuatan melepaskan apa yang terpendam. Apa yang tersimpan di pundi dua biji asam boi yang kau bawak ke hulu kehilir tu.
Aku malas nak bersembang panjang tentang hal melancap dengan lebih detail kerana aku sedang tergesa-gesa untuk siapkan diri aku memandu kereta.
Satu benda yang aku nampak perubahan zaman sekarang ialah segalanya di hujung jari. Pada satu ketika dulu semasa arwah ayah aku tak ada kereta, aku masih ingat lagi arwah mak aku kena call syarikat teksi untuk menjemputnya untuk ke satu tempat.Masa tu siapa duduk Shah Alam memang pishang. Sekarang pun pishang tapi at least ada AEON Mall. Dulu ada Kompleks (PKNS) je.
Customer aku yang pertama ialah seorang makcik yang dari depan Hakim Baru Seksyen 7 nak menuju ke Kompleks. Ha, ya, aku baru sembang pasal Kompleks.
Makcik ni boraklah pasal bakal anak menantu dia yang sekarang kerja pilot tu.
"Haih anak makcik ni, nak kahwin tudung macam Neelofa!" katanya sambil menekan-nekan telefon membaca mesej Facebook. Baca apa benda yang viral.
"Apasal tak pergi kat Gulatis ke, area 7 sana?"
"Ramai orang. Macam semut. Tak larat makcik. Lagipun kat Kompleks ni makcik ramai kawan. Takdelah bosan."
Kompleks. Di sinilah, pada satu ketika di tahun 1998, aku dan Chan menjalankan satu operasi bersepadu.
Operasi mencuri kaset.
Setelah aktiviti mengusha dilakukan dua hari sekali oleh kami, kadang-kadang bergilir-gilir datang seorang diri, kami berdia memerhatikan tabiat tauke kedai atau pekerjanya yang menjaga kedai.
Chan dia target kaset Offspring - Americana, sementara aku pulak target album Republica sebab aku peminat gila penyanyi utama dia Saffron. Awek ni hot tapi fucked up dadah macam aku jugak.
Jadi pada jam 1:30 tengah hari, tauke dia keluar, sementara pekerja dia sedang fokus pada nasi bungkus yang sedang dimakan. Aku masukkan kaset Republica dalam kocek, sementara Chan acah-acah belek-belek kaset.
Chan capai kaset Americananya, dan aku memberikan pandangan bero-bero pada Chan sebelum kami perlahan-lahan angkat kaki.
Sebelum tu dah pesan, apa-apahal kalau kantoi, lari pecah. Jumpa kat tepi tasik.
Ternyata pekerja tu buat selamba fokus makan nasik bungkus sampai dia tak perasan pun keberangkatan kami.
"OK, kita tak boleh kerap sangat curi ni Chan. Kita kena bagi tempoh bertenang dulu."
"OK bro cantik!" kata Chan sambil bagi high five pada aku.
Selepas tu aku masukkan kaset Republica yang aku curi tadi dalam walkman aku yang aku simpan dalam beg. Chan dia ada walkman dia sendiri so dia pun dengar walkman dia jugak. Lepas tu ada dua orang budak yang turut memakai baju sekolah sambil mengeluarkan kaset ACAB dari poket.
"Kedai sama gak ke?" tanya aku.
Budak skinhead tu angguk je kepala. Lagi sorang sengih-sengih. Tengok keluar dari poket je dah tau, sama pattern macam aku.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ralat Itu Normal
SpiritualKisah seorang lelaki yang baru break up lalu berkecamuk jiwanya, lalu cuba menenangkan diri dengan menjadi pemandu Uber. Satu hari, dia mendapat penumpang yang merupakan guru Shaolin hikmat Helang Angkasa. Kemudian dia belajar bagaimana untuk hidup...