"Maaflah, saya terpaksa. Keluarga saya yang aturkan pertunangan saya dengan lelaki ni. Saya cuba pujuk mak ayah, tapi mereka degil. Lagipun, tak elok la wak, hubungan kita tak direstui."
Satu mesej Whatsapp yang buat aku rasa aku nak campak almari katil aku bawah flat ni. Dongeng pukimak apa cerita macam ni. Kenapalah ada lagi drama zaman perang dunia kedua macam ni lagi? Ke kahwin aturan keluarga ni sememangnya evergreen?
Pada abad ke-21 ni, aku rasa benda ni benda paling tak masuk akal. Alat sulit kau masih dikawal mak bapak.
Cakap je lah lelaki tu sado, hensem, kaya. Tak payahlah nak cakap macam ni. Palatlah!
Aku punyalah geram sampai aku terajang pintu almari aku. Patah macam hati aku. Selepas aku puas mengamuk, dan memecahkan tingkap bilik aku, tangan aku berdarah terkena kaca.
Alang-alang....
Torehan dengan gunting tidak boleh pergi dalam, tapi kalau kaca, dia boleh pergi jauh. Dengan kaca tingkap itu, aku terus kelar tangan aku melintasi urat di tangan.
Darah mula mengalir. Seperti air mata aku, darah mula meleleh keluar dari kulit. Tak puas lagi, aku kelar lagi lengan aku sampai aku puas hati.
Dengan kesakitan di tangan itu barulah aku mula menangis. Tapi luka di tangan ni tak sepedih luka di hati.
Ternyata luka yang aku lakukan pada lengan dan urat aku tak sedalam mana. Dalam masa dua puluh minit, darah kembali membeku dan tidak lagi mengalir.
Di tangan aku ada dua keping tiket Payung Teduh untuk aku dan dia pergi hari ni. Disebabkan mesej itu, aku rasa adalah macam babi kalau aku pergi tonton konsert tu walaupun band tu band yang best gila.
Dah la tiket tu susah nak dapat, lepas tu jadi macam ni pulak. Kimak betul.
Pada akhirnya aku menjual kedua tiket aku pada seorang awek famous Twitter yang nak beli tiket untuk dia dan boyfriend dia.
Petang lepas aku jual tiket Payung Teduh aku, aku duduk di tingkat atas rumah flat aku. Di tangga celah rumah flat tu, kelihatan dua pasangan budak sekolah pakai baju sukan dan seluar trek sedang nak ringan-ringan.
Budak perempuan tu tunduk tak pandang aku. Budak lelaki pandang aku takut-takut. Aku buat tak peduli. Aku naik atas sebab nak hisap rokok je. Vape aku pulak bateri habis.
Kimak, lighter tinggal dalam bilik pulak.
Aku terus jalan meluru ke arah budak lelaki tu. Buto dia tak hisap rokok. Tengok bibir dah tau.
"Dik, ada lighter?"
Terkial-kial budak lelaki tu keluarkan lighter Apollo dia.
Aku light rokok aku.
"Terima kasih," dan aku meninggalkan pasangan budak sekolah tu tadi. Aku kemudian menuju ke hujung bangunan, dan aku melihat ke bawah.
Agak tinggi juga flat sepuluh tingkat ni. Kalau aku terjun ni, adakah aku berkecai? Alang-alang terjun, biar mampus.
Let down and hanging around
Crushed like a bug in the groundBait lirik Let Down dari kumpulan Radiohead terlintas dalam kepala aku. Kau tau, dalam Spotify aku, ada satu playlist yang aku akan dengar kalau aku rasa aku nak bunuh diri. Selain Let Down, ada juga lagu seperti How Soon Is Now dari The Smiths, Fuck and Run dari Liz Phair, atau I Hate Myself and I Want To Die dari Nirvana.
Aku memilih untuk duduk di atas tembok. Aku rasa hari ni bukan harinya.
Entahlah, dari kecik aku merasakan satu hari nanti aku akan mati bunuh diri. Bukan sebab aku nak, tapi aku rasa aku akan buat benda tu juga.
