KVSA | 6

48.5K 2.8K 240
                                    

Usai perhimpunan pagi yang membosankan dengan rutin yang sama setiap hari, presiden dan timbalannya dikehendaki memberi kehadiran pada guru kelas.

Yang paling huru-hara, mestilah kelas 4Sastera 1. Kelam kabut Shanina mengira kehadiran pelajar perempuan kerana kecuaiannya yang tidak tahu bilangan sebenar pelajar perempuan dalam kelas mereka.

Kesian. Nak tolong, tak tahu. Hoho!

Habis saja, pelajar dibenarkan masuk ke kelas. Dalam perjalanan ke kelas mereka di blok C tingkat dua, mulut Shanina tak berhenti membebel kerana perkara tadi. Dia kalau dah membebel, macam machine gun!

"Baru sehari dah huru-hara. Kau bayangkan kalau hari-hari? Malu dowh!" omel Nina lagi sambil tutup muka.

"Kau ni rileks lah. Zafirul okay je tadi," kata Ain.

"Elok je terpacak tadi tunggu kau. Menunggu dengan penuh setia." Tambah Aulia Zulaikha seraya memeluk bahu rakannya itu.

Nina mencebik.

Lagi beberapa langkah, mereka akan sampai ke kelas. Aulia pelik.

Aik? Budak lelaki tak sampai ke kelas lagi ke? Asal pintu tertutup? Soal hatinya.

Tanpa amaran. Tepat saja Aulia sampai di muka pintu, daun pintu itu dibuka dari dalam dan ditolak kuat sehingga muka Aulia terhantuk pada permukaan pintu.

"Auchhh!" Aulia memegang hidungnya yang sakit. Gila lah!

Sambil menggosok hidung yang sakit, Aulia mendongak. Terpampanglah wajah seseorang yang dibenci. Kemudian seorang demi seorang geng Danish keluar. Tersenyum sinis.

"Kau?!" Tepat anak matanya menikam anak mata dihadapannya.

"Oppss!" Suaranya sengaja.

"Kau memang sengaja kan!"

"Sengaja ke?" soal Danish kembali.

"Kalau hidung aku patah tadi? Muka aku cacat ke, kau nak ganti?" marah Aulia. Dia dah tak peduli dengan pelajar yang lalu lalang. Ikutkan hatinya, nak saja dicekik si Danish ni dan humban ke bawah. Biar mati!

"Tu bukan masalah aku. Kau yang tak hati-hati siapa suruh?" balas Danish Aryan begitu mudah lalu dia melangkah masuk dengan senyuman sinis.

Aulia mengepal penumbuk.

"Sabar Aulia..." Kata Nuha Nabila sambil menggosok belakang Aulia.

"Tak apa Aulia, ada ubi ada batas ada hari kau balas. What he gives, he will get back." Tambah Nina.

Dengan perasaan yang masih geram, dia masuk ke dalam kelas. Dia berlalu ke tempatnya dan mencerlung tajam ke arah mambang itu.

Seorang lelaki masuk ke kelas mereka. Lantang suara Zafirul memberi arahan supaya seisi kelas berdiri dan memberi salam

"Waalaikumussalam." Jawab guru lelaki itu dan mereka membaca doa. Mereka dibenarkan duduk selepas itu.

"Apa ustaz buat kat sini?" Soal Syaf berbisik.

"Manalah aku tahu.." Balas Aulia.

"Awak kenal saya, kan. Saya ustaz Abu Bakar dan In Sha Allah saya akan ajar kelas awak untuk subjek Tassawur," jelasnya bersahaja.

Itulah dia ustaz kesayangan semua orang. Ustaz Abu Bakar atau nama manja yang diberi oleh senior mereka dulu, ustaz Burn. Sehingga adik junior terikut sama. Tapi ustaz Burn ni sporting je. Panggil lah dia apa pun asalkan sopan janji jangan Papa Abu. Kalau tak, kena luku free-free je sebab Nina pernah panggil sewaktu di tingkatan tiga. Hampir saja kena.

[C] Kau VS AkuWhere stories live. Discover now