KVSA | 1

156K 5.6K 1.2K
                                    

-Bismillahirrahmanirahim-

Hai readers! Terima Kasih kerana anda berminat untuk membaca Kau VS Aku! Harap anda terhibur.

Selamat Membaca!😆

••••••••••••••••••••


Badannya terus direbah pada katil empuk saiz king itu. Matanya dipejam rapat. Anak kucing berwarna putih yang baru lima bulan umurnya dikerling. Nyenyak saja tidur di atas katil Aulia.

"Hish! Bosannya. Dahlah lagi berapa hari nak sekolah," Aulia Zulaikha menelentang. Di bagaikan sedang memeluk katil besar itu.

Aulia Zulaikha bangun. Handphone kesayangannya dicapai. Aplikasi Wechat dibuka.

Dahinya berkerut. Diseret semua moments kawan - kawannya.

"Ini apa semua buat pasal... Danish Aryan?" Aulia menggigit bibir bawahnya. Kalau diikutkan friends wechatnya, Danish Aryan hot stuff di Instagram.

Aulia segera membuka Instagramnya. Dia mencari akaun milik Danish Aryan. Jumpa! Bukan susah pun.

Terbeliak biji matanya.

"What?! One point five milion followers?"

Dahsyatnya. Aku pun baru beratus ribu followers. Satu persatu gambar lelaki itu dilihat.

Aulia berhenti pada satu gambar. Boleh tahan handsome. Caption dia..

'Looking for bae?'

Ha? Bae tu bukan taik ke?

"Betulkan? Negara Denmark dalam bahasa Danish dia... Bae tu taik." Aulia jeda.

Danish? Danish... Tersama pula.

Aulia melihat pula pada ruangan komen. Ternyata ke semua yang komen adalah perempuan. Memanglah.. mamat handsome. Tak akanlah lelaki pula nak komen. Gay namanya tu.

xxx0_ Handsomenya awak!!💕 @danishryan
Xx45 Jatuh cinta dengan awak😍
XX_00 Nak jadi bae awak boleh? Sem 🙈
XXXX_ I want to be your bae!!! @danishryan
00_11 You are my bae danish💓
_0xx0 Maigoshhh! Melt😫😫💕

Itulah antara komen yang membuatkan tekak Aulia kembang sebesar longkang.

Manalah korang letak maruah? Kalau ye pun, perlu ke komen macam tu?

"Bukannya dia baca. Kalau baca sekalipun tak dilayan. Lagi digelaknya adalah..." Bebel Aulia lalu mencebik.

"Yang mamat ni pun satu hal. Perasan sangat. Tak apa, jangan risau. Aku akan tolong kau buang sikit penyakit perasan dan bajet handsome kau tuh," Ujar Aulia.

Dia menaip sesuatu dan butang send ditekan. Aulia tersenyum puas. Beberapa minit kemudian, seorang gadis membalas komennya.

xxx0_ Kau ingat, kau tu dah cukup lawa ke minah sampai nak kutuk orang? @_auliazulaikha

Perghh! Siap tag nama aku lagi. Tak mengapa. Kita balas. Kita balas!

_auliazulaikha Masalahnya aku kutuk kau ke sekarang? Takkan? Yang kau nak panas kenapa😏

Kemudian ada seorang lagi yang membalas komennya.

0X0X kau siapa eh nak kutuk boyfriend aku? @_auliazulaikha

[C] Kau VS AkuWhere stories live. Discover now