Aulia Zulaikha menyarung stokin. Saat itu handphonenya berdeting menandakan mesej masuk. Dengan malasnya dia mencapai. Mesej dibuka.
Emir
Aulia sibuk ke? Atau nak lari daripada abang? Tak apa.. sabar jelah duhai hati.. Nanti abang balik kita jumpa😉
Mesej daripada Emir Iskandar dibaca. Bola matanya menjeling ke atas. Tak habis-habislah dia ni. Menyampah!
Aulia segera memadam mesej tersebut. Beg converse merahnya digalas ke belakang. Dua buah buku teksnya dibawa dalam pelukkan. Ocean yang tidur di atas katil diusap perlahan dan kaki diatur keluar dari bilik.
Langkah kaki dibawa ke dapur. Punggung terus dilabuh sebelah Adam. Semua orang sudah ada di meja makan. Cuma dia yang lambat.
"Akak ni, suka keluar lambat. Make up eh?" Terjah Adam Zarief.
"Mana adalah. Suka hatilah nak keluar lambat ke apa ke." Balas Aulia.
Puan Shikin menyerahkan sepinggan bihun goreng kepada Aulia. Dia kembali menyambung suapan kemudiannya.
Sebelum menyuap, Aulia menghirup sedikit hot chocolate kegemarannya.
"Emir bagitahu yang cuti sem ni dia nak balik Malaysia,"
Kata-kata Encik Ridhuan membuatkan Aulia hampir tersembur. Dia memandang Adam Zarief dengan muka cuak. Adam pula hanya biasa saja reaksinya. Ini dah sampai ke pengetahuan semua orang, memang dia nekad nak balik tu.
"Eloklah tu. Dia pun dah lama tak balik Malaysia. Mesti dia rindukan Aulia, kan?" Puan Shikin tersenyum memandang Aulia.
Aulia melarikan pandangan dan membuat muka menyampah. Bihun goreng itu disuap kasar ke dalam mulutnya. Patah selera nak makan!
***
Masuk waktu Tasawwur, Aulia sudah mula mengantuk. Dah nak tengah hari, kan? Dah mula rasa penat. Tambahan pula, petang ni aktiviti kokurikulum berjalan seperti biasa.
Ustaz Abu Bakar masuk ke dalam kelas. Usai memberi salam dan membaca doa, mereka dibenarkan duduk.
"Ha! Salin nota dekat depan eh." Ujar ustaz Abu Bakar.
Masing-masing mengeluarkan buku nota dan mengambil pen. Bersedia untuk kerja-kerja menyalin.
Danish Aryan memandang sekeliling. Dia bukannya gemar sangat salin nota. Lagi-lagi kalau tulisan cikgu tu macam hemmm... Faham-faham jela.
Dia memandang Aulia di sebelah. Satu hari ni tak gaduh, tak bestnya. Akalnya memberi idea. Buku kosong dikeluarkan dan dia mengoyak sehelai. Buku itu disimpan semula.
Bahagian hujung kertas dikoyakkan sedikit dan digumpal sehingga menjadi seperti bola kecil.
Danish memandang guru lelaki yang sibuk menulis di papan putih. Chantekk.. ! Line clear. Bola kertas itu dibaling ke sebelah dengan selamba.
Aulia sedikit terkejut melihat benda bulat yang jatuh atas bukunya. Nampak macam dibuat daripada kertas. Aulia pandang Danish. Lelaki itu sibuk menulis.
Dia nak cari gaduh la tu... Gumam Aulia. Dia hanya mendiamkan diri. Malas nak layan.
Cehh! Dia tak balas apa-apa pun... Bisik hati Danish tak puas hati.
Danish mengoyak lagi kertas dan digumpal. Dibuat sehingga menjadi banyak. Kemudian satu persatu dibaling pada Aulia.
Aulia mengetap bibirnya menahan geram. Bola kertas semakin banyak dan bersepah di atas mejanya. Sehingga satu tahap, bola kertas itu semakin banyak dan hampir menutup notanya.
YOU ARE READING
[C] Kau VS Aku
Teen Fiction📌 ADAPTASI SERIES SOOKA ORIGINAL 📌 TERBITAN MERCHNMORE.CO | Kau VS Aku : BUKU SATU | Pergaduhan seperti tiada pengakhiran. Kebencian yang tidak akan terpadam. Istilah Jatuh Hati tiada dalam fikiran. Percaya atau tidak, pergaduhan mereka hanyalah d...