Hospital

21 1 3
                                    


Beep

Beep

Beep

Leila dapat mendengar bunyi mesin denyutan tetapi masih tidak dapat untuk membukakan matanya. Adakah dia dekat hospital? Dah berapa lama dia tidak sedarkan diri?

Leila cuba lagi sekali untuk membuka matanya. Dengan perlahan akhirnya dia dapat bukakan matanya. Dia melihat sekeliling dan matanya tertumpu pada Adam yang sedang lena tidur di sofa. Dia nampak tenang sekali semasa tidur.

Leila cuba untuk bangun tapi nampaknya tangan dia berasa sangat pedih dan keduadua belah tangannya sudah berbalut. Tiada lagi darah di seluruh tangan dan badannya lagi. Adam pula sudah terjaga daripada tidur lenanya.

"Awak dah bangun." Katanya dengan suara yang agak serak kerana baru bangun tidur.

"Pukul berapa sekarang ni?" Adam melihat jam dia tangannya.

"Pukul 1 pagi. Awak perlukan apa-apa ke?"

"Air?"

Adam pun mengambilkan jug yang berisi air kosong dan menuangkannya ke dalam gelas. Apabila dia menghulurkan gelas dan Leila mahu mengambilnya, baru dia perasan bahawa kedua-dua tangannya berbalut.

"Oh sorry. Biar saya tolong." Kata Adam lalu dia pun mendekatkan gelas ke bibir Leila dan Leila meminum dengan perlahan. Setelah habis seteguk air, dia pun lap mulutnya dengan lengan baju hospital.

"Sudah berapa lama saya pengsan?"

"Agak lama juga. Luka awak dalam sangat dan awak mengalami pendarahan. Doktor kata awak kelihatan banyak darah, itu sebab awak pengsan. Dan lagi satu pula, doktor kata luka awak terlalu dalam dan terpaksa menerima 20 jahitan pada tangan awak."

"20 jahitan?"

"Ya. Awak berada dalam bilik pembedahan dalam 18 jam. Saya sangat risau tadi. Awak buat saya sangat takut tau."

"Maaf sebab buat awak takut."

"Apa yang berlaku sebenarnya? Mila kata awak tersadung lepastu pinggan-pinggan yang awak pegang jatuh dan awak pula yang terjatuh atas pinggan-pinggan yang pecah tu."

"Mila kata begitu?"

"Ya."

Leila macam tak percaya apa yang dia dengar sebentar tadi. Apa yang Mila ceritakan pada Adam tak sama sekali dengan apa yang sebenar yang berlaku.

"Bukan itu apa yang terjadi. Mila tolak saya sampaikan pinggan-pinggan yang saya pegang jatuh. Dia tolak saya dengan kuat sampaikan saya pun terjatuh sekali."

"Tak. Tak mungkin macam tu. Kenapa Mila nak buat macam tu pada awak pula?"

"Mungkin dia berdendam? Atau mungkin dia jealous dengan saya? Tak pun dia tak puas hati dengan saya agaknya?"

"Kenapa pula dia nak berdendam dengan awak? Awak berduakan baru sahaja berkenalan?"

"Ha dia kata dengan saya yang awak milik dia. Saya pula tak berhak untuk miliki awak. Dia ada kata juga yang saya ni bukannya cantik mana pun berbanding dengan perempuan-perempuan lain yang pernah awak keluar sebelum ni."

"Dia kata begitu?"

"Ya dan bukan saya nak burukkan sepupu awak tapi saya hanya cakap benda yang betul. Saya tiada niat pun nak berdendam atau rasa iri hati dengan sepupu awak tu tapi dia yang mulakan dulu."

"Maafkan saya Leila. Saya tak sangka dia buat begitu pada awak. Esok saya akan jumpa dan berbincang dengan dia."

