Bad Ass

13 0 0
                                    


Adam menjemput Leila untuk datang makan malam bersama keluarga Adam dan menyambut kepulangan sepupu Adam yang belajar dari German. Setiba sahaja ke rumah keluarga Adam, Leila seperti tidak percaya bahawa rumah Adam seperti rumah agam yang mewah. Apabila masuk sahaja kedalam rumah, suasana dalam rumah seperti hotel 5 bintang. Leila sangat terkejut akan keadaan ini dan apabila ibunya Adam datang, secepatnya dia memberikan salam.

"Leila gembira sangat kamu dapat datang sayang. Dah lama tak jumpa kamu." Kata Puan Jasmin sambil memberikan cium kedua belah pipi. Walaupun Puan Jasmin di negara barat tapi adat bersalaman masih diamalkan dan tidak dilupakan.

"Ya puan Jasmin. Lama juga tak jumpa dengan puan Jasmin. Puan apa khabar? Sihat?"

"Sihat alhamdulillah. Kan dah cakap panggil aje mama. Tak payah nak berpuanlah. Kita kan dah macam keluarga. Mama dah masak masakan melayu khas untuk Leila juga. Jom masuk sayang."

Mereka pun masuk ke ruang makan yang telah disediakan makanan. Bukan sahaja makanan melayu yang ada bahkan makanan barat juga ada diatas meja makan. Telah disediakan dan hanya tinggal untuk dijamukan sahaja. Kemudian Leila nampak lelaki yang serupa dengan Adam tetapi lebih berusia daripada Adam. Kulit dia lebih pucat daripada Adam dan matanya kelihatan agak letih. Pasti ini ayahnya Adam.

"Leila sayang, kenalkan ini papanya Adam."

"Gembira berjumpa dengan tuan. Saya Leila kawan Adam."

Ayah Adam hanya tersenyum dan ketawa kecil.

"Gembira dapat jumpa kamu juga Leila. Mama ni daripada semalam asyik bercerita tentang kamu sahaja. Begitu juga dengan Adam." Mata ayah Adam kini tertimpu pada Adam tetapi Adam hanya buat tak tahu dan berpura-pura batuk tapi pada pandangan Leila, dia pasti sedang menahan malu kerana telinga dia agak merah.

"Auntie, Uncle I'm home."

Kemudian keluarlah seorang gadis yang kelihatan muda setahun dari Leila. Kulitnya putih mulus, dengan makeup yang sangat natural dan padan dengan wajahnya dan dia tinggi lampai seperti seorang model. Cantiknya dia. Fikir Leila dan melihatkan dirinya yang tidak setanding pun dengan Leila.

"Mila sayang. Lama Auntie tak jumpa kamu. How was your trip dear?"

"Wonderful and finally I'm home. I miss you guys so much."

Perempuan yang bernama Mila kini berpelukan dengan ibu dan ayah Adam dan kemudian dia datang ke arah Adam pula.

"Adam why didn't you call me back?"

"I was a little busy Mila."

"But still you could at least call me back."

"Sorry but I got you something. Here." Adam pun memberikan sejambak bunga pada Mila dan Mila sangat teruja menerima bunga daripada Adam.

"Thank you Adam. I love you." Dia pun memeluk Adam sambil memberikan ciuman di pipi. Leila pula agak terkejut dengan apa yang dilihatnya tetapi dia cuba juga untuk menjadi positif. Sedang Mila gembira dengan bunganya, mata dia memandang pada Leila.

"Who are you?" Dengan sinisnya nada dia dan Leila agak terkejut tetapi dia memberikan senyuman juga padanya.

"I'm Leila."

"Ouhh Mila ini Leila kawannya Adam. Yang aunty pernah ceritakan pada kamu haritu. Leila ini Mila sepupu Adam."

"Ouhh dia ke." Mila seolah memandang rendah sahaja tetapi padangan dia tertumpu pada ayah Adam.

"Let's having a dinner together. Shall we."

Jadi masing-masing pun mengambil tempat masing-masing sambil menjamu makanan yang telah dimasak oleh Puan Jasmin.

"Aunty sedapnya masakan Aunty. It's been so long." Puji Mila.

"Of course. Aunty masak untuk Mila juga."

"So Leila how long you had been with Adam?" Tanya Mila dan itu membuatkan Leila tersedak.

"Excuse Moi?"

