Puan Shikin memulas tombol pintu biliknya. Dia berjalan ke arah almari. Pintu almari ditolak ke tepi dan mencari sesuatu. Dia baru saja mendapat panggilan daripada suaminya untuk mencari sebuah fail dalam almari ini.
Puan Shikin melutut setelah pencarian di bahagian atas tidak menemui sebarang fail. Dia mencari di bawah pula. Setelah puas mencari akhirnya jumpa. Tangan yang ingin menarik pintu almari terhenti bila dia terpandang pada sebuah kotak hitam bercorak polkadot putih.
Tanpa ragu, terus kotak itu dibawa keluar. Pantas tangannya membuka penutup kotak.
Terdapat beberapa buah album tersusun rapi dan sedikit berhabuk. Puan ambil sebuah album yang berada di atas sekali. Kulit album diselak dan helaian demi helaian diselak.
Puan Shikin tersenyum melihat ke semua gambar-gambar. Gambar dua orang kanak-kanak. Dia tahu siapa budak lelaki dan budak perempuan itu. Helaian diselak lagi. Dia tertarik pada satu gambar sewaktu mereka ke taman dulu.
Gambar budak lelaki mencium pipi budak perempuan yang asyik dengan ais krimnya. Itu adalah aksi spontan sewaktu suaminya mahu menangkap gambar mereka. Terkejut betul masa tu.
Puan Shikin ketawa kecil mengenang memori tersebut. Puan Shikin satu teringat perbualan dua orang kanak-kanak ini.
"Ikha nak kahwin dengan Yan tak?" Soal budak lelaki itu.
Setia memandang dan menunggu jawapan.
"Kahwin tu apa?" Soal si budak perempuan tidak mengerti perkataan 'Kahwin'.
"Haritu, Yan tanya mama.. Mama cakap kahwin tu duduk satu rumah." Terangnya.
"Ikha nak kahwin dengan Yan. Nanti kita boleh duduk sama-sama saammpai bila-bila." Ujar si budak perempuan itu teruja.
"Haah, hari-hari kita boleh main sama-sama, kan?"
Puan Shikin ketawa lagi kemudian menggeleng. Tapi tawanya cuma sekejap.
"Sayangnya, korang berdua dah lama terpisah. Macam mana rupa Yan sekarang eh?" Puan Shikin termangu sendiri.
Kemudian album tersebut diletak semula ke dalam kotak dan ditutup. Kotak itu disimpan ke tempat asalnya. Puan Shikin melangkah keluar dari bilik bersama fail ditangan.
***
"Jadi saya harap awak semua faham dengan topik ni sebab akan keluar dalam exam nanti. Saya nak semua mesti dapat gred A. Lagipun awak kena biasakan dapat A daripada sekarang sebab nanti senang. Tak adalah nanti masuk form 5 baru terhegeh-hegeh nak skor. Jadi, boleh tak semua dapat A ni?" Soal Ustazah Hayati setelah panjang lebar membebel.
Kedengaran beberapa orang pelajar hanya menjawab 'In Sha Allah' dan ada yang sudah rasa beban di bahu mereka kerana semua guru untuk setiap subjek cakap benda yang sama.
Begitu juga Aulia Zulaikha. Bila mendengar permintaan ustazah dan guru-guru lain, bagai ada beban atas bahunya. Haihh.. ingat dia ni otak komputer? Semua yang dah belajar terus simpan dalam otak.
Aulia mengeluh. Kenapalah kepalanya ni bukan mesin fotostat?
Aulia menutup mulut kerana menguap. Mengantuk betul! Danish Aryan disebelah dikerling. Sejak tadi dia lihat lelaki itu fokus dengan sesuatu yang dia sedang lakukan.
YOU ARE READING
[C] Kau VS Aku
Teen Fiction📌 ADAPTASI SERIES SOOKA ORIGINAL 📌 TERBITAN MERCHNMORE.CO | Kau VS Aku : BUKU SATU | Pergaduhan seperti tiada pengakhiran. Kebencian yang tidak akan terpadam. Istilah Jatuh Hati tiada dalam fikiran. Percaya atau tidak, pergaduhan mereka hanyalah d...