"Tak perlulah Adam. Saya tak nak awak berdua bergaduh sebab saya pula. Lagipun awak berduakan sepupu, keluarga awak. Jangan bergaduh sebab saya please. Kita lupakan saja." Adam hanya mengeluh sambil mengosokkan belakang lehernya.

"Lebih baik awak balik dan berehat sahaja. Awak nampak penat sangat."

"Tak apa ke? Awak sesorang nanti?"

"Tak apa. Awak baliklah dulu. Awak nampak penat sangat. Berehatlah dulu."

"Kalau begitu saya akan datang esok pagi bersama Anais." Leila hanya menganggukkan sahaja dan Adam pun berlalu pergi.

Pada keesokkan harinya, Anais pun telah datang ke hospital untuk melawat Leila bersama pakaian-pakaian dan makanan untuk Leila. Setiba sahaja dia, dia terus sahaja berasa risau dan sedih. Menurut Anais, bila Leila dah dimasukkan ke dalam bilik pembedahan, Adam terus membuat panggilan dan memberitahu bahawa Leila dimasukkan hospital. Adam telah memberitahu semuanya pada Anais. Menurutnya juga, dia memang mahu terus segera ke hospital tetapi dia sedang membuat persembahan teater ballet pada ketika itu.

Sedang mereka berdua berborak bersama, Adam pun sudah tiba bersama sejambak bunga ros dan Puan Jasmin pula membawa sebakul buah-buahan bersama-sama dengan suaminya di belakang.

"Leila saying, kamu okay ke?" Kata Puan Jasmin.

"Saya okay."

"Oh saying. kamu tak patut tolong semalam. Kan mama dah bagitahu. Mama tak nak menyusahkan kamu tapi tengok sekarang, mama rasa bersalah sangat-sangat sekarang."

"Tak mengapa mama. Leila okay dah sekarang. Terima kasih sebab tolong Leila semalam."

Puan Jasmin berasa senang hati apabila melihat Leila dalam keadaan yang sihat walaupun tangannya sudah berbalut. Jadi mereka semua berborak sambal makan buah yang telah dipotong oleh Puan Jasmin sehinggalah ibu bapa Adam terpaksa pulang kerana ada hal yang penting perlu dibuat dan Anais pula terpaksa pergi kerana ada kelas tetapi dia akan dating balik selepas habis kelas. Adam pula, dia kata yang dia mahu pergi dahulu kerana ada hal yang perlu dia buat dan dia akan dating semula lagi. Mereka semua telah pergi dahulu sehinggalah Mila datang melawat.

"So nampaknya awak dah dapat mempengaruhi mereka semua yang awak ni pura-pura sakit."

"Tak Nampak ke yang kedua tangan saya berbalut sebab menjalani pembedahan untuk keluarkan kaca dan menerima 20 jahitan disebabkan awak tolak saya?"

"Please. Kau sengaja jatuh atas pinggan-pinggan tu supaya mereka percaya kau memang sakit. Padan muka, siapa suruh jatuh. Lain kali nak menaruh simpati, jangan sampai cederakan diri sendiri. tengok apa jadi sekarang. Mesti tangan tu akan berparut dan hodoh."

"Apa masalah awak dengan saya eh Mila? Cuba bagitahu apa masalahnya?"

"You are my problem. That's it. Kau tak boleh dapatkan Adam. Apa yang terjadi semalam tu, jangan mimpilah yang Adam suka kat kau. Tengoklah nanti aku akan buat Adam benci kau dan dia akan suka aku balik."

Dengan itu, dia berlalu pergi keluar dari bilik Leila dengan perasaan yang membuak. Leila pula bagai tak percaya apa yang dikatakan oleh Mila sebentar tadi. Bagaimana dia akan buat Adam bencikan dia? Adakah dia akan mencederakan Leila seperti kejadian semalam? Walau apapun rancangan Mila, dia perlu berbincang dengan Adam tentang hal dengan Mila.

Bonjour Mr. ParisOù les histoires vivent. Découvrez maintenant