"Sudah berapa lama awak dengan Adam bersama?"

"Umm-" Leila teragak-agak mahu menjawab tetapi sebaliknya Adam yang tolong jawabkan soalan Mila.

"Me and Leila having a relationship together. Almost a month now." Kali ini Mila pula tersedak sedangkan ibu dan ayah Adam pula agak terkejut. Beberapa saat dalam keadaan sunyi antara mereka akhirnya Puan Jasmin bersuara.

"Mama sangat gembira untuk kamu berdua sayang. Kenapa Adam tak bagitahu mama daripada awal lagi?"

"Mama kan sibuk dengan hal fesyen show." Adam hanya mengeluh kecil dan minum air. Dan Mila pula seperti memberikan pandangan maut pada Leila dimana tiada siapa perasan akan kewujudan dia.

Apabila habis sahaja makan malam, Leila membantu Puan Jasmin mengemaskan meja makan walaupun Puan Jasmin sudah banyak kali menghalang dia tetapi Leila berkeras juga untuk membantu. Kemudiannya datangnya Mila.

"Tak sangka pula perempuan biasa macam kau ni dapat mengorat Adam eh. Berpuluh-puluh perempuan lain mengorat Adam dan Adam berpuluh kali juga melayan perempuan-perempuan macam mainan tapi kau pula berjaya memikat hati dia. Macam mana kau ngorat dia eh?" Kata Mila.

"Apa yang awak katakan ni?"

"Seriously? Ada ramai perempuan yang lagi cantik daripada kau yang Adam layan tapi dalam banyak-banyak perempuan, kenapa kau yang dia pilih eh?" Walaupun Mila ni sepupu Adam tetali dia seperti sudah dapat agak yang dia mesti tak puas hati dengan dirinya yang tak seberapa cantik ni.

"Manalah saya tahu. Tanyalah Adam sendiri." Leila mengambil pinggan-pinggan kaca ni untuk dibawa ke dapur tetapi dihalang oleh Mila.

"Kau dengar sini. Adam milik aku dan kau tak akan jadi pilihan dia. Aku dah kenal dia dari kecil lagi."

"Kalau awak suka sangat dengan Adam tu, pergilah ambil dia tu. Saya malas nak layan perangai manusia macam awak ni. Tiada kesopanan dan hormat dengan orang lain langsung." Leila dengan sinisnya membalas balik kata-kata Mila kerana dia sudah malas nak layan manusia yang berperangai macam tiada akal ni. Mila pula sangat terkejut dengan kata-kata Leila lalu dia menolak Leila dengan kuat sekali sehinggakan pinggan-pinggan yang dipegangnya terjatuh dan pecah lalu Leila pula terjatuh ke atas cebisan-cebisan kaca yang pecah.

Apabila terjatuh, Leila dapat rasakan sesuatu yang hangat dan hangat pada tapak tangannya. Dia melihat tangannya dan sangat terkejut. Kedua-dua tangannya mempunya luka yang sangat mendalam dan banyak darah mengalir. Semua penghuni di rumah sangat terkejut akan bunyi kaca yang pecah tadi dan melihat Leila dengan tangan yang dislauti dengan darah yang sangat banyak. Dia mengalami pendarahan yang dalam sehinggakan darah tidak berhenti mengalir keluar.

"Leila What happen?" Kata Puan Jasmin tetapi belum sempat Leila atau Mila untuk jelaskan situasi, Adam dengan cepat mengambil kain dan membalut kedua belah tangan Leila.

"Papa appelle rapidement une ambulance"(Papa call an ambulance quickly)

Adam menjerit dan ayah Adam telah pun membuat panggilan secepat yang mungkin. Leila pula pada awalnya tiada rasa sakit tetapi apabila melihat darahnya semakin banyak dan tidak berhenti mengalir, dia hampir mahu pengsan. Sedangkan Mila pula terkedu dan hanya berdiri melihat kejadian tersebut.

"Leila just wait for a while longer please. Don't close yor eyes please." Adam membisik pada Leila sambil membalut luka untuk hentikan pendarahan. Mata Leila hampir terpejam dan hanya melihat wajah Adam yang sangat risau dan apabila mata dia hampir terpejam, dia terdengar bunyi siren dan ketika itu juga Leila diselubungi dalam kegelapan.

Bonjour Mr. ParisOù les histoires vivent. Découvrez maintenant