KVSA | 7

43.1K 2.6K 261
                                    

Hari selasa yang tenang untuk Aulia Zulaikha kerana 'makhluk perosak' itu tidak mengganggunya sepanjang hari ini. Waktu rehat dah pun berlalu. Sementara menunggu guru untuk subjek Kesusasteraan Melayu masuk, Aulia membaca sebuah buku.

Buku itu diletak di atas ribanya. Badan disandar dan tunduk membaca. Yang lain pula membuat hal mereka.

Tiba-tiba kepala terasa dibaling sesuatu dan benda itu jatuh di atas bukunya. Segumpal kertas sebesar penumbuknya.

Aulia mendongak dan memandang sekeliling. Tiada siapa pun yang mencurigakan.

Dia menyambung semula bacaannya. Kemudian dia terasa lagi. Benda yang sama juga cuma saiznya kecil sedikit daripada yang tadi. Aulia mendongak lagi. Wajahnya berkerut.

Ini mesti kerja makhluk perosak tuh! Gumam Aulia yang memandang tajam pada Danish Aryan yang bersembang dengan rakan-rakannya.

Dia tunduk lagi meneruskan pembacaan. Dan perkara yang sama berlaku. Bukan sekali, setiap saat dia baling. Aulia menahan marah bila bola kertas itu terkena kepalanya . Banyak juga sehingga bersepah di atas meja dan lantai.

Encik Farhan masuk ke dalam kelas. Semua pelajar bangun dan mengucap salam. Mereka kemudian duduk usai membaca doa.

Mata Encik Farhan terus tertumpu pada tempat Aulia Zulaikha.

"Aulia, kenapa bersepah sangat tempat kamu?" Banyak sangat bola kertas di tempat Aulia termasuk di atas meja.

Belum sempat menjawab.

"Kutip sampah tu pergi buang," arah guru lelaki itu.

Aulia mengerling pada Danish yang sudah tersenyum sinis.

Sah! Memang kerja dia. Dasar makhluk perosak hari-hari aku!

Aulia mengutip kesemuanya. Dia berjalan ke belakang kelas dan membuang ke dalam bakul sampah. Tiba-tiba idea muncul dalam kepalanya bila melihat bakul sampah itu. Dia tersenyum.

Bakul sampah diambil dan dibawa. Dengan selamba, sampah di dalam bakul itu dituang di atas kepala Danish dan kemudian disumbatnya kepala lelaki itu ke dalam bakul.

Aulia berlalu ke tempat duduknya. Semua tergamam termasuk Encik Farhan. Tak berkerdip mata guru lelaki itu melihat adegan tadi.

Danish geram.

"Kenapa awak buat macam tu?" Soal Encik Farhan.

"Cikgu, dialah penyebab utama tempat saya penuh dengan bola kertas tu. So, saya balaslah balik," jawab Aulia selamba.

Encik Farhan gelak. Gelak bila melihat Danish dibuat begitu. Semua pelajar turut ketawa kecuali pelajar perempuan. Jelas wajah mereka tegang dan ada yang menjeling Aulia. Mana tidaknya buat idola kesayangan mereka macam tu.

Danish meletakkan bakul di atas meja. Bibirnya diketap.

"Ha! Kamu, kemas meja. Siapa suruh cari pasal?" kata Encik Farhan diselangi ketawa.

Dengan bantuan Ashraf dan Farhan, semua sampah yang bersepah di atas lantai dimasukkan semula ke dalam bakul.

"Cikgu, saya nak ke toilet kejap,"

"Pergilah. Pergi," balas guru lelaki itu bersama sisa tawanya.

Dalam langkahnya keluar dari kelas, mata Danish tajam memandang Aulia namun gadis itu membalas senyuman sinis.

Kau bagi sampah, aku bagi sampah juga! Bicara Aulia dalam hati.

Sampai di tandas, Danish membersihkan bajunya yang kotor terkena habuk.

[C] Kau VS AkuWhere stories live. Discover now