Makan Malam

91 2 0
                                    


Hari ini aku terpaksa kerja lebih masa memandangkan sudah masuk hari kekasih. Ramai tetamu datang untuk membeli bunga, kad ucapan, minyak wangi, coklat dan sebagainya.

Aku juga ada jual hasil kerja seni aku juga disin dan alhamdulillah, ramai juga yang suka dan membelinya.

Setelah penat bekerja di kedai bunga, aku membersihkan kedai untuk Mama untuknya memandangkan dia pun tidak berapa nak sihat.

Sedang sibuk mengemas dan mahu menutup kedai, Zack pula yang datang bersama sejambak bunga ros merah, coklat berbentuk hati dan kad ucapan. Dan dia memberikan senyuman yang paling manis pada Leila.

"Zack? Buat apa di sini?" Leila cuba juga memberikan senyuman pada Zack walaupun dia tahu apa niat dia datang ke sini bersama bunga dan benda-benda lain lagi.

"Happy Valentine's Day dear." Katanya gembira dan memberikan bunga dan coklat padanya.

"Umm...terima kasih Zack tapi awak tahu kan yang bukannya celebrate valentine ni." Leila tetap menerima hadiah itu. Masalah Leila sekarang adalah dia todak boleh kata tidak pada pemberian daripada seseorang kerana terlalu kasihan kan orang. Yalah penat je orang tu beli dan buat cantik-cantik untuk dihadiahkan takkan nak tolak mentah-mentah kan. Terasa hati orang tu.

"Ya saya tahu tapi saya nak juga bagi awak. Saya tetap nak celebrate dengan awak."

"Terima kasih Zack." Leila tidak kata apa-apa dan mahu berlalu pulang tapi Zack mengekorinya.

"Jadi awak nak pergi mana? Saya ingat nak ajak awak makan malam special untuk awaklah."

"Saya nak baliklah Zack. Awak tahukan saya berkeja without non stop." Leila cuba untuk menolak dengan cara baik tidak mahu tersinggungkan perasaan Zack.

"Janganlah macamtu. Saya dah planning nak buat aktiviti bersama awak sempena valentine tau. Jomlah. Hanya sekali ini sahaja. Please." Zack mula merayu dan membuat muka dia. Leila mula rasa bersalah dan akhirnya dia terima juga pelawaan Zack tapi dengan syarat yang dia harus pulang sebelum pukul 10 malam.

Jadi mereka berdua pun pergi sama-sama ke sebuah restoran mewah untuk makan malam bersama. Seorang pelayan datang menyambut mereka berdua dan Zack kata mahu meja untuk dua orang. Pelayan itu dengan gembiranya membawa mereka berdua ke meja tersebut dan suasana dalam restoran ini sangat romantik.

Terlalu romantik sampaikan Leila pun tidak senang duduk apatah lagi berduaan dengan Zack.

"Awak suka tak Leila? Saya pilih restoran ni kerana makanannya halal dan sedap tau. Tali nasib baik juga ada kekosongan untuk kita berdua kerana mostly restoran penuh sebab ramai dah buat tempahan dulu."

"Mewah sangatlah restorang ni. Kau mampu ke nak bayar semua ni nanti?"

"Rileklah Leila. Aku mampu bayar untuk kita nanti. Aku juga mampu untuk tanggung kau suatu hari nanti." Zack tersenyum sengih pada Leila dan memandangnya dengan lembut. Leila pula patut dah menjangkakan semua ni.

"Banyaklah kau nak tanggung aku. Daripada kau tanggung aku, baik kau tanggung diri kau tu." Leila ingin menceriakan suasana gurauan antara mereka, tidak mahu menukar jadi mood romantik ataupun pick up line bagai ni. Zack pula tahu sangat perangai dengan Leila yang tidak mahu serius hubungan antara mereka berdua ni tapi dia berusaha juga untuk dapatkan hati Leila.

Sedang makanan telah pun tiba, mereka berdua pun menjamu selera bersama.

"Jadi Leila, kau suka tak dinner kita ni?" Tanya Zack. Leila yang sedang mengunyah makanan kemudian memandang Zack.

"Makanan disini sedap. Macam mana kau tahu restoran ni halal?"

"Ouhh...kawan aku yang recommend restoran ni. Lagipun dia dengan girlfriend dia selalu dating kat sini."

"Ouuhh...dating." Leila tidak mampu untuk sambung berkata lagi memandangkan Zack seperti mahu menunjukkan bahawa dia sepatutnya bersama dengan Zack tetapi Leila tidak mampu untuk menerima dia lagi.

"Mmm...Leila. Sudi tak kau jadi..." Sebelum Zack menyambungkan kata-katanya, Leila terpandangkan seseorang di belakang Zack dari jauh dan sepasang mata itu pun sedang melihat Leila dari jauh. Mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain.

Seseorang itu datang menghampiri ke meja Leila dan Zack dan apabila semakin menghampiri, rupanya orang itu adalah Adam dan dia semakin menghampiri ke meja mereka dengan senyuman menawan.


Bonjour Mr. ParisOù les histoires vivent. Découvrez maintenant