14

1K 27 2
                                    

Hang the DJ, hang the DJ, hang the DJ,
Hang the DJ, hang the DJ, hang the DJ,
Hang the DJ! Hang the DJ! Hang the DJ!
Hang the DJ hang the DJ hang the DJ!

So, kat mana pulak aku ni? Aku macam dicampak di tengah-tengah kawasan rumput lapang tak berpokok. Kau belajar Geografi tak sekolah? Kawasan steppe. Gitu. Aku keseorangan diri, tapi aku pelik. Aku dengar bunyi kereta, lampu isyarat, orang jual tiket bas, orang jual satay, bunyi handphone, bunyi makwe accent Coco gelak-gelak, bunyi orang komplen bateri phone low, bunyi lori hon kereta depan sebab bosan dan tahan mengantuk sebab kejar trip nak hantar barang di waktu malam, bunyi budak merengek kat mak nak aiskrim, bunyi polis trafik tiup wisel, kemudian bunyi orang lari kejar bas, bunyi motor, bunyi kereta, lepas tu bunyi pintu 7-Eleven,bunyi orang gelak ketawa, bunyi penggoreng char kuey teow ketuk kuali, aku dapat bau char kuey teow tu tapi aku kat tengah padang rumput ni.

Aku dekat ibu kota bunian ke?

Kenapa aku ada kat sini?

Aku ketakutan. Aku kenal semua bunyi tu, tapi bunyi tu tak patut ada kat tempat yang macam ni.

Aku rasa terasing. Minda aku keliru. Kenapa mata aku cuma nampak rumput, rumput dan rumput, tapi hidung aku, telinga aku, dan segala-galanya macam aku dekat tengah bandaraya?

Defak sial.

Aku terus berjalan dengan mata aku, tapi aku tak tahu nak percaya yang mana satu?

"Earthhhhh..."
"Fireeeeee..."
"Wind! Water! Heart!!"

"With all the powers combined, I'm your Captain Planet!"

"Captain Planet, he's your hero! Gonna fight pollution until zero!"

Kenapa aku terdengar lagu Captain Planet?

"Hello? Eh, you, memang ada kat sini. Yeah, I'm with Bunga Ramona. We both nampak you dengan Sofia kat shopping mall, dengan anak, nampak? Sombong. Apa? Haha! Komplot? Ala, tak boleh ke semua ex-girlfriend you hang out together? Ha, sampai girlfriend sinetron tu pun datang. Kemain rancak ha borak dengan girlfriend hijabster you pasal make-up. Hmm? You dengan Sofia kenapa? Ala, ye ke? Eleh, dia tu kan gadis idaman you sejak sekolah. Eh? Ala, apa lagi dia nak? Tu la, ada girlfriends lain, main-mainkan hati orang. Ha? Lagu rock kapak? Kitorang ada stoner party dekat rumah Sarah. Ala ex Hafiz tu. Ha, ha! Nak, datang. Tapi Bunga bawak boyfriend. *mana ada lah (hempuk kuisyen)* Apa? Nak cakap dengan Bunga? Eh, kawan you yang Hafiz tu hidup lagi ke? Hari tu kat Twitter macam nak mati. Apa? Kena dumped dengan makwe Kuantan tu ke? Haaaa tu lah, lepas Sarah, Mira, lepas tu adik dia, lepas tu entah siapa-siapa. Sekarang padan la muka dia, karma. Kena game dengan makwe Kuantan tu. Ha, haah you pun sama setan asshole douchebag, lelaki semua sama je setan! Hah? Jap I tanya Sarah. *Saraaaaaahhh* Dia kata okay. Just don't bring Hafiz. Please, makanan tak cukup sebab dia gemuk. Hahaha! Okay, cantik Sarah, Wan nak bawak satay Kajang! Ok, see you, bye! Ha, tak ingat? Ok i hantar GPS."

Kemudian lagu bersambung kembali. Lagu dari Toto - Africa. Tiba-tiba aku dengar bunyi bandar itu datang lagi. Eh, apa benda ni?

Okay la, korang yang tak pernah hidup zaman telefon rumah, korang tanyalah pakcik ke abang saudara kau. Yang tau, korang pernah kena crossline tak? Macam kau tengah syok borak dengan kawan kau, sekali ada bunyi perbualan orang lain dengan orang lain.

Aku crossline telefon Puspa ke? Suara dia tadi tu.

Sekarang ni, aku kena percaya mata aku ke, telinga aku?

"Percaya dengan hati kau," kata Baba Ji yang tiba-tiba berada di depan aku.

"A..a..aku kat mana ni?"

