Bonjour

270 5 0
                                    


"Excusez-moi!" Kata gadis itu sambil berlari anak dalam berkerumunan ramai orang yang sedang berlalu-lalang dalam stesen keretapi bawah tanah di Paris iaitu Metro Paris atau disebut Mètro de Paris.

Gadis itu berlari kepenatan bersama-sama beberapa gulung kain kanvas yang panjang bersama beg sandang yang besar kerana sudah kelewatan masa.

Penuh barang pada tangan gadis ini yang menyebabkan hampir sahaja terjatuh ketika berlari anak untuk mengejar keretapi. Mujurlah sempat masuk ke dalam keretapi. Apabila sampai ke destinasi, cepat-cepat gadis itu keluar daripada keretapi tersebut.

Semasa berlari tergesa-gesa, gadis tersebut secara tidak sengaja terlanggar pada tubuh sasa seseorang lalu terjatuh dan barang-barang yang dipegangya pun terjatuh.

"Oh! pardon."(oh! Sorry)

Aduh! Cuai betullah aku ni. Tengok tu sampaikan barang pun dah terjatuh lepastu terlanggar orang pula tu. Lagi lambat lah jawabnya. Orang nak cepat ni. Getus hati gadis itu.

Dengan sepantas kilat, gadis itu pun cepat2 kutip barang-barangnya yang terjatuh sepah tadi. Ada barang miliknya jauh daripadanya tetapi dibantu oleh seseorang yang dilanggarnya tadi.

Gadis itu bersumpah seranah pada dirinya kerana kecuaiannya sendiri. Dah lewat ni.

"Je suis désolé!" (I'm sorry!)  

Gadis itu meminta maaf dengan jejaka yang dia langgar tadi dalam bahasa perancis. Kemudian cepat2 dia beredar dari stesen keretapi tersebut.

Gadis tersebut sudah berlari anak meninggalkan stesen keretapi tetapi dia tidak sedar bahawa buku miliknya telah tiada pada tanganya.

Jejaka yang dilanggar tadi tidak sempat nak memulangkan buku milik gadis itu tetapi gadis itu telah tiada. Buku itu adalah buku sketch yang bersaiz A4 sahaja. Terdapat banyak lukisan sketch dan cat yang menghiasi kertas kosong itu. Jadi lelaki itu pun memeriksa sama ada buku ini ada nama pemiliknya.

Leila Yara.

Sedap nama gadis itu tambah2 lagi namanya sesuai sekali dengan kecantikan yang dimiliki gadis itu. Getus hati lelaki itu sambil tersenyum.

Dia berharap yang dia akan berjumpa semula dengan gadis bernama Leila dan mahu memulangkan buku milik gadis tadi.



Bonjour Mr. ParisOù les histoires vivent. Découvrez maintenant