Senang atau Susah?

15 0 0
                                    


Pengembaraan antara sekawan mereka telah pun berakhir. Aisyah dan suaminya akan balik ke London untuk berjumpa dengan keluarga Fadhil. Mereka mengadakan perjumpaan keluarga dan semua ini adalah idea daripada datuk Fadhil. Katanya dia mahukan meluangkan masa bersama keluarga. Jadi Leila dan Anais mengucapkan selamat tinggal pada Aisyah dan Fadhil dan begitu juga dengan Adam.

Setelah mereka telah habis mengucapkan selamat tinggal, Adam ingin mengatakan sesuatu dengan Leila tetapi Leila sentiasa mengelak atau menukar topik tapi biasanya dia akan cuba mengelak daripasa berjumpa dengan Adam.

Adam juga sudah beberapa kali menelefon dan memberi mesej kepada Leila tetapi Leila seakan-akan tidak mengendahkannya dan hanya mendiamkan diri sahaja. Adam berasa semakin geram dan menjengkelkan apabila Leila tidak merespon sebarang mesej dia sepanjang dua minggu. Jadi dia buat keputusan untuk menculik Leila.

Leila baru sahaja habis kelas untuk hari ini. Jadi dia merancang untuk pergi ke kedai bunga dan membelikan kek manisan untuk puan Daisy. Sejak kebelangan ini, Leila asyik sibuk dengan kerja kuliahnya sehingga tidak sempat untuk berjumpa dengan Puan Daisy.

Setibanya disana dengan bungkusan kek manisan untuk Puan Daisy, dia ternampak ada sebuah kereta yang sangat moden dan mahal untuk sesiapa memilikinya. Pasti pemiliknya adalah orang kaya. Entah siapa-siapa lah yang datang sini? Bukannya ada kedai brand mahal untuk shopping atau restorang mewah pun. Fikir Leila sejurus terdengar ada orang berdehem. Leila pun memandang ke arah orang itu tersebut.

Adam memakai jaket kulit hitam bersama kaca mata hitam sambil bersandar pada kereta tersebut. Dia nampak sangat bergaya seperti seorang model. Dia memandang ke arah Leila dengan sengihan dia dan kemudian mendekati pada Leila.

"Apa yang awak buat kat sini ha?" Kata Leila dengan sinis. Adam pun menanggalkan kaca mata hitamnya kemudian memandang Leila dengan tajam sambil tersengih.

"Jumpa dengan awak. Tak ke obvious tu?"

"Saya tak nak jumpa awak. Jadi awak boleh pergi sekarang." Leila memusing untuk masuk ke kedai bunga tetapi Adam dengan segera menghalang Leila daripda dia memasuki ke dalam kedai tersebut.

"Nope. I came here to talk with you. Sama ada kita ikut cara yang senang atau cara yang susah. Mana satu awak pilih?"

"Apa-apa je lh." Leila sudah malas mahu melayan karenah Adam lalu dia terus memintas dan berlalu pergi dari Adam.

"The hard way it is." Bisik Adam dengan diri sendirinya. Dia pun pergi mendapatkan Leila dan menarik beg Leila untuk dia mengikuti Adam ke arah keretanya.

"Hei nak pergi mana ni? Janganlah tarik beg saya." Leila pun dengan nada marah menarik semula beg yang ditarik oleh Adam. Apabila itu berlaku, Adam pun mengenggam kedua belah lengan Leila dan memaksanya masuk ke dalam kereta. Apabila Leila telah masuk ke dalam keretanya, Adam terus menguncinya.

"Buka pintu ni." Leila memberikan pandangan maut.

"Non. Tu me suivras."

Sepanjang perjalanan, Leila hanya memandang ke luar tingkap dan tidak menghiraukan Adam langsung pun. Adam ada juga beberapa untuk berborak sikit dengan Leila tetapi Leila nampaknya sangat marah.

Apabila sudah tiba, Adam membawa Leila pergi ke sungai La Seine dan membawanya naik ke feri. Leila pula seakan keliru dan masih nampak marah.

"Kita buat apa kat sini Adam?"

"Saya nak belanja awak makan malam."

"Tak payah. Saya nak balik sekarang juga."

"Saya tak akan bawa awak balik selagi awak tak nak naik ke feri tu."

Akhirnya Leila mengeluh dan patuh pada arahan Adam. Jadi mereka berdua pun naik ke feri di sungai La Seine dan hidangan makan malam di feri berlangsung pada malam yang indah.

Dua pelayan yang berseragam kemas menyambut kehadiran mereka berdua dan menyediakan makan malam yang mewah. Leila seakan-akan terkaku akan semua suasana ini kerana bagi dia, semua ini adalah terlalu mewah untuk dirinya. Setelah itu, makanan pun telah disediakan dan sangat mengejutkan Leila kerana makan malam yang Adam belanja dia adalah makanan laut yang berkelas tinggi dan dia tak sanggup untuk makan.

"Kenapa tak makan lagi? Ini adalah makanan yang paling sedap yang disediakan chef tau."

"Adam apa semua ini? Semua ni terlalu mewah untuk saya makan dan saya tak sanggup awak habiskan duit mahal-mahal begini untuk saya. Boleh tak straigh to the point. Apa yang awak nak bincangkan dengan saya ni?" Adam mengeluh lalu meletakkan sudu dan garfu di tepi pinggan dan memandang Leila dengan serius.

"Leila apa yang terjadi, apa yang saya salah yang membuatkan awak marah, saya minta maaf. Betul ni. Saya nak hubungan kita macam dulu balik." Leila hanya mengeluh dan penat akan semua ini.

"Saya tak tahu lagi nak buat macam mana sekarang ni tapi saya dengar perbualan awak dengan perempuan bernama Vivian. Nampaknya saya betul, awak memang kaki perempuan. Saya dah dengar rumour pasal awak dalam internet  dan majalah. Awak kaya dan seorang model dan sudah tentulah akan ramai perempuan terkejarkan awak."

"Leila, hubungan saya dengan Vivian sudah tiada apa-apa. Kami dah tak ada hubungan apa-apa lagi. Beri saya peluang Leila. S'il vous plaît."

"Saya ingat awak dah berubah Adam. Tapi awak tipu saya."

"Je suis pardon Leila. Saya tak berniat nak buat begitu. Tapi mulai hari ni, say janji saya akan berubah Leila. Demi awak. Tolong beri saya peluang kedua."

"Kalau begitu, awak kene buktikan yang awak berbaloi untuk saya. Saya tak boleh janji untuk beri awak peluang kedua kalau awak buat macam ni lagi."

"Baiklah. Saya akan buktikan pada awak yang saya berbaloi untuk awak. Beri saya masa dan awak pasti akan suka. Apa kata kita menikmati sahaja makan malam ni."

"Makan malam yang awak bagi ni terlalu mewah dan mahal untuk saya. Awak kene tau yang saya cuma sukakan benda yang simple je. Tapi memandangkan awak bersungguh, saya akan terima." Leila pun memberikan senyuman dan menikmati makan malam bersama Adam di atas feri sambil menikmati malam indah di sunga La Seine dia Paris.

Mereka berdua menikmati makan malam yang sedap dan setelah habis makan malam, mereka berdua duduk di anjung feri sambil menikmati pemandangan dan berborak bersama. Sehinggalah Adam menerima satu panggilan.

Menurut Adam, sepupunya yang berasal dari German akan datang melawat Adam dan keluarganya.

Bonjour Mr. ParisOù les histoires vivent. Découvrez maintenant