Bertemu

103 2 0
                                    

Kelas untuk hari ini cuti jadi aku pun pergi kerja di kedai. Ini sekadar kerja part time untuk mencari duit tambahan dan pengalaman kerja di luar negara.

Aku kerja di kedai bunga. Nama kedai itu ialah Flore de Beauté. Ada bermacam jenis bunga di sini dan bermacam jenis warna yang menerangi kedai ini. Bukan bunga sahaja kami jual, kami juga jual minyak wangi dan aroma reed diffuser. Semuanya dibuat daripada bunga juga.

Tulips, ros, bunga matahari, lavender,jasmine dan banyak lagi jenis bunga yang tak dapat dikatakan jenisnya. Walaupun kedai ini kecil tetapi jualannya sangat laku pada hari tertentu contohnya pada hari valentine ataupun pada musim bunga. Dan tak lupa juga festival bunga pada musin bunga. Paling meriah sekali.

Kedai dekat sahaja dengan rumah sewa aku. Jadi senang saja nak pegi kerja dan melawat orang di sini. Mereka semua baik-baik orangnya.

Puan Daisy seorang pemilik kedai ini. Orangnya masih cantik walaupun sudah berusia 30-an. Sentiasa murah hati memberikan bunga untuk aku dan kadang-kala memberikan biskut buatan tangannya pada aku. Sifat dia bagaikan seorang ibu membuatkan aku sayang akan wanita ini. Dia bagaikan ibu kedua aku.

"Bonjour Leila. You early today." Kata Mrs. Daisy. Lupa nak kata, dia memang fasih bahasa inggeris jadi tiada pelat bahasa perancis pun.

"Bonjour mama. Class has been cancel today. Anything I can help you?" Kata aku. Dia ada juga suruh kami panggil dia mama kerana dia menganggap yang semua pekerja yang ada di sini bagaikan sebuah keluarga baginya.

"Leila dear, can you take the shift until this evening? I have to get home early." Kata Mama.

"Of course Mama. I will see you tomorrow then."

"Au Revoir." Kata Mama sambil berlambai tangan. Aku pon berlambai tangan padanya sambil tersenyum. Nampak gayanya aku akan kerja keseirang hari ini. Kawan aku yang bekerja sama dengan aku tidak dapat kerja kerana ada masalah keluarga. Jadi dia terpaksa balik ke kampungnya.

Hari ini ramai juga yang mahu membeli bunga sebelum tibanya hari kekasih. Yup ladies and gentlemen, sekarang ini bulan februari dan ramai yang akan membeli bunga dan coklat untuk kekasih mereka. Sangat laku kedai ini kerana aku dapat tambahan...hohoho...

Memang laku betul. Sebab tu lah aku sukakan hari valentine's day sebab dapat untung kalau jual bunga, coklat, kad ucapan dan sebgainya.

Bukan nak kata apalah tapi mereka ini sanggup membeli benda mahal-mahal untuk kekasih mereka. Tup-tup suatu hari nanti berpisah juga kan. Kalau setakat beli bunga atau coklat yang murah-murah pun jadilah.

Aku rasa bersyukur juga yang aku ni masih lagi single padahal nak juga ada experience macam Aisyah dan Thomas. Ops! I mean Fadhil. Tapi kita haruslah pilih pasangan dengan bijak. Selidij latar belakang dahulu mula dari A ke Z. Barulah kita boleh tahu yang pasangan kita ni bagaimana. Betul tak?

Merapu apa lah aku ni tetiba je. Aku ni bukannya jenis suka vakentine's day ni tapi mesti seronok kalau dapat bunga daripada seseorang yang kita cinta. Berangan pun berangan juga tapi jangan sampai ke laut Leila. Ada pelanggan.

Aku pun terus melayan seorang pemuda ini yang mahu membeli sejambak bunga. Aku pun membantunya memilih bunga yang paling sesuai untuk kekasih dia.

"Which colour would you like?" Kata aku pada pemuda ini apabila mahu membeli sejambak bunga ros. Terdapat pelbagai jenis warna bunga ros dan setiap warna ada maksudnya tersendiri. Pemuda itu kebingungan jadi aku pun menjelaskan maksud setiap warna bunga ros.

"Red is 'I love you'. White is 'My intentions are pure'. Pink is 'I like you'. Yellow means friendship or 'I care for you'." Aku menerangkan maksudnya satu persatu pada pemuda ini.

"Alright. I take the red roses then." Dia kata dan tersenyum.

"Very nice choice. It would be 5 euro." Pemuda itu pun membayar 5 euro dan membeli sejambak bunga ros itu.

"Have a nice day." Kata aku dengan ikhlas. Kemudian aku sambung kerja yang lain pula dan tetiba terdengar bunyi loceng menandakan ada pelangan masuk ke kedai.

Jadi aku terus ke kaunter untuk membantu pelangan apabila diperlukan.

"Bonjour Monsieur. How can I help you for today?" Kata aku ramah dan melihat pemuda itu. Apabila melihatnya, dia mempunya mata yang berwarna kelabu, putih melepak dan tinggi. Kalau dapt lelaki sehensem dia ni pun best juga tapi dia datang kedai ini pun mesti nak beli bunga untuk girlfriwnd dia.

Apabila pemuda itu melihat aku, dia seperti terpegun apabila melihat aku. Bagai tidak percaya apa yang dilihatnya di depan mata. Ada sesuatu ke kat muka aku ni sampai terkejut sangat nampak aku? Aku cuba memeriksa wajah aku dalam cermin tapi tiada apa pun di muka aku.

"You look familiar. Do we met before?" Kata pemuda itu.

"Ummm...no. I don't think we have met before sir."

"No, no. I think we really do actually. Let me remember it. Where do I have seen your face before? Ha...I remember now. You bumped into me when you were in a hurried at the Metro Paris station before." Katanya lagi.

Aku cuba mengingati situasi tersebut dan barulah aku ingat ketika itu aku dalam keadaan tergesa-gesa mengejar masa dan tidak sengaja terlanggar seorang lelaki tetapi aku tidak nampak sangat pun rupa lelaki yang aku langgar haritu.

"You kinda look cute too even though you are short." Kata lelaki ini lagi.

"Excuse me."

Dah kenapa dengan mamat ni? Dah mereng ke? Aku pelik dengan perangai tiba-tiba lelaki ini.

Bonjour Mr. ParisOù les histoires vivent. Découvrez maintenant