KVSA | 12

36.2K 2.6K 53
                                    

Pagi Isnin yang biasa. Kelas 4Sastera 1 akan memulakan pembelajaran mereka dengan subjek Matematik. Dengan lantang Zafirul memberi arahan supaya satu kelas berdiri dan memberi salam kepada guru wanita yang baru masuk.

Selepas memberi salam, mereka terus membaca doa. Kemudian dibenarkan duduk.

"Cantik kelas kamu. Bila buat?" soal Puan Sharifah seraya memuji dan memandang segenap ruang kelas itu. Cantik daripada pandangan matanya. Barulah terasa segar untuk dia mengajar.

"Sabtu hari tu cikgu. Lawa kan? Sayalah yang cat semua ni cikgu," jawab Ashraf yang duduk di hadapan. Satu kelas berbunyi dengan nada menyampah bila Ashraf kata begitu.

Puan Sharifah hanya senyum simpul mendengar ujaran Ashraf lalu menjeling ke arah pelajar itu. Ashraf tersengih. Pelajarnya yang seorang ini memang suka loyar buruk.

"Baiklah sebelum saya sambung, ada sesiapa yang tak bawa buku teks dan buku modul?" soal guru itu. Puan Sharifah menuju ke meja guru dan mencapai buku teks.

Memang peraturan guru matematik itu mahu semua pelajar membawa buku teks dan buku yang mereka beli. Jika tidak, berdirilah kau dekat luar kelas tu sampailah waktu subjek itu tamat.

Semua orang nampaknya membawa buku masing-masing. Takut kena denda. Puan Sharifah mengangguk puas. Dia pergi papan putih dan mengambil marker pen.

Shanina yang sudah elok memandang hadapan terus pusing memandang kawan-kawannya. Gelabah. Tangan Syaf dipegang.

"Kenapa?" soal Syaf.

"Aku tak nak buat soalan dekat depan tu!" balasnya dengan wajah risau.

Kalau subjek matematik jangan disuruh Nina datang ke hadapan untuk selesaikan soalan sebab dia memang lemah dalam subjek ini. Subjek lain tak mengapa.

"Rileks.."

"Okay kuiz, Aulia soalan nombor satu..."

"Ha... kamu budak baru. Danish kan? Soalan nombor dua." sambung Puan Sharifah.

Aulia mencebik. Kenapa mamat tu mesti ada sekali? Aulia bangun dan bergerak ke hadapan. Marker pen diambil dan mula menjawab.

Danish juga bangun dan bergerak ke depan. Dia berdiri di sebelah Aulia yang sedang menulis itu. Dia pantas mencapai marker pen lalu mula menjawab juga.

Aulia menjeling makhluk perosak disebelahnya dan menjauhkan dirinya sedikit.

Puan Sharifah sudah bergerak ke belakang kelas. Memerhati dua orang pelajarnya menyelesaikan soalan.

"Weyh, jalan kira kau salah," bisik Danish.

Aulia terkebil dan memandang jalan kiranya. Betul lah pengiraannya.

"Eh! Betul okay..." Dengan lantang Aulia membalas.

Kerana geram dipermainkan, Aulia memadam separuh daripada jalan kira Danish. Biar kena buat semula.

"Woi! Apa masalah kau ni. Mana aci bhaii!" Danish merengus.

"Aci tak aci ada aku kesah. Siapa suruh tipu aku. Padan muka!" Aulia sambung menulis.

Danish melakukan perkara yang sama Aulia buat.

"Apa masalah kau ni. Sikit-sikit dahlah. Melebih pula kau," marah Aulia.

"Habis yang kau buat aku punya tu tak melebihlah?"

"Kau yang tipu aku. Aku balas lah."

"Aku balas balik. Fair and square."

Aulia memusingkan tubuhnya menghadap Danish.

"Square ke triangle ke muka kau ke, ada aku kesah! Aku padam separuh je daripada kau punya. Kau padam semua aku punya apa pasal!" tengking Aulia dengan oktaf tinggi.

[C] Kau VS AkuWhere stories live. Discover now