KVSA | 5

51.1K 3K 223
                                    

"Yeay!" Aulia mematahkan jari jemarinya yang lenguh seterusnya mengeliat. Siap sudah kerjanya membalut buku teks.

Nak buat apa lagi eh? Nak buat kerja sekolah mana ada lagi. Akhirnya Aulia mengemas benda-benda yang bersepah sebelum keluar dari biliknya.

Matanya menoleh pada pintu bilik Adam Zarief. Senyap je.

Aulia mengetuk beberapa kali. Tiada sahutan dari arah dalam dan tiada tanda-tanda pintu akan dibuka.

Tak betah menunggu, Aulia memulas tombol pintu dan menolaknya perlahan. Kepalanya terjengul sedikit ke dalam. Dia nampak Adam sedang melayan permainan video sambil memakai headphone. Patutlah pekak!

"Ohh... Main play station rupanya. Tak ajak. Kurang asam..." Aulia merapati Adam Zarief yang membelakanginya.

"Baaaaa!"

"Maaakkk!" jerit Adam melatah sehingga controller Play Stationnya melambung. Nasiblah jatuh atas karpet bulu yang lembut ni. Kalau atas lantai? Berkecai.

Aulia ketawa kuat lalu terduduk di birai katil.

"Hishh! Akak, terkejut Adam." Adam menjeling kakaknya yang masih dengan gelaknya. Headphone ditanggalkan.

"Okay okay okay," Aulia berhenti gelak.

"Cubalah bagi salam ke, ketuk pintu ke. Ni tak, main sergah je..." bebel Adam Zarief.

"Buatnya kalau Adam ada sakit jantung ke, tak innalillahiwainnailaihirojiun dekat sini?" sambung Adam lagi.

"Yelah akak minta maaf. Tapi tadi akak dah ketuk pintu, kau je yang tak dengar..."

"Akak nak apa ni?" tanya Adam. Dia memulakan semula racing game akibat kekalahan tadi.

"Saja. Buka pintu je nampak kau main game. Bukan nak mengajak, kan?"

"Yelah tuan puteri. Lepas ni patik akan mengajak tuanku untuk bermain bersama. Tapi sebelum tu, patik akan bentang karpet merah untuk tuanku dulu, ye?" seloroh Adam.

"Kau loyar buruk en..." Aulia menampar bahu adiknya.

"Hehe... tak adalah. Jomlah main."

"Eh no hal." Aulia mencapai satu lagi controller dan duduk bersila di sebelah Adam Zarief.

"Kalah jangan nangis eh..." usik Adam.

"Eh... patutnya akak yang cakap macam tu. Selama kita main game racing ni, Adam mana pernah menang," kata Aulia lalu menjelir.

Adam mencebik. Entah ilmu apa yang kakaknya pakai. Asyik dia saja yang menang. Huh!

"Akak, nak tanya sikit boleh tak?"

"Apa?"

"Akak ada gaduh dengan sesiapa ke?"

"Tak ada." Laju Aulia menjawab dan cuba bersikap tenang.

"Adam tahulah kak. Kecoh budak-budak perempuan dalam kelas Adam tu. Siap suruh Adam nasihatkan akak tahu,"

Ibu jari laju menekan dan menolak punat-punat di atas alat kawalan itu.

"Whatever!"

Kereta yang dipandu Aulia terbabas teruk di pusingan akhir menyebabkan dia mendapat tempat yang terakhir. Aulia menjerit kecil tapi Adam sudah bersorak kerana dia menang. Seraya itu, kedengaran suara Maharani dalam rumah ini memanggil.

"Aulia!" Laung Puan Shikin.

"Ye maa..." Aulia laung juga.

"Mari sekejap," balas Puan Shikin.

[C] Kau VS AkuWhere stories live. Discover now