11

1.3K 42 9
                                    

Selepas habis makan, aku dibawa oleh beberapa budak botak yang memegang pelita antik menuju ke asrama biara ini. Asrama biara ini separuh kayu separuh batu, dan suhu menjelang malam di pergunungan ini mencengkam tulang hitam.

"Kang kala gula lakang pas zula mata kala sata pa," kata budak tu. Budak ni kejap cakap gula, kejap mata. Aku tak faham, terkebil-kebil depan pintu bilik aku.

"Dia suruh kau tidur awal, besok sebelum subuh kau kena bangun, kena bertafakur bersama Baba Ji," kata seorang brader dalam bilik tu. Roommate aku la tu.

Lagu Serikandi Cintaku dari Bloodshed bermain dalam bilik tu. Ternyata roommate aku adalah seorang mamat rock kapak habis.

Ada banyak poster rock kapak seperti Bloodshed, Wings, Search, BPR, Ekamatra dari majalah URTV agaknya, dan ada juga poster pin up gambar Julia Rais, Raja Ema dan Sofea Jane.

Tapi dalam banyak-banyak poster tu, gambar Baba Ji paling atas dan ada frame.

Kau boleh bayangkan tak, macam kalau kau berkawan dengan seseorang yang selama ni kau stoned sama, curi kaset kat Kompleks, sama-sama panjat pagar sekolah, member yang kau pinjam CD blue, sekali di tempat lain, dia macam Jesus atau Dalai Lama?

Kau mindfuck, kan?

"Rock, rock juga. Tapi Baba Ji kena selalu ingat juga."

Pantek lah, pantekkkk! Macam mana member aku boleh ada cult follower ni? Dorang ni minum air kaki Chan ke, macam Ayah Pin tu?

Roommate aku tu melayan bob marley di tepi tingkap. Seolah-olah tidak ada undang-undang narkotik pulak kat tempat ajaran Baba Ji Chan ni.

Aku tetap panggil dia Chan, aku peduli apa.

"Nama aku Osman. Orang panggil aku Osman Tikus," kata housemate aku tu, menghulur tangan.

"Aku Din," aku takde tikus ke ular ke naga ke binatang apa lagi entah.

Aku mintak dia sepam dua sikit. Osman Tikus bercerita bagaimana dia boleh sampai di sini. Dahulunya, Osman Tikus ni pemain bass sebuah kumpulan rock terkemuka. Dia menjadi popular dan selalu trash bilik hotel, kongkek groupies dan mabuk-mabuk hisap dadah.

Selepas mengetahui teknik hisap dadah pakai suntik jarum, mereka mula main heroin dan main cucuk jarum sampailah drummer mereka mati kena AIDS. Dan masa itu pun populariti mereka merosot dan Osman Tikus duduk di bawah jejantas, dan bawah longkang untuk meneruskan hidup.

"Lalu satu hari, ada dua brader kutip aku dengan kereta Datsun, dan hantar berubat dengan Baba Ji."

Osman Tikus memandang gambar Baba Ji atau Chan yang mukanya aku rasa macam nak tampor je senyumannya.

"Baba Ji telah memberi peluang kedua kepada aku untuk berubah."

Osman Tikus tiba-tiba bangun dari tempat dia duduk tadi, dan duduk bersila, dengan ibu jari dan jari hantunya bersentuh di kedua tangannya, dan memandang gambar Baba Ji.

"Ommmmmm...Baba Ji ommmmmm..."

Aku pandang Osman Tikus, aku pandang gambar member aku. Aku tak boleh terima Chan buat ajaran sesat kat sini di suatu zaman yang lain. Macam mana Chan boleh melanggar keterbatasan masa? Celaka betul member aku ni.

Aku dapat balik ni, aku confirm call JAIS, JAKIM, Azhar Idrus, Abdullah Khairi, Kazim Elias, Tarbiah Sentap, biar azankan sikit telinga si Chan ni semoga dia bertaubat.

"Ommmmmm...Baba Ji....ommmm..."

Akal aku masih tak boleh terima semua ini. Aku terus mencari jalan keluar dari biara ajaran sesat Baba Ji ni.

Ralat Itu NormalTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang