Musèe de Louvre, Paris

110 2 0
                                    

Kelas pagi seperti biasa. Berjam-jam juga duduk dalam kelas. Tetapi untuk hari ini, aku dan kawan-kawan aku akan pergi ke muzeum de Louvre. Di sana terdapat banyak karya-karya agung daripada artis yang sangat terkenal dan paling disanjungi dalam dunia seni.

Terdapat banyak hasil karya yang berada disini dan setiap karya berjumlah berjuta dan bermillion dolar. Leornado da Vinci, Vincent Van Gogh, Eugene Delacroix dan ramai lagi artis yang telah menghasilkan karya yang hebat di muzeum ini.

Muzium ini berada dalam kawasan Istana Louvre atapun disebut dalam bahasa perancis adalah Palais du Louvre, yang pada mulanya adalah sebuah kubu yang dibina ketika lewat abad ke-12 di bawah pemerintahan Raja Philippe II. Peninggalan kubu tersebut masih lagi dapat dilihat di bahagian bawah tanah muzium.

Bangunan ini telah diluaskan banyak kali untuk membentuk Istana Louvre yang seperti hari ini. Kalau tidak silap saya, pada 1672, Raja Louis XIV memilih Istana Versailles sebagai kediamannya, meninggalkan Louvre sebagai sebuah tempat untuk memaparkan koleksi diraja termasuklah koleksi dari tahun 1692 iaitu arca Rom dan Yunani purba.

Pada 1692 pula, bangunan ini telah diduduki oleh Akademi Inskripsi dan Bahasa Purba (Académie des Inscriptions et Belles Lettres) dan Akademi Akademi Lukisan dan Arca Diraja (Académie Royale de Peinture et de Sculpture), dimana pada tahun 1699 diadakan mengadakan siri pertama salon. Académie kekal berada di Louvre selama 100 tahun.

Sewaktu Revolusi Perancis pula, Perhimpunan Perlembagaan Kebangsaan menetapkan bahawa Louvre seharusnya digunakan sebagai sebuah muzium, untuk mempamerkan karya agung negara Perancis.

Agak menarik apabila kita dapat tahu sedikit sejarah berkenaan muzium ini. Muzium ini juga dikatakan buka pada 10 Ogos 1793 dengan pameran 537 lukisan, kebanyakan karyanya dirampas dari gereja dan hak milik diraja. Oleh kerana masalah struktur dengan bangunan, muzium ditutup pada 1796 hingga 1801.

Saiz pengumpulan bertambah di bawah Napoleon apabila muzium dinamakan semula Musée Napoléon. Selepas kekalahannya di Waterloo banyak karya yang dirampas oleh tentera Napoleon telah dipulangkan kepada pemilik asalnya.

Pengumpulan telah terus bertambah sewaktu pemerintahan Louis XVIII dan Charles X dan sewaktu Empayar Perancis Kedua muzium memperolehi 20,000 keping. Pegangan telah bertambah secara stabil melalu dermaan dan hadiah sejak Republik Ketiga, kecuali sewaktu dua Perang Dunia.

Setakat 2008, koleksi dibahagikan di kalangan lapan jabatan kurator: Purba Mesir; Purba Timur Dekat; Purba Greek, Etruscan, dan Purba Rom; Kesenian Islam; Arca; Seni Hiasan; Seni Lukis; Cetakan dan Lukisan.

Musée du Louvre mengandungi lebih daripada 380,000 barang dan memaparkan 35,000 karya seni dalam lapan jabatan kurator dengan lebih daripada 60,600 meter persegi berdedikasikan pada kutipan tetap.

Muzium Louvre mempamerkan skulptur, objects d'art, seni lukis, lukisan, dan carian arkeologi. Ia adalah muzium yang ramai sekali lawatan, dengan purata 15,000 pelawat tiap hari, 65 peratus dari mereka adalah pelancong. Dalam budaya masyhur, Muzium Louvre adalah suatu sudut keminatan dalam buku The Da Vinci Code dan filem 2006 film berasaskan buku tersebut. Muzium mendapatkan $2.5 juta dengan membenarkan galeri.

Wow! Memang untung besar muzium ini. Jika kita dapat menghasilkan karya seperti Leornado Da Vinci, dah lama kita akan jadi kaya raya...haha...

Setelah berada lama di dalam muzium, kami sekelas keluar dari muzium dan mengambil gambar susana di luar pula. Yang paling menarik perhatian diluar muzium ialah 'The Louvre Pyramid (Pyramide du Louvre)'.

Ianya piramid yang dibuat dari cermin yang besar dan besi, direka oleh seorang arkitek China-Amerika iaitu I.M.Pei, yang mengelilingi dengan tiga piramid kecil di ruang utama iaitu di Louvre Palace (Palais du Louvre) di Paris.

Piramid yang paling besar merupakan pintu utama Muzium de Louvre dan siap dibina pada tahun 1989 dan telah menjadi tarikan utama dia bandar Paris.

Sedang khusyuk menangkap gambar gerbang 'de triomphe du carrousel' di luar muzeum. Terdapat arca patung yang menaiki kuda di puncak gerbang itu dan dindingnya diukir dengan gaya yang klasik.

The arch de triomphe du carrousel adalah gerbang kemenangan Paris, terletak di tempat du carrousel. Ia dibina antara 1806 dan 1808 untuk memperingati kemenangan tentera napoleon pada tahun sebelumnya. Arc de triophe de I'Etoile, di hujung jauh Champs Elysees direka pada tahun yang sama. Ia adalah kira-kira dua kali ganda saiz dan tidak dapat disiapkan sehingga 1836. Ia juga merupakan contoh seni bina gaya kiasan.

Direka oleh Charles Percier dan Pierre François Léonard Fontaine, gerbang itu dibina antara 1806 dan 1808 oleh Maharaja Napoleon I, pada model Arch of Constatine di Rom sebagai pintu masuk Istana Tuileries, kediaman Imperial.

Kmusnahan Tuileries Palace semasa Paris Commune pada tahun 1871 membenarkan pemandangan barat yang tidak terhalang ke arah Arc de triomphe.

Ia pada awalnya diunggulkan oleh kuda saint Mark dari katedral Saint Mark di Venice yang telah ditawan pada tahun 1798 oleh Napoleon. Pada tahun 1815, selepas Pertempuran Waterloo dan pemulihan Bourbon, Perancis menyerahkan quadriga kepada Empayar Austria yang telah menggabungkan Venice di bawah syarat2 Kongres Vienna.

Orang Austria segera mengembalikan patung itu ke Venice. Kuda Saint Mark digantikan pada tahun 1828 oleh sebuah quadriga yang diukir oleh Baron François Joseph Bosio yang menggambarkan keamanan menunggang dalam kereta keamanan yang diketuai oleh Victory di atas kedua belah pihak.

Komposisi itu memperingati Pemulihan Bourbons berikutan kejatuhan Napoleon. Arc du Carrousel mengilhami reka bentuk Marble Arch yang dibina di London pada tahun 1826 dan 1833.

Rugi kalau tidak tahu sedikit sebanyak tentang sejarah di sini. Lagi banyak ilmu yang ada lagi berguna kita suatu hari nanti. Tapi paling menarik pun adalah kita akan menangkap gambar gerbang ini sebagai kenangan.

Aku mengundur ke belakang untuk menangkap gambar dari posisi yang cantik tetapi tanpa sedar terlanggar orang di belakang sehinggakan kopinya tertumpah di atas bajunya.

'Je suis vraiment désolé. Je ne voulais pas trop." (I'm so sorry. I didn't mean too.)

"Que diable avez-vous pensé que vous faisiez femme?" (What the heck were you think you doing woman?)

Orang yang aku langgar begitu marah sekali. Jadi aku pun tolong dia dengan memberikan sapu tangan aku padanya. Mesti kopi dia panas terkena baju.

"Here let me help you with this." Kata aku dengan ikhlas mahu menolong.

"I don't need your help. You are just-" katanya dengan marah lagi tapi sebaik sahaja dia memandang aku, alangkah terkejutnya kami berdua.

Lelaki yang aku langgar ini rupanya lelaki yang aku jumpa di kedai bunga tempoh hari. Reaksi mukanya pun menampakkan dia juga terkejut apabila berjumpa lagi dengan aku.

Bonjour Mr. ParisOù les histoires vivent. Découvrez maintenant