Lagu Depeche Mode Just Can't Get Enough serta suara Sarah dan Puspa menyanyi di latarnya kedengaran dalam kepala aku ketika aku sedang duduk seorang diri memikirkan tentang apa sebenarnya yang berlaku kepada diri aku ni. Aku asyik bertanya pada diri aku, aku ni hidup ke mati, dan setiap kali aku bertanya soalan ini pada orang, orang tidak menjawab soalan aku.
Aku tak suka soalan aku tidak dijawab! Bagi aku ini satu kekurangajaran yang menidakkan hak aku untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.
Dalam keserabutan aku itu, aku cuba fokus pada yak yang meragut rumput dengan tenang yang ada dalam fikiran aku. Ternyata yak itu adalah satu alat aku untuk bertenang, mungkin. Dan aku cuba untuk memandang yak yang berada dalam fikiran aku itu untuk mengelakkan dari aku terus berfikir.
Ommmm Baba Ji ommmmm!
Tetapi aku tak boleh berfikir dan fokus kepada yak yang meragut rumput ini dengan tenang kerana aku mendengar suara Puspa, Sarah, Bunga Ramona dan Samsul Corey sedang bermain spirit of the coin dan percubaan untuk kononnya memanggil roh untuk diajak berbual.
Apakah sebenarnya aku masih berada di dalam rumah mereka tapi mereka tidak mempedulikan kematian aku? Kenapa aku boleh dengar suara tapi aku tak boleh nampak mereka?
Lagu The Romantics - Talking In The Sleep berkumandang. Aku rasa antara dua, sama ada aku masih hidup dan berada di rumah mereka dalam keadaan aku sudah berada di alam lain, atau aku sudah mati tapi roh aku terperangkap dalam alam ini, tapi aku masih boleh mendengar suara mereka di rumah Sarah.
Aku cuba untuk meneroka fikiran aku sendiri, dan daripada aku pandang yak itu meragut rumput, aku bertindak berjalan-jalan di sekitar kawasan berumput itu dan cuba menikmati kawasan rumput itu. Angin bertiup kuat dan rumput melambai-lambai mengikut arah angin. Aku berjalan menuju ke arah matahari yang semakin nak terbenam.
Aku berjalan mengikut denai berbatu yang ada, sehingga aku menemui sebuah sungai. Aku jadi makin ingin tahu, sebab aku nampak ada kelopak-kelopak bunga yang hanyut dibawa arus. Jadi aku mencari punca, mana datangnya bunga ini, dan kenapa kelopak-kelopak bunga ini seolah-olah dicerai-cerai orang?
Aku berjalan sehingga aku ternampak sebuah pondok buruk dan sebatang pokok yang semakin hampir botak. Aku menghampiri dan menuju ke rumah tersebut, aku nampak rumah itu macam rumah orang.
Rumah siapa pulak ni?
Langit pun sudah mulai berwarna keungu-unguan seperti filter filem pelik lewat 80an yang menimbulkan warna-warna yang penuh surreal. Bunyi beat electropop 80an mengiringi jejak aku, aku tak cam lagu ini sangat, sama ada ia dari Kraftwerk atau mungkin The Buggles. Mungkin New Order. Mungkin Ultravox. Dan aku mengikuti kelopak-kelopak bunga itu, sehinggalah aku nampak seorang gadis yang sedang memetik-metik dan mengoyakkan bunga tersebut. Aku hampiri rapat gadis itu. Dan...
"Sheera?"
Gadis itu menoleh, terkejut dan memandang ke arah aku.
"Apa you buat kat sini?"
"Err, err, petik bunga?" jawab dia.
Aku tergamam. Dia tergamam. Dua-dua dalam keadaan paling awkward.
Dua-dua sebenarnya cuba mahu memecahkan kesunyian dalam kejanggalan itu. Bertemu dengan ex dalam tempat paling terasing.
"Siapa nak cakap dulu ni?" aku memecah kesunyian.
Mulut Sheera mahu bercakap, tetapi terketar-ketar.
"Baik, I mula cakap dulu."
"OK."
Aku masih dalam keadaan confused. Jadi aku cuba menyusun apa yang aku harus cakap dalam kepala otak aku ni untuk aku bercakap. Aku tak boleh nak terus sembur segala makian yang ada walaupun aku rasa aku nak memaki hamun. Harus diingat, aku disebat 200 kali sampai aku tak boleh berjalan, sampai aku mengesot sebab aku mencarut dalam fikiran.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ralat Itu Normal
EspiritualKisah seorang lelaki yang baru break up lalu berkecamuk jiwanya, lalu cuba menenangkan diri dengan menjadi pemandu Uber. Satu hari, dia mendapat penumpang yang merupakan guru Shaolin hikmat Helang Angkasa. Kemudian dia belajar bagaimana untuk hidup...