KVSA | 14

36.7K 2.5K 128
                                    

"Kita ni hidup biar ada sivik. Adab dan common sense. Contoh yang saya cakapkan tadi tu orang yang tak ada sivik. Jadi jangan diikutkan, faham?" ujar Puan Azian merangkap guru Pendidikan Sivik sekali gus GPK HEM.

"Betul tu. Ini tak, kerjanya nak balas dendamlah, sakitkan hati oranglah. Memang tak ada sivik langsung!" kata Aulia.

Laju Danish mengangkat kepala bila mendengar kata Aulia. Panas saja telinganya.

"Kau kutuk orang ada sivik sangatlah tu?" sindir Danish terus.

"Kau pahal? Aku tak cakap kau pun. Terasa kenapa? Perasan!" Aulia menjeling.

Terasa kenapa? Habis ayat begitu untuk siapa pula? Siapa lagi yang sakitkan hati Aulia kalau bukan dirinya. Memanglah dia akan terasa. Belum sempat Danish membalas, mulutnya ditekup Ashraf.

"Kau ni, dekat sini pun nak gaduh ke? Kau tahu tak tu GPK HEM?" bisik Ashraf memberi amaran.

Danish terpaksa kunci mulut untuk seketika. Jika tidak, memang dihamunnya minah senget tu.

Di kumpulan meja Aulia pula, Syaf merapatkan dirinya ke kawannya itu untuk memberi peringatan. Kalau guru lain mungkin boleh dapatlah peluang tapi buatnya dengan Cikgu Azian ni terus kena sedas. Haa... Tak ke naya Pak Karim oi!

"Aulia, stop it okay. Dekat depan tu bukan cikgu biasa. Kau nak kena denda?" soal Syaf.

Menyedari akan hal itu, Aulia terus kunci mulut.

"Ada apa ni? Tiba-tiba je," tanya Puan Azian dan silih ganti pandang dua orang pelajar yang tiba-tiba saja bersuara lantang. Dia masih belum kenal pelajarnya kerana ini merupakan kali pertama di masuk ke kelas dan memulakan sesi pembelajaran.

"Tak ada cikgu. Biasalah, belajar sambil gaduh. Tak payah risaulah cikgu," ujar Zafirul sambil tersengih.

"Ha betul! Bukan ke kalau ada perbalahan dalam perbincangan tu bagus cikgu. Kita ada sesi pembelajaran yang bagus," tambah Imran dan disokong oleh yang lain.

"Entah fakta manalah awak ambik..."

Loceng berbunyi tanda waktu rehat.

"Okay, awak semua dah boleh keluar rehat. Terima kasih kelas."

"Terima kasih cikgu," ucap semua.

Puan Azian mengangguk dan berjalan keluar dari kelas.

Selepas mereka membeli makanan, mereka ke tempat biasa.

"Kau ni Aulia, nak gaduh pun nanti-nantilah..." kata Syaf. Dia duduk di kerusi batu yang dekat dengan kolam ikan.

"Yang dia nak terasa kenapa?"

"Memanglah dia terasa. Dia sorang je yang nak balas dendam dekat kau, sakitkan hati kau. Habis siapa lagi?" Ain menjeling pada Aulia.

Aulia tidak membalas. Malas nak buka mulut lagi. Kuih karipap itu dipatah dua dan makan yang separuh itu.

"Assalamualaikum,"

Semua mata terarah pada seorang budak lelaki yang pasti bukan sama umur dengan mereka. Nampak sedikit muda. Di tangannya ada sekuntum bunga yang entah apa namanya. Tapi nampak seperti bunga yang tertanam dalam kawasan sekolah juga.

"Kak Nina yang mana eh?" soalnya.

"Aku, kenapa?"

Terus saja budak lelai itu menghulurkan bunga itu. Perlahan-lahan Nina menyambut bunga yang besar ibu jarinya.

"Abang Zafirul bagi," kata sambil tersengih seraya pergi.

"Untunglah!" Farisha bersorak. Dia menolak perlahan tubuh Nina beberapa kali.

[C] Kau VS AkuWhere stories live. Discover now