Aulia Zulaikha melangkah masuk ke dalam kelas bersama beberapa beg plastik di kedua-dua tangannya. Semput dia dibuatnya. Dahlah kelas jauh dari pagar sekolah. Nasib kaulah dapat kelas dekat tingkat dua.
Tiba-tiba Aulia dan beberapa orang di dalam kelas itu terkejut dengan hentakkan kotak besar.
"Adoi! Nak patah tulang belakang aku," ujar Nina dengan memegang bahagian belakang badan.
"Korang bukan nak tolong." Katanya dituju kepada Ain, Syaf, Farisha dan Nuha. Nak harapkan Kyla dengan geng dia, tak payahlah. Tak habis dengan kuku, rambut, handphone.
"Tak tahu pula banyak macam tu. Sebab tu Aulia panggil sorang je untuk tolong dia. Kalau aku tahu, aku ikut tadi," balas Syaf.
"Hello, jatuh reputasi aku angkat barang ni semua. Dah cantik macam ni nak kena angkat bagai. Urgh!" Kata Farisha.
Aulia dan Nina saling berpandangan. Kedua-duanya membuat muka menyampah.
"Eh hello! Lepas ni kau kena buat kerja juga. Dah tak ada nak fikir cantik." Nina membidas dan Farisha mencebik.
"Yang budak lelaki ni pun, kenapa tak sampai lagi?" Soal Aulia lalu meletakkan plastik itu di atas meja. Satu jantan pun tam ada dalam kelas ni.
"Assalamualaikum—"
Bukk!
Zafirul segera berdiri setelah melanggar sesuatu. Baju dibetulkan, rambut dikemaskan dan topi dipakai semula.
"Siapa letak kotak ni dekat sini? Aduh.. Spoil lah. Lain kali letaklah kat tepi. Tak pasal-pasal dah jatuh." Orang baru nak tunjuk macho.
"Aku yang letak." Selamba Nina menjawab sambil memandang ke arah Zafirul. Berubah terus wajah lelaki itu.
"Eh! Kau ke yang letak. Kenapa letak dekat sini? Nasib Zaf yang jatuh kalau Nina?" Suaranya terus berubah lembut.
"Kotak tu berat sangat. Tak larat nak angkat." jawab Nina malas. Dia segera tolong Aulia keluarkan barang-barang dari dalam plastik.
"Hmm.. Zaf boleh tolong. Setakat kotak macam tu.." Zafirul bangun dan mengangkat kotak yang setinggi pehanya dan diletakkan di tepi dinding.
"Mana yang lain?" tanya Aulia.
"Angkat pizza..." Zafirul seraya menarik kerusi dan duduk dalam keadaan terbalik.
"Angkat pizza tu sampai 18 orang?" Aulia terkejut. Takkan semua budak lelaki itu pergi sama.
"Habis tu? Dengan cat lagi,"
"Kau asal tak tolong?" Syaf pandang Zafirul dan bercekak sebelah pinggang.
"Diorang ramai sangat. Tak ada benda nak bawa dah. Aku tolong tengok jelah," seloroh Zafirul bersama sengihan. Dia menukar style topinya. Dipakai secara terbalik.
Sekumpulan lelaki tiba bersama beberapa beg plastik pizza. Tin-tin cat pula diletakkan di sudut kelas sebelah pintu masuk.
"Woi Zaf! Gitar kau suruh orang bawa. Hampeh betul!" marah Farhan yang berjalan ke arah Zafirul. Gitar itu dibaling dan laju disambut oleh lelaki itu.
"Wow! Bila boleh makan?" Nina bertanya pada Aulia.
"Nantilah. Kita siapkan kerja sikit. Lepas tu makan then sambung balik. Okay?" Ujar Aulia dan semua mengangguk setuju.
Beberapa minit kemudian, datang lagi budak-budak kelas mereka yang terlewat. Cukup semua, mereka mulakan kerja. Tak mahu tunggu lebih lama. Takut tak siap.
Tugas kaum lelaki hanya mengecat dinding mengikut cara yang Aulia mahu. Sementara yang perempuan akan menyiapkan segala jenis jadual yang diperlukan. Bila kerja mengecat dinding siap baru mereka akan menghias semula papan kenyataan dan papan maklumat mengikut kehendak Aulia.
YOU ARE READING
[C] Kau VS Aku
Teen Fiction📌 ADAPTASI SERIES SOOKA ORIGINAL 📌 TERBITAN MERCHNMORE.CO | Kau VS Aku : BUKU SATU | Pergaduhan seperti tiada pengakhiran. Kebencian yang tidak akan terpadam. Istilah Jatuh Hati tiada dalam fikiran. Percaya atau tidak, pergaduhan mereka hanyalah d...