1,2,3

9 0 0
                                    


Assalammualaikum ❤

Another new chapter, finally!!!

Satu lagi lagu yg saya nak share singing by Camille. Kalau korang nak tau, penyanyi Camille ni, dia lah yang nyanyi lagu Le Festin daripada movie Ratatoullie. Love her voice❤😍




Leila kini berada didalam kereta bersama Adam. Kedua-duanya senyap menyepi, melayan perasaan masing-masing. Leila termenung jauh di luar tingkap sambil melihat pemandangan manakala Adam fokus pada pemanduannya tetapi sekali-sekala Adam akan curi-curi pandang tanpa Leila menyedari.

Apabila sudah sampai ke destinasi rumah Leila, Adam memberhentikan kereta dan memandang kepada Leila dengan serius.

"Leila I'm so sorry okay. Please forgive me and can we start over. Saya janji say akan buat yang lebih baik dari yanh sebelumnya. Even better than before. You change me Leila."

"Change me? Apa buktinya? Saya baru je nampak awak dengan perempuan lain but you didn't push her away. Cuba jelaskan yang itu."

"Kami terserempak. Dia yang nampak saya dulu and dia yang datang pada saya. Saya cuba untuk elak daripada dia. Elak daripada pegang saya tapi dia insist juga and I can't run from that and kebetulan pula awak pula ada. Bersama dengan lelaki lain."

"Excuze moi!"

"Leila, saya tahu walaupun awak dengan lelaki lain tapi saya percayakan awak. Yang saya tak percayakan adalah lelaki tu. Leila please come back to me. I promise I do anything for you. S'il tout plait."

Leila hanya mengeluh perlahan. Melihatkan Adam yang merayu dan menyesal akan perbuatannya selama ni membuatkan Leila berasa empati terhadapnya.

"Je suis désolé tapi saya tak boleh terima awak lagi dah."

Leila lari beredar jauh dari Adam.

"Leila!"

Adam memanggil Leila dan terpaku seketika. Leila sudah berlari dan Adam pun mahu mengejar Leila.

"Leila! attendez!"

Semakin Adam lajukan langkahnya, semakin laju Leila berlari dan hilang dari pandangan Adam. Adam terkesima dan tidak terkata. Dia juga berasa sangat kecewa akan dirinya yang bodoh dan tak guna.

Kini Adam berasa sangat kesal akan tindakannya dan kebodohannya. Dia pun melangkah pergi untuk tinggalkan tempat ini akan tetapi Leila disebalik dinding, menyorok dari pandangan Adam sedang bersandar dengan hati yang remuk dan hancur.

Tanpa Adam menyedari yang dia juga akan hilangkan diri dari situ, Leila sedang memerhatinya dari jauh bersama titisan air mata di pipinya.









......









Satu hari tiada balasan mesej daripada Leila.

2 minggu sudah berlanjutan tapi tiada sebarang respon, mesej atau panggilan.

3 minggu berlalu mereka telah pun menjadi orang asing. Tiada panggilan mahupun perhubungan antara mereka berdua.

Seolah-olah mereka berdua telah menjadi orang asing.

Hampir sebulan juga mereka tidak berhubungan antara satu sama lain dan Adam semakin hilang arah. Tidak lagi berfoya dengan perempuan lain dan semua contact perempuan yang dia ada, semua telah dia block dan tidak mahu lagi mengulanginya.

"Adam sayang kenapa tak cari Leila je?"

"Nak cari macam mana? Dia dah menghilang ma. Dah try call, cari dia dekat rumah kawan dia halau Adam."

Puan Jasmin kelihatan sangat susah hati apabila satu-satunya anak lelaki dia sebegini rupa. Tak pernah-pernah dia melihat Adam susah hati disebabkan seorang wanita yang telah mencuri hati anak lelakinya.

"Itulah Adam, mama dah pesan banyak kali jangan selalu sangat mainkan hati wanita ni. Tengoklah apa akibatnya sekarang. Padan muka."

Mendengarkan kata-kata mamanya, Adam terus menaikkan muka dan memandang mamanya. Puan Jasmin pula melihat muka anaknya dah naik.

"Tak payah nak bagi muka kesian dekat mama. Tanggunglah sendiri."

Dengan itu Puan Jasmin pun masuk ke dalam rumahnya dan meninggalkan Adam seorang diri di luar balkoni rumah.

Bila difikirkan balik, memang salah dia dan memang betapa bodohnya diri dia. Adam tak tahu nak buat macam mana lagi untuk pujuj semula Leila sebab dia memang sudah jatuh dengannya.

Adam merayau di sekitar bandar Paris, berjalan tanpa hala tuju, hanya teruskan berjalan dengan fikiran yang bercelaru. Sedang Adam sedang berjalan sambil termenung, tanoa dia sedari yang dia sudah pun berada di sungai La Seine dan tanpa dijangka ternampak kelibat Leila seorang diri di atas jambatan sambil merenung ke sungai.

Wajahnya kelihatan seperti termenung dan susah hati, seperti dia sedang berfikir dengan sangat mendalam sehingga tidak sedar pun keadaan sekelilingnya.

Adam hanya melihat wajah suram Leila dari jauh. Wajahnya putih lembut dan halus tetapi matanya kelihatan seperti penat sahaja. Bagaimana Adam mahu bercakao semula dengan Leila?

Adakah dia akan terima diri dia lagi? Tak mungkin sebab menampakkan wajah Leila yang marah dan kecewa membuatkan dia tidak berani nak mendekati Leila.

Jadi dengan melangkah perlahan, dia mengundurkan diri dan pergi membelangkangi diri daripada Leila, tidak mampu untuk melihatnya. Adam tahu bahawa Leila pasti takkan perasan akan kehadirannya, jadi dia tidak kisah pun kalau berjalan dengan perlahan akan tetapi dia tak tahu pun yang Leila sudah perasan akan kehadiran Adam ketika dia melangkah pergi dari situ.

Leila melihat keadaan Adam yang suram membelangkangi dirinya. Kenapa dia buat begini? Lelaki semua sama sahaja tetapi Leila tidak mampu menafikan kehaduran perasaannya terhadap Adam. Tanpa disedari, titisan air mata jatuh ke pipi.

Musahnya perempuan untuk keluarkan air mata ni. Kenapa terlalu mudah sangat untuk keluarkan air mata ni? Hanya kerana seorang lelaki.

Tak apa lah, mungkin selepas ni, Leila akan melupakan dia kerana tak lama lagi dia akan balik Malaysia kerana bulan ini adalah bulan terakhir dia berada di Perancis dan mungkin dia takkan berjumpa lagi dengan Adam.

Leila sudah booking tiket penerbangan dan barangnya juga sudah tersedia packing untuk pulang ke tanah airnya. Mungkin berjumpa dengan keluarga tercintanya akan terubat hati yang luka ni.

Sebelum Leila pulang ke tanah airnya, Leila akan berjumpa dengan Anais terlebih dahulu kerana sahabatnya selalu bersama Leila ketika susah dan senang.

Dia telah banyak membantu Leila dan sudi berkawan dengannya walaupun berbeza agama dan budaya dan dengan itu, Leila sangat bersyukur sekali dapat seorang sahabat seperti Anais.

Vous avez atteint le dernier des chapitres publiés.

⏰ Dernière mise à jour : Jan 22, 2021 ⏰

Ajoutez cette histoire à votre Bibliothèque pour être informé des nouveaux chapitres !

Bonjour Mr. ParisOù les histoires vivent. Découvrez maintenant