Chan ajak aku makan dekat area rumah dia kat 'seberang'. Kalau kau orang Shah Alam sejati, kau harus tau bahawa there is 2 parts of Shah Alam - and Kota Kemuning dan kawasan-kawasan ulu mana yang nak mengaku diri dia Shah Alam tu kitorang tak anggap tu Shah Alam pun. Padang Jawa pun bukan Shah Alam pun.
Shah Alam ni ada dua - satu memang Shah Alam, kalau kau duduk Seksyen 2, 3, sampai 9, kau nampak masjid biru tu, area bangunan SUK. 'Seberang' pula, ialah sebelah yang menyeberangi Federal Highway. Area-area ghetto belah kilang tu.
Macam mana aku boleh kenal orang seberang yang bernama Chan ni eh? Oh ya, dia satu sekolah dengan aku. Lupa pulak, kan aku ada cakap dengan kau tu hari. Sorry la, aku ni kadang-kadang ada lupa fakta sikit. Kalau aku cerita salah tu, kau jangan terkejut kalau Chan ke, atau abang atau kakak aku tolong betulkan.
Dalam istilah novel, ia dipanggil unreliable narrator. Ha!
Aku kenal mamat ni sebab kat sekolah aku ada pertandingan bola tampar. Dia kelas lain, aku kelas lain. So pertemuan kelas aku dengan dia di peringkat suku akhir pertandingan bola tampar peringkat sekolah ni diusha oleh semua orang. Sebab kelas aku masa tu, 2 Melur bertemu dengan kelas dia, 2 Mawar.
Dalam aku bermain bola tampar dengan bersungguh-sungguh tu, aku nampak sorang awek cun. Muka dia ada la iras-iras artis baru nak up masa tu, Jeslina Hashim. Dia asyik pandang-pandang aku je sebab tu aku mula hilang fokus.
Entah macam mana si barua Chan ni dia smash bola padu maut punya dan terkena pipi aku. Tersungkur aku di pintu syurga, eh, di court bola tampar tu lah.
"Weh, weh, weh, sorry weh!" kata Chan yang bersifat semangat kesukanan. Kepala aku terhantuk kat lantai court dengan impak yang cukup kuat mengakibatkan darah. Tapi tak apa - kat sekolah orang panggil aku Mick Foley, sebab aku kalau main wrestling kalau tak berdarah-darah tak sah.
"Hahahahahaha! Masa tu aku panic, bro! Tu yang tadi aku nampak kepala kau berdarah, aku panik balik," kata Chan yang tepuk-tepuk peha menggelakkan peristiwa silam. Aku gelak sambil hisap vape.
"Nak makan mana ni?"
"Aku nak makan laksam. Kau makan makanan Kelantan?" tanya Chan.
"Layan la. Mi celup ke, aku lapar lain macam ni. Dari semalam aku rasa aku nak makan bermangkuk-mangkuk mi celup. Aku dah la layan biji semalam."
Chan gelak-gelak je. Tapi dalam gelak-gelak tu, dia risau juga tengok perangai aku yang kadang-kadang lain macam.
Kami berborak banyak topik tapi topik awek kitorang automatik ban sebab aku rasa dia dah tau kot kenapa aku barai sampai macam ni. Chan mengelak dari bercakap pasal awek dan dia bercakap tentang kerjanya di Secret Recipe di Ole Ole Seksyen 18.
"Kau dah register Uber belum?"
"Dah, aku tengah tunggu lah ni."
"Ala, kereta kau tu pun kereta baru jugak, kan?" tanya Chan.
Myvi tahun 2013. Kakak dan abang aku beli untuk aku sebab masa tu aku jaga arwah bapak aku yang tengah sakit, jadi dia belikan aku kereta untuk ulang alik hantar arwah bapak aku pergi klinik.
Ironi juga sebab masa kecik-kecik dulu dia selalu kata dengan aku "kecik-kecik kau tak nak mampus". Last-last aku jugak yang kena hantar dia pergi hospital ulang alik. Aku jugak yang jaga dia walaupun aku jujur dan terus terang, aku jaga dia separuh hati je. Kadang-kadang semak juga kepala aku bila malam-malam dia merengek kesakitan. Aku kenangkan balik masa kecik dulu dia libas aku apa semua - aku geram. Tapi aku kenangkan dia tu bapak aku, aku buat je tanggungjawab aku walaupun separuh hati. Memang tak ikhlas lah, aku jujur terus terang.
Arwah bapak aku meninggal masa satu hari aku nak kena hantar dia pergi hospital untuk check up sakit lemah jantung dia tu. Aku tengah mandi-mandi untuk pergi hospital lah, lepas tu bila dah habis mandi, aku cakap dengan dia, "jom lah, nak pergi hospital ni. Tido buat apa?"
Rupanya dia tidur untuk selamanya.
