Trouble

45 5 0
                                    


Leila dan Adam sama-sama masuk ke dalam sebuah butik yang mewah. Leila melihat kedai itu sambil ternganga kerana dia tidak pernah sesekali pun masuk ke kedai yang berjenama mahal ini.

"This is your mother's shop?" Kata Leila dengan berbisik dan mukanya masih dalam keadaan yang masih terkejut lagi. Adam hanya ketawa dengan reaksi muka Leila. Sungguh conel sekali dan Leila bukan yang jenis tergedik yang mahukan barang yang berjenama dan dia juga bukan jenis yang yang nak kan perhatian.

"Mama I'm here." Kata Adam dan Leila pun melihat mana emak Adam. Apabila seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 40-an melihat Adam, dia terus meluru ke arah anak lelakinya dan mencium pipinya.

Leila melihat wanita ini, dia memakai pakaian yang tidaklah terlalu mewah dan menonjol sangat. Dia juga memakai tudung tetapi tudung yang telah digayakan dengan gaya  fesyen yang moden. Dia juga memakai make up yang biasa sahaja untuk menunjukkan gaya yang semula jadi. Tetapi wajah wanita ini tidak seperti Adam kerana wanita ini rupanya lebih kepada rupa dari Asia dan Adam tiada rupa Asia sangat.

"Leila I would to introduce you my mother, Jasmin Lefevre. Mama this is Leila that I've been talking about." Katanya perlahan.

"Leila. Really nice to meet you dear." Kata emak Adam sambil memeluknya kemudian berlaga pipi dengan Leila. Leila seakan-akan terkejut sebentar.

"Where are you from Leila?" Tanya emak Adam.

"Oh- uh, I'm from Malaysia." Jawab Leila dengan perlahan. Leila masih was-was dengan akan hubungan Adam dan Puan Jasmin ni.

"From Malaysia. Adam! Kenapa tak bagitahu Mama yang girlfriend kamu ni orang Malaysia?" Puan Jasmin mencubit lengan Adam.

"Maaa...dia bukan girlfriend lah. Kami kawan je." Rungut Adam seperti anak kecil sambil mengusap lengannya yang telah dicubit tadi. Leila lagi terkejut kerana Adam boleh berbahasa Melayu rupanya. Jadi memang betullah emak Adam ni dari Malaysia kan tapi bagaimana Adam boleh berbahasa Melayu pula? Eh apa ni semua ni sudah jadi keliru buat Leila sekarang ni.

"I'm sorry. Tapi Puan ni dari Malaysia juga ke? Tapi kenapa Adam tak nampak macam orang Malaysia dan bagaimana Adam boleh cakap Melayu ni? Adam betul ke Puan Jasmin ni emak awak?" Soalan demi soalan yang membuatkan Leila sangat keliru.

"Adam kamu tak beritahu dia ke?" Adam hanya mengaru kepala dan tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan hal ini dengan Leila.

"Mama akan berikan kamu sedikit masa dulu. Dah selesai jumpa Mama balik eh. Mama ada kerja sedikit ni." Puan Jasmin pun berlalu pergi meninggalkan Adam dan Leila.

"Begini Leila. Apa kata kita pergi duduk mana-mana kedai dulu dan order teh untuk tenang dulu. Kemudian saya boleh jelaskan segalanya pada awak. Boleh kan?"

Leila mengeluh kemudian berkata "Huuhhhh...baiklah.  Awak kene jelaskan semuanya dan kenapa?"

Jadi mereka berdua pun duduk salah sebuah kedai cafe yang berdekatan dan order teh dan sedikit biskut dan muffin. Kemudian perbincangan antara mereka berdua bermula dan suasana mula serius.

"Talk." Kata Leila yang tidak sentuh sedikit pun teh yang diorder oleh Adam. Adam meneguk sedikit teh. Setelah selesai dia pun menghadap depan Leila.

"Begini, nama sebenar saya ialah Adam Hugo Lefevre. Ibu kandung saya adalah Jasmin Lefevre yang awak jumpa tadi. Ayah saya pula Iskandar Louis Lefevre dan dia memang berasal dar Perancis. Ibu saya berkahwin dengan orang Perancis iaitu ayah saya. Ayah saya pula seorang mualaf yang sudah lama memeluk Islam dan ini menjadikan saya adalah anak kacukan. Dulu saya dibesarkan di Malaysia tetapi sekarang menetap di Paris kerana kerjaya ibu saya disini makin berkembang."

Bonjour Mr. ParisOù les histoires vivent. Découvrez maintenant