Beautiful

40 2 2
                                    

"Adam, qu'est-ce que c'est? Et pourquoi elle porte ici ça?"(Adam, what this is all about? And why she is here wearing that?)

Kata perempuan itu sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah baju yang dipakai oleh Leila. Adam pun menoleh ke belakang dan berhadapan dengan Lilian sambil memberikan senyuman paksa.

"Hey, Lilian what are you doing here? I though you have a photoshoot in the eiffel."

"That was yesterday Adam and I've been trying to call you for ten times but you didn't answer my phone. So I came here. But apparently you didn't say that your mother needs a model for her new fashion show. Why didn't you tell me." Katanya dengan riak ekspresi menjengkelkan apabila melihat Leila dapat menjadi model.

"Is not that I don't want to tell you this. It's just that when my mother see Leila, she wants her to be her model. That's all." Adam backup Leila.

"Is that so." Kata Lilian sambil menaikkan kening sebelahnya dan memandang Leila dari atas ke bawah. Leila dapat merasakan yang dia sedang menilai Leila.

Adam pula menarik Lilian keluar daripada situ. Leila boleh melihat sebaik sahaja Adam menarik lengan Lilian keluar, Lilian terus memeluk lengan Adam sambil membuat muka merajuk. Gediknya. Getus hati Leila tetapi nasib baik mereka dah keluar, boleh Leila menarik nafas lega.

Kini tiba masanya untuk keluar dan berjalan sebagai seorang model. Sebelum Leila membuat persiapan, ibu Adam telah pun mengajar Leila cara berjalan dan mengayakan. Semasa berjalan, sentiasa yakin di atas pentas.

Leila sedang beratur dan menunggu gilirannya. Sedang dia menunggu, Leila mengigit kuku jarinya kerana terlalu gemuruh sangat-sangat. Mana Adam ni? Boleh ke aku buat benda ni? Kenapalah aku terima je pelawaan Adam tadi tu? Ya Allah kalau aku jatuh atas pentas tu macam mana dah lah ramai orang kat luar sana? Hati Leila jadi tindak tentu arah dan dia mula fikir yang bukan-bukan apabila berasa sangat gemuruh.

Tepat pada masanya, Adam pun tiba di sebelahnya. Leila pun terus menembak Adam dengan pelbagai soalan.

"Mana awak pergi? Sanggup awak tinggalkan saya seorang diri di sini. Saya gemuruh sangat ni. Kenapalah saya kene ikut awak dan kenapalah awak nak juga saya jadi model awak ni? Kenapalah saya relakan diri saya jadi model ni? Saya nak tarik diri." Kata Leila yang tidak boleh lagi membendung perasaan gemuruhnya.

"Hei, hei, hei, relaxer (relax). Kenapa sampai macam tu sekali? Awak tak boleh berhenti dan berpatah balik. Jadi saya dah beritahu mama saya yang saya akan jadi model pasangan awak."

"Apa? Tapi kenapa?" Kata Leila pelik.

"Sebab baju yang awak pakai tu sepadan dengan saya." Katanya sengih. Baru Leila perasan. Memang betul pun yang baju Leila dan Adam mempunya corak dan warna yang sama.

Kini tiba giliran Leila dan Adam. Leila tidak menyepat untuk berbalah lagi dengan Adam. Jadi mereka berdua pun keluar dan berjalan ke pentas.

Pada mulannya, Leila berasa agak kekok apabila keluar berjalan ke atas pentas lebih-lebih dengan kasut tingginya tetapi apabila Adam berjalan di sebelahnya pula, Leila berasa lebih yakin.

Ramai tetamu terlalu memberikan perhatian pada pakaian Leila dan Adam. Ada sesetengah tetamu memuju pakaian yang mereka pakai ini sangat cantik manakala ada sesetengah tetamu pula memuji bahawa pasangan ini sangat sesuai bersama. Alahai! Mereka ni memuji lebih pula. Getus hati Leila sambil memberikan sedikit senyumannya.

Sebaik sahaja mereka berdua telah selesai berjalan di atas pentas, Leila berasa sangat lega dan puas. Seolah-olah dia baru mendapat bernafas dengan sangat lancar. Rasa beban itu juga telah ringan di dada.

"You are amazing Leila? I'm so proud of you." Kata Adam dengan reaksi yang sangat gembira sekali. Leila juga berasa sangat teruja sehingga entah di mana silapnya, dia hampir-hampir sahaja hendak terjatuh.

Tetapi nasib baik Adam sempat memberikan sokongan pada Leila. Adam memegang lengan Leila dan tahan belakang badan Leila daripada terjatuh. Nasib baik Leila tidak terjatuh atas lantai tersebam dengan muka dulu. Kalau tak malu dibuatnya. Kini wajah mereka hampir-hampir dekat dan ini kali pertama Leila memandang mata Adam.

Selama ini Leila tidak pernah nak perasan tetapi Adam mempunyai mata yang berwarna hijau gelap. Seperti hijau zaitun dan bercampur dengan sedikit warna perang yang gelap mengelilingi iris mata. Warna dicampur seperti bentuk awan tetapi warna perang itu hanya sedikit sahaja yang mengelilingi iris mata dan selai itu dicampuri dengan hijau zaitun yang gelap. Orang tak akan perasan warna mata Adam dari jauh melainkan jika kita dapat melihat dengan jelas dan secara dekat.

Leila terpukau sebentar dengan warna mata Adam. Dan Adam pula seolah-olah terpukau sama kerana dia sedikit ternganga apabila melihat mata Leila dengan lama sekali.

Ini pula kali pertama Adam melihat mata Leila. Warna perang yang cerah apabila dapat melihat dengan jelas. Matanya bersinar dan bulat. Sangat cantik dengan wajah mulusnya. Adam tidak perasan akan dirinya yang sedikit ternganga apabila melihat wajah Leila.

"Maaf." Cepat-cepat Adam meleraikan dan menjauhkan dirinya dari Leila sambil menggaru kepalanya dan tertunduk sedikit. Leila juga tertundukkan kepala dan mata mereka tidak saling berpandangan lagi.

Mereka berdua pun pergi ke bilik pesalingan untuk menukar baju dan Leila membuang make upnya. Rasa sayang pula nak padam make up ni tapi tu lah nak bagaimanakan...kene bersihkan muka juga. Leila mengambil masa dalam 30 minit juga untuk tukar pakaian dan bersihkan make upnya. Setelah dia selesai menukar pakaian dan mengambil barangnya, dia pun keluar daripada bilik persalingan itu dan mendapati yang Adam sedang menunggunya di luar.

"Le magnifique. That is so wonderful. Two of you are so perfect together. Thank you Leila. Thank you so much. Rasa seronok sangat dapat jumpa orang Malaysia kat sini." Kata ibu Adam pula sambil memeluk Leila.

"Sama-sama puan Jasmin. Bukan apa sangat. Saya pun tidalah pandai sangat jadi model ni."

"Don't be ridiculous. Awak buat dengan sempurna sekali. Kalau begini, bolehlah awak jadi model saya lagi kan? Kalau saya ada masa lapang, bolehlah kita berdua berborak lagi. Bagaimana?"

"Sound wonderful puan Jasmin. Terima kasih kerana mengajar saya tadi. Kalau tak saya mesti dah jatuh atas pentas."

"Pish posh. Saya tak akan benda ni terjadi pada kamu sayang. Adam kamu bawa lah Leila pulang. Dah lewat dah ni. Balik elok-elok eh Leila sayang."

"Baiklah puan Jasmin." Leila pun memberikan salam kepada puan Jasmin lalu mencium telapak tangannya. Walaupun berada di negara asing tetapi adat melayu masih dikekalkan.

"Panggil je saya Mama sayang. Tak perlulah nak berformal sangat dengan saya." Katanya dengan senyuman yang manis sekali.

"Baiklah Mama. Saya balik dulu. Assalammualaikum."

"Waalaikummussalam. Adam bawak Leila balik dengan selamat eh."

"Ok Maa..." Adam memberikan tabik hormat pada maknya dan berlalu pergi bersama Leila.

"Nampaknya Mama sukakan awak Leila." Bisik Adam ke telinga Leila sambil tersenyum sengij dengan Leila. Leila hanya tersenyum dan dia mendapati yang pipinya sedang merah menahan malu dan mukanya berasa agak panas.

Bonjour Mr. ParisOù les histoires vivent. Découvrez maintenant