Dengan nada monotone aku call kakak dan abang aku. Abang aku bodoh nak mampus, dia salahkan aku kenapa tak monitor dia sakit. Weh, kau bodoh ke apa, aku tengah mandi la masa dia mati, gila. Mana la aku nak tau. Takkan aku tak boleh nak mandi pulak?
Aku tak faham kenapalah abang aku ni jadi doktor.
Majlis tahlil berlangsung kat rumah la masa tu. Masa tu kakak aku pun belum kahwin lagi. Sejak tu, rumah tu dah jadi tempat tinggal aku.
Aku tak ingat la sebenarnya apa punca dia mati. Ke dia sebenarnya tersilap ambik biji aku yang kebetulan rupa dia sama macam ubat sakit jantung dia?
Haha, ok aku kejam kalau aku gelak, tapi kelakar lah.
Sebab aku perasan masa tu pil aku hilang, puas aku cari.
Ah, mampus lah. Bukan aku sendiri yang bagi. Dia yang makan ubat tak tanya, dah kenapa?
Petang tu, Chan ajak aku pergi bundle. Dia tengok kasut Chuck Taylor yang aku pakai sejak aku Form 5 tu dah buruk dan koyak rabak, so dia rasa aku patut beli kasut baru.
Aku nampak Trimm Trab warna biru, aku sambar. Harga serat setengah. Pakai duit Chan. Nanti aku dah start ada duit baru aku bayar.
Kira-kira balik aku hutang dengan Chan ni dah nak masuk empat rat dah. Tapi dia rileks je. Dah kata member. Nanti aku bayar la balik bila dapat kerja nanti. Tapi tak ada pulak dia mengungkit ke apa.
Aku kadang-kadang segan juga dengan Chan ni. Dulu masa aku couple dengan Sheera pun kadang-kadang aku loan gak duit dia. Pinjam serat bayar lima puluh je. Tapi dia okay je. Cuma aku lepas ni kena fikir macam mana untuk aku keluar dari lubang belenggu kejahatan ni - hutang.
Chan drive kereta menuju port ponteng kitorang dari zaman PMR dulu. Banyak benda dah berubah, tapi port tu masih macam tu. Port tu ialah longkang dekat dengan trek KTM Komuter dekat Seksyen 19.
Di port itulah kitorang hisap bob marley atau layan biji atau sekadar hisap rokok kalau bekalan dah tak ada untuk ponteng sekolah. Walaupun Chan tak seekstrem arwah Zaidi, tapi dia cool lah. Dia juga memperkenalkan aku terhadap muzik-muzik best seperti Britpop dan punk rock serta band-band emo terawal seperti Sunny Day Real Estate atau Samiam. Chan ni aku suka lepak dengan dia sebab knowledge muzik dia power macam majalah NME atau Kerrang. Atau TONE kalau kau sembang Malaysia. Dulu zaman aku ada lah. Kalau kau tak tau ni, mungkin kau cuma layan majalah URTV atau Mangga. Bukan salah kau pun tak tau.
Entah tiba-tiba Chan bukak topik sendu.
"Weh, aku nak beritahu kau something ni."
"Mende?"
"Aku dapat offer kerja kat Korea."
"Ah, sembang lebat."
"Betul la. Rabu ni aku pergi sana. Kau nak follow? Tapi tu la, nak pergi sana, hidup sebulan tu kena pakai duit sendiri dulu la."
Celah mana pulak aku nak cekau duit nak pergi Korea, cibai? Dia mungkin dah menyimpan lama dari dulu. Tapi baru sekarang dia beritahu aku.
Ah fuck, dah pishang aku sorang-sorang kat kota kebosanan ni tanpa kawan baik.
"Bro, jaga diri baik-baik kat sini bro. Risau aku tengok kau ni. Toreh tangan, trash bilik. Takkan sebab Sheera kau jadi gini?" tanya Chan.
Aku diam sambil sembur asap vape perisa kopi latte ke udara.
"Kau pergi berapa lama, Chan?"
"Mungkin enam bulan, mungkin setahun. Sambil tu, aku nak jalan-jalan sana."
Chan - dia ni temui kebahagiaan dia melalui mengembara. Aku? Aku tak tahu lah, mungkin layan dadah. Mungkin toreh tangan. Mungkin fucked upkan diri. Mungkin menjumpai cinta. Entah, aku pun tak tahu. Bahagia tu apa pun aku tak tahu.
Balik dari rumah tu, lagu Perfect Day dari Lou Reed mengiringi kami dalam kereta. Aku dan Chan berpelukan, kerana mungkin berpisah dengan sahabat baik ni lain macam feeling dia.
Fuck la life ni.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ralat Itu Normal
SpiritualKisah seorang lelaki yang baru break up lalu berkecamuk jiwanya, lalu cuba menenangkan diri dengan menjadi pemandu Uber. Satu hari, dia mendapat penumpang yang merupakan guru Shaolin hikmat Helang Angkasa. Kemudian dia belajar bagaimana untuk hidup...