Aktiviti orientasi pada hari ketiga ini sangat membosankan. Jika pada hari semalam, mereka mendengar motivasi dari guru kaunseling jadi hari ini mereka akan melukis.
Motif?
Di skrin putih terpapar enam jenis haiwan. Pelajar dikehendaki memilih salah satu haiwan tersebut dan lukis di atas kertas A4 yang disediakan.
Aulia menguap. Ditoleh pada kertas Syafina. Bersungguh-sungguh dia melukis gambar ikan. Dipandang pula kertas Ain. Ikan juga!
Huh! Memanglah. Ikan kan senang nak dilukis. Aulia memilih untuk melukis kucing. Comel. Teringat pula kucing di rumahnya.
Dalam masa sepuluh minit, dia berjaya menyiapkan lukisannya. Taklah cantik mana. Kucing lidi je. Nak bagi nampak macam kucing, lukislah telinga dia.. misai dia. Siap. Apede hal?
"Weh, cuba tengok lukisan aku," Nina menunjukkan lukisannya.
"Wuish! Lawa siot.." Puji Nuha Nabila. Untunglah ada darah seni. Pandai melukis.
Nina memang pandai melukis. Suruhlah lukis apa pun, hasil dia memang marvelous!
Seraya itu loceng berbunyi tanda rehat.
"Yeayy! Rehat!" Jerit Nina.
"Amboi kau Nina, kalau bab makan laju je kan?"
Nina tersengih.
Aulia menggeleng melihat gelagat rakannya yang seorang itu. Kuat makan tapi badan tetap kurus. Berat badan pun maintain.
"Weh korang, aku dengan Syaf nak pergi toilet kejap. Tolong belikan makanan please," Farisha dan Syaf membuat muka comel. Duit dihulur.
Yang lain saling berpandangan.
Ini yang malas ni. Nak suruh belikan pula. Dahlah kena beratur panjang.
Itulah yang difikirkan mereka sekarang ini. Nak tak nak, Aulia mengambil wang dari tangan Farisha dan Syafina.
"Korang nak makan apa?" Tanya Aulia.
"Kau beli je apa-apa.." Kata Farisha.
Bagi Aulia jawapan Farisha agak susah untuk diterimanya. Buatnya kalau dah beli tak kena dengan tekak, macam mana?
"Eh kau ni! Bagi jawapan tu biar jelas sikit. Cakap nak makan apa. Senanglah. Tak adalah Aulia ni terkebil-kebil nak pilih makanan untuk korang," Kata Ain.
"Entahnya. Lagi-lagi kau Farisha, selera mengalahkan anak raja!" Perli Nina.
"Hmm... kau belikan aku karipap kentang. Dua eh," Ujar Syaf.
" Aku pun sama. Okay pergi dulu eh? Tak tahan dah ni. Nak meletup rasanya.. ". Dengan langkah laju mereka melangkah.
Mereka pula ke kantin sebelum makanan habis. Seperti yang dijangka, barisan cukup panjang. Dengan muka selamba, mereka menyelit di depan sekumpulan pelajar perempuan yang berborak sampai tak ingat dunia.
Selesai membeli makanan, mereka ke tempat biasa. Dari jauh kelihatan Farisha dan Syaf berlari ke arah mereka.
"Dah kenapa korang ni? Dahlah pakai baju sekolah, berlari pula. Nak terkoyak kain tu aku tengok.." Ujar Nuha.
Mereka berdua tercungap - cungap.
"Ada dua berita baik. Nak dengar tak?" Soal Syaf.
"Tadi, kitaorang dengar yang lepas rehat ni kita ada majlis penutupan orientasi. Lepas tu kita masuk kelas." Terang Syaf.
"Berita baik yang kedua, aku nampak budak baru!" Kata Farisha teruja.
"Budak baru?" Aulia berkerut.
"Budak baru? Lelaki ke? Handsome tak? Bila kau nampak? Tinggi tak? Rambut dia macam mana? Kurus ke gemuk? Mata dia lawa tak?" Bertubi-tubi soalan dari Nina.
YOU ARE READING
[C] Kau VS Aku
Teen Fiction📌 ADAPTASI SERIES SOOKA ORIGINAL 📌 TERBITAN MERCHNMORE.CO | Kau VS Aku : BUKU SATU | Pergaduhan seperti tiada pengakhiran. Kebencian yang tidak akan terpadam. Istilah Jatuh Hati tiada dalam fikiran. Percaya atau tidak, pergaduhan mereka hanyalah d...