Bukan sebab nak glorify Cobain ke apa, tapi aku fikir aku memang suicidal. Sebenarnya aku dah beberapa kali dah cuba buat benda tu.
Paling hampir maut aku pernah buat ialah aku telan pil overdosed. Mana aku dapat pil tu? Heheh, ada lah.
Masa aku kat sekolah dulu, aku kaki layan pil. Eh tak, sebelum tu, aku mula-mula kaki hidu petrol. Aku dengan arwah Zaidi la suka ponteng sekolah masa darjah empat kat taman permainan.
Mula-mula aku dengan dia hidu petrol, tapi arwah Zaidi pergi lebih ekstrem dia hidu gam. Aku join kejap sebab satu hari aku kantoi ponteng sekolah dengan abah aku.
Dia lempang, terajang aku. Libas aku dengan getah hos siram bunga tu sampai berbirat belakang aku. Start tu aku tak hisap gam lagi.
Beberapa tahun kemudian, aku dengar arwah Zaidi kena cekup sebab main cucuk jarum dekat longkang area taman aku. Aku main biji je, dan masa aku dapatkan pil tu, aku sengaja telan sampai overdosed sebelum aku terus pitam. Aku sedar-sedar aku kat hospital.
Ternyata aku memang seorang anak yang fucked up. Mak bapak aku tak pernah bangga dengan aku. Lepas percubaan bunuh diri tu gagal, aku stop main biji ni.
Serius fucked up macam cerita Trainspotting, I tell you.
Tiba-tiba aku sedar bahu aku dicuit.
Dua budak sekolah tu rupanya.
"Abang, abang ok ke?" tanya budak lelaki tu. Awek dia duduk belakang.
"OK, kenapa?"
"Abang macam tak ok je."
"Apasal kau cakap macam tu?"
"Tengok tangan abang luka-luka gitu. Ni abang duduk tepi gini, abang nak bunuh diri ke?"
"Tak lah. Mana ada. Aku dah lepak sini lama dah."
"Abang jangan bunuh diri, dosa."
"Eleh, yang kau berendek kat tangga tangki tu kau tak fikir dosa pulak?"
"At least yang ni sempat boleh insaf. Abang kalau mati bunuh diri, kat akhirat nanti nabi tak ngaku umat."
Celaka benar rasanya bila aku ditarbiahkan oleh budak sekolah yang sedang berendek di tangki flat.
"Korang free tak?" aku tanya dorang.
"Kenapa?"
"Teman aku pergi makan."
Awek dia geleng-geleng kepala.
"Kau nak takut apahal? Ala, dulu pun aku budak sekolah kau la. Apa nak takut. Cikgu Kamaruddin ada lagi?"
"Oh, cikgu disiplin tu? Dia tu dah dua tahun lepas dah bersara. Sekarang Cikgu Maarif."
Cikgu Maarif tu dulu macai Cikgu Kamaruddin je kat sekolah tu. Cikgu Maarif tu dulu cikgu PJ aku. Dia dulu minat kat Cikgu Rosnita yang ajar BM aku, tapi dia berebut dengan Cikgu Azri, cikgu Kemahiran Hidup aku. Cikgu Azri ni sporting. Dia bagi kitorang hisap rokok dalam tandas bengkel KH dengan syarat jangan kantoi.
Aku tau Cikgu Azri pindah sekolah kat Sabak Bernam masa aku SPM. Habis la rosak anak-anak bangsa di kampung macam aku jugak.
"Korang dah makan ke belum?"
Dua-dua geleng kepala.
"Jom, aku belanja KFC."
Balak pandang awek, awek sengih. Awek pandang aku dengan penuh harapan.
Dasar budak PPRT. Dengar KFC terus okay. Nasib baik niat aku sebab nak mengisi ruang kekosongan.
YOU ARE READING
Ralat Itu Normal
SpiritualKisah seorang lelaki yang baru break up lalu berkecamuk jiwanya, lalu cuba menenangkan diri dengan menjadi pemandu Uber. Satu hari, dia mendapat penumpang yang merupakan guru Shaolin hikmat Helang Angkasa. Kemudian dia belajar bagaimana untuk hidup...