"Kau tanya badan kau ke, minda kau?"

Eh? Soalan apa ni?

"Badan kau, di padang rumput ni. Minda kau, bagaimanapun berada di sebuah tempat yang menyerabutkan."

Location, location, location! Padang rumput ni kat mana? Uzbekistan ke? Kansas ke? Xinjiang ke? Sepang ke? Cakap laaa!

"Sebab minda kau bercelarulah, kau lebih memikirkan soal-soal kat mana ni semua. Semua ni tak penting, Din."

"Habis tu, apa yang penting?"

"Tak ada apa yang penting."

"Tak ada?"

"Tak ada."

Hah?

"Apa kau fikir bila kau berada di kawasan lapang ni, Din?"

"Lapang."

"Alam ni terlalu luas untuk minda kau tahu semua, Din. Banyak lagi kau tak tahu, dan tak perlu tahu, dan tak mampu untuk kau tahu. Cuba kau bertenang kejap."

Aku cuba bertenang. Tapi tak berdaya.

"Kau nampak yak yang sedang meragut rumput tu tak?" kata Baba Ji sambil menunjukkan binatang itu bukan main tenang makan rumput. Ketenangan yak itu makan rumput menenangkan aku.

Aku dah tak fikir pasal mak bapak aku, pasal abang kakak aku, pasal makwe aku, pasal siapa-siapa.

Aku cuma renung sahaja yak itu makan rumput.

Macam tiada ancaman.

Barulah bunyi bandar itu semua hilang. Aku merenung sahaja yak itu makan rumput sepanjang hari. Sampai aku terlelap, dan aku celik-celik mata sahaja, makan malam untuk semua penghuni biara.

Aku bangun tidur dan aku masih membayangkan yak itu meragut rumput. Tenang sahaja. Jika kau boleh tenang lagi, level sampai kau tak perlu makan macam sesetengah sami yang pernah kau dengar dalam TV tu.

Tapi macam mana nak dapat ketenangan macam tu? Peeehhh.

Mungkinkah ini maksudnya, "bila kau hilang segala-galanya, kau boleh bebas dari penjara bernama ego?"

Aku hanya tenung sahaja sup dhal dan sekepal nasi yang diberi pada aku. Bukan sebab aku tak berselera, tapi sebab aku sedang berfikir.

Hello daddy, hello mom!
C-c-cherry Bomb!

Cherry bomb?

Lepas makan, aku nampak Baba Ji. Aku mahu berbual dengan dia apakah semua ni? Aku dah mati ke? Kenapa tak ada malaikat soal ke, Padang Mahsyar tu semua? Ke ini semua effect kulat kering ni?

Tapi kalau aku tanya ni, dia mesti ingat aku tak nak fokus. Ish, baik jangan. Sini semua orang boleh baca minda orang.

"Din?"

"Oh, Baba Ji. Ommm.."

"Jom lepak bangku tu?"

Aku hanya mengikut sahaja Baba Ji dari belakang.

"Kau rasa tenang tak tengok yak tu makan rumput?" tanya Baba Ji.

"Haah, tenang."

"Entah kena makan rimau ke, dubuk ke, serigala ke, mana nak tahu kan?"

"Eh, janganlah!"

"Kenapa ya?" tanya Baba Jim

"Yak tu mati."

"Dah takdir yak tu mati. Kau nak suruh harimau tu jadi vegan?"

Aku diam dan cuba kosongkan fikiran.

"Kau siapa nak menentukan siapa baik, siapa buruk? Yak tu atau harimau tu? Kau nak kawal semua benda ni, kau siapa? Kau nak tahu semua benda, kau siapa?"

"Tapi bukankah manusia itu perlu tahu semua ilmu pengetahuan?"

"Boleh tahu semua ke?"

"Tak boleh lah tapi.."

"Dah tu, tak boleh lah."

"Takkan tak nak cuba untuk tahu?"

"Siapa kita nak menentukan apa yang baik, apa yang buruk? Kalau yak itu selamat, harimau tu mati kebuluran. Kalau yak itu mati, harimau itu boleh teruskan hidup dan susukan anak-anaknya. Anak-anak yak tu akan terus membiak, dan begitu juga harimau. Itulah kitaran hidup. Kita kena terima hakikat satu hari nanti kita akan mati. Walau apa cara pun."

Aku merenung matanya. Matanya tidak berkelip walau sekali pun. Tenang sahaja.

"Saya ni dah mati ke?"

"Apa kata jadi sahaja yak itu, tenang, tenang, tenang..."

Ralat Itu NormalTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang