Paris Guy

135 2 0
                                    

Apabila melihat semua model-model ini mempersembahkan gaya fesyen terbaharu, membuatkan aku meluat untuk melihatnya. Sungguh membosankan dan membuang masa sahaja.

Walaupun aku tidak suka berfesyen tetapi aku ada pengalaman untuk berfesyen dengan gaya tersendiri. Sehinggakan membuatkan semua gadis-gadis sangat tergoda dengan penampilan aku.

Semua ini disebabkan ibu aku. Dia memaksa aku untuk datang ke persembahan fesyen dia. Nak tak nak kene pergi jugalah untuk menjaga hati dia. Katanya semua fesyen dia inspirasi daripada aku. Aku pun tak tahu lah apa yang aku buat sampai boleh memberikan dia inspirasi untuk baju-baju dia.

Di seberang pentas hadapan aku terdapat dua orang wanita yang sedang memerhatikan aku sambil berbisik dan ketawa menggedik. Jadi aku pun memberikan senyuman pada mereka dan mereka terus ketawa kecil lagi. Huh perempuan. Tak pernah nak jemu apabila nampak lelaki yang kacak.

Malas nak layan mereka lagi, aku pun mengeluarkan sebuah buku sketch yang aku jumpa pagi tadi. Perempuan tadi tak perasan pun yang buku dia hilang. Leila Yara. Bagaimana aku nak mencari dia?

Daripada segi lukisan yang ada dalam buku ini, pasti dia seorang artis. Cantik juga lukisan dia. Semua lukisan dia hanya berunsur haiwan, alam semula jadi dan campur dengan fantasi. Dia pasti seorang yang berangan. Tipikal perempuan.

"Monsieur Lefevre, votre mère vous appelle à l'arrière."(Mister Lefevre, your mother is calling you at the back stage.)

"Bien. Je vous remercie."(Alright. thank you)

Aku pun beredar daripada pertunjukkan fesyen itu dan berjumpa dengan Mama aku di belakang pentas.

Apabila sampai, ternampak yang Mama aku sedang sibuk membetulkan kain model itu.

"Hai, Ma. Ada apa nak jumpa Adam ni?"

"Adam sampai pun kamu. Saja nak panggil kamu dan tanya pendapat. Seronok dengan pertunjukkan hari ni."

"Seronok juga Ma. Tak sangka semua baju-baju yang Mama design dapat sambutan ke seluruh negara ni." Aku memang ikhlas memuji kejayaan Mama aku kerana dia telah berjaya mencapai impian dia.

"Tak perlulah nak puji sangat. Mama buat semua ini sebab kamu juga. Kamulah satu-satunya anak Mama."

"Madame Lefevre. nous avons un problème ici." (Mrs. Lefevre. We have a problem here.) Panggil salah seorang staff di situ dan dia memerlukan bantuan sekarang.

"J'arrive." (I'm coming) Panggilan kerja. Mama pergi dulu ye sayang." Kata Mama aku dan kemudian menyambungkan kerjanya.

Mama begitu sibuk sekali dengan dunia fesyen dia sehingga tidak ada masa untuk meluangkan masa bersama keluarga. Mama aku berasal dari Malaysia tetapi tinggal di Paris. Paris sudah menjadi tempat tinggal keduanya

Papa aku pula memang berasal dari Paris. Kiranya aku ini kacukan melayu-paris dipanggil sebagai bangsa Eurosian. Masa kecil dulu aku memang menetap dan dibesarkan di Malaysia tetapi sejak Mama aku semakin berjaya dengan fesyen di Paris, kami mula menetap di Paris terus.

Papa aku pula seorang engineer di Paris. Ada masa dia meluangkan masa lapangnya dengan keluarga dan kadang-kala mengajak aku ke masjid untuk belajar ilmu Islam.

Aku ni bukannya kuat sangat dalam ilmu Islam tetapi aku tetap amalkan juga. Bila dah namanya darah kacukan, korang mesti dah tahukan.

Kulit putih melepak, tinggi lampai, badan sasa, hidung mancung dan rambut berwarna hazel (ikut rambut Papa), mata berwarna kelabu terang dan tak lupa juga lesung pipit, dapat daripada Mama.

Biasalah bila dah hensem sangat ramai perempuan yang akan terpikat. Aku ni boleh dikatakan main-main cinta dengan perempuan tapi tak pernah nak serius pun.

Lupa nak beritahu nama. Nama aku Adam Hugo Lefevre. Lefevre adalah nama keluarga Papa dan perlu dikekalkan nama itu. Keluarga Lefevre semua kristian tapi apabila Papa mahu memeluk agama Islam, mereka menerimanya dengan penuh ikhlas. Bagi keluarga Lefevre, mengamalkan dalam mana-mana agama semuanya ke arah kebaikan. Jadi mereka menerimanya dengan hati terbuka.

Apabila Papa melawat ke Malaysia, berkenalan pula dengan Mama dan akhirnya mereka berkahwin selepas itu. Begitulah kisahnya.

Aku ini masih bergelar seorang pelajar universiti di Paris. Mengambil bidang engineer juga seperti Papa aku. Jangan kata kenapa aku ambil engineer. Mestilah sebab aku minat. Papa aku adalah mentor aku. Aku dan Papa sangat rapat sebagai seorang ayah dan anak malah kami seperti seorang sahabat yang sangat rapat. Dialah segalanya bagi aku.

Tetapi cukuplah pasal aku dahulu. Sekarang ni aku rasa seperti mahu berjumpa semula dengan gadis bernama Leila. Dia seperti lain daripada gadis lain yang aku kenal. Kalaulah aku tahu mana nak jumpa dia.

Bonjour Mr. ParisOù les histoires vivent. Découvrez maintenant