KVSA | 16

38.7K 2.4K 123
                                    

Beg diletak pada kerusi. Zip ditarik sehingga beg terbuka. Pandangannya fokus pada buku yang ingin dikeluarkan untuk subjek pertama mereka iaitu Bahasa Melayu.

Buku ditarik keluar dan diletak diatas meja. Pandangannya terhala ke sekumpulan pelajar perempuan yang berbisik sambil memandangnya.

Aulia mengeluh. Sejak di tapak perhimpunan lagi, semua memandangnya dan berbisik kemudiam ketawa kecil. Pastinya hal semalam.

Telinganya menangkap bunyi tepukan. Aulia berpaling.

"Congrats," ucap Danish tiba-tiba dan menghampiri kumpulan meja Aulia.

"Kau ni kenapa Danish? Otak kau ada terhantuk dekat mana-mana ke semalam. Tiba - tiba je..." kata Farisha. Dia langsung tak faham. Atau dia ketinggalan keretapi?

"Tahniah Aulia.." Kata Danish lagi. Langsung tidak menghiraukan Farisha.

Aulia memandang Danish dengan keningnya terangkat sebelah.

"Gambar kau dapat banyak like. Nak cecah satu juta. Boleh bayang tak?" Danish ketawa kecil. Dia punya gembira tu macam gambar dia yang dapat banyak like tu.

Aulia mencebik. Ditambah pula kedengaran suara ketawa kecil dari seisi kelas. Buat dia makin menyampah.

"Gambar si anjing sesat dapat banyak like. Wow! Aku pun kalah." Tambah Danish.

Semua bersorak kecil.

"Tak kelakarlah Danish." Syaf memberi pandangan maut. Dia tahu apa yang berlaku. Sabar jelah dengan perangai mamat ni.

Tawa Danish terhenti.

Aulia berdiri sambil memandang lelaki itu.

"Happy to hear that Danish. Well, congrats to me. Sebagai balasan, aku nak bagi hadiah dekat kau. Kau tunggulah balik nanti." Kata Aulia lalu duduk.

"Dah.. dah.. tak payah banyak cakap. Aku nak kutip duit kelas ni. Danish, kau dah berapa minggu tak bayar. Tiga ringgit." Imran menghulur tangannya meminta wang.

"Halah kau ni, tiga ringgit pun nak kecoh." Danish menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan wang kertas lima ringgit.

Imran berlalu ke meja geng Aulia Zulaikha.

Belum pun Imran membuka mulut, Aulia menghentak meja. Semua terkejut. Tangannya dialihkan. Kepala hanya menunduk memandang buku.

Imran faham dan mengambil duit bernilai lima ringgit itu.

"Si anjing sesat marah ler.." Zafirul mengusik.

Tak semena-mena mukanya dihempuk dengan sesuatu. Zafirul menoleh.

Nina menjegil dan menjeling. Ada ke patut kata begitu.

"Kau okay kan Aulia?" Soal Ain.

Ain ternampak setitis air jernih jatuh di atas buku Aulia. Fahamlah dia kenapa Aulia senyap.

Ain buat isyarat air mata keluar kepada kawan-kawannya. Mereka biarkan Aulia tenangkan diri sekejap.

***

[C] Kau VS AkuWhere stories live. Discover now