Adam Zarief menilik jam di pergelangan tangannya. Sudah dua jam dia mengekori kakaknya membeli barang untuk kelas mereka.
Kedai Mr D.I.Y yang berada dalam pasar raya Tesco itu dipandang dari bumbung ke lantai, dari rak ke rak yang menempatkan pelbagai barang.
Dipandang pula kakaknya yang sedang membelek gulungan wallpaper.
"Adam, mana lawa?" Aulia menunjukkan dua gulungan wallpaper. Satu bercorak bunga dan satu lagi bercorak polkadot.
"I'll choose this." Adam menunjuk pada corak polkadot.
"Lawa ke?" Soal Aulia. Untuk kepastian lagi.
"Mestilah. Inikan untuk alas meja. Takkan nak corak bunga pula. Melainkan kelas akak semuanya budak perempuan," balas Adam.
Aulia mengangguk setuju. Lalu yang bercorak bunga itu disimpan dan yang menjadi pilihan itu diambil dalam sepuluh lagi.
"Rasanya cukup tak?"
"Ambil lagi empat atau lima. Takut tak cukup."
"Tak macam banyak sangat ke?" Aulia menghitung gulungan yang sudah ada dalam troli tu dengan bilangan meja yang ada di kelasnya.
Tak pasti gulungan ini cukup untuk berapa meja.
"Selebih tu akak simpanlah. Kot ada yang koyak ke, tak jadi ke boleh guna yang lebihan tu." jawab Adam.
Aulia mengangguk. Betul juga. Dia mengambil lima lagi. Handphonenya berdering. Zip beg dibuka dan diseluk keluar handphonenya. Tanpa melihat siapa yang menghubungi, dia terus menjawab.
"Hello," sapa Aulia.
"Hoi! Kau dekat mana?" sergah si pemanggil. Suara lelaki.
Aulia melihat semula nombor si pemanggil tapi dia tak kenal pula.
"Hello, siapa ni. Call orang lepas tu main sergah je?"
"Ni akulah senget. Si makhluk perosak kesayangan kau."
Terbuntang mata Aulia mendengar kata itu. Mana pula dia dapat nombor aku?
"Hey! Mana kau dapat nombor aku ni?" Suara Aulia keras bertanya.
Kening Adam bertaut. Pelik melihat Aulia.
"Apalah bengap sangat kau ni. Dah tentu-tentunya daripada group whatsapp." Balas Danish.
"Ha! Yang kau call aku ni nak apa?"
"Kaulah.. suruh aku sponsor cat. Tapi tak bagitahu warna apa. Salah belikan kang, marah. Membebel."
"Kalau ye pun cakaplah elok-elok. Ugh! Kau beli warna kelabu dengan pink. Jangan silap! Pandai-pandai kaulah nak beli berapa tin. Semalam berlagak sangatkan?" jerit Aulia penuh benci.
"Lah! Tak kuasa nak cakap elok-elok dengan minah sengal otak mereng macam kau. Huh!"
"Whatever. Jangan lupa, kau kan nak belanja pizza esok. Daa..." Aulia terus memutuskan talian. Dasar homo sapien tak guna! Dengar suara pun dah terasa meluat.
"Siapa kak?" tanya Adam mengorek rahsia. Bukan main ganas cara kakaknya membalas.
"Orang yang paling akak benci dalam dunia ni!" Perkataan 'benci' ditekankan. Gulungan yang ada dalam pegangannya itu dilempar saja ke dalam bakul.
YOU ARE READING
[C] Kau VS Aku
Teen Fiction📌 ADAPTASI SERIES SOOKA ORIGINAL 📌 TERBITAN MERCHNMORE.CO | Kau VS Aku : BUKU SATU | Pergaduhan seperti tiada pengakhiran. Kebencian yang tidak akan terpadam. Istilah Jatuh Hati tiada dalam fikiran. Percaya atau tidak, pergaduhan mereka hanyalah d...