Le Festival

46 2 0
                                    


"Kejap, kejap, kau kata kau jadi model dia? Biar betul kau ni? Tak percaya aku."

"Betullah. I mean bukan jadi model dia. Emak dia yang nak aku jadi model dia. Adam tu lah yang cadangkan aku dekat emak dia. Bukan aku rela sangat pun. Tapi itu lah, dia yang paksa aku and heret aku jumpa mak dia."

"Tapi macam mana korang berdua kenal eh?" Tanya Zack. Leila hanya mendiam dan mengangkat bahu tanda tak tahu. Leila tak nak benda antara dia dan Adam menjadi isu persahabatan antara mereka berdua sebab dia tahu yang Zack memang ada hati dengan dia tetapi Leila cuma mengangap yang Zack hanyalah kawan. Tidak lebih daripada itu pun.

"Leila, janganlah selalu sangat bersama dengan dia. Kau tahukan yang dia tu playboy."

"Manusia boleh berubah." Jawab Leila dengan selamba sambil membuat sketching dalam buku lukisannya.

"Begitu juga dengan perasaan seseorang." Jawab Zack pula dengan muka tidak puas hati. Walau bagaimanapon, tangan Leila yang begitu khusyuk sekali melukis dan jari-jemarinya menari-nari di atas kertas tiba-tiba berhenti dan matanya memandang tepat ke arah wajah Zack. Leila tahu disebalik kata-kata Zack tadi tetapi Leila tidak sampai hati untuk lukakan perasaan Zack.

"Zack, kau tahukan aku tiada perasaan pun kat kau. Tolonglah faham."

"Leila, kenapa kau tak pernah ada perasaan kat aku? Apa yang kurangnya aku? Kau suka dia ke Leila? Apa yang dia ada yang tiada pada aku Leila?"

Soalan demi soalan yang ditanya oleh Zack dan Leila tidak boleh lagi berterusan begini. Mereka berdua sudah tempuhi isu ini berulang dan banyak lkali sebelum ini tetapi Zack selalu membangkitkan isu ini dan ini membuatkan mereka bergaduh berterusan sahaja.

"Zack sudahlah tu. Aku dah jelaskan kat kau banyak kali dah. Memang betul perasaan seseorang boleh berubah tapi tak boleh dipaksa. Aku anggap kau macam kawan aku, macam abang aku dah Zack. Not more than that. Kalau kau asyik ungkitkan benda ni lagi, aku rasa aku tak boleh nak kawan dengan kau lagi dah begini." Leila menutup buku sketchnya dan berlalu pergi daripada Zack.

"Leila tunggu!" Zack memanggil Leila lalu mengejar dia.

"Leila! I'm sorry okay! I'm so sorry." Zack menghalang Leila daripada berlalu pergi dan apabila dia meminta maaf pada Leila, barulah Leila berhenti dan Zack pula mengeluh serta mengurut belakang lehernya.

"Aku minta maaf sebab ungkitkan hal ini. Aku pun tak nak persahabatan kita terlerai begitu je. Kita pun dah berkawan sejak kecil." Leila tidak berkata apa lagi, hanya berdiam diri lalu Zack pun menyambung berkata lagi.

"Tetapi aku akan berusaha untuk ubah perasaan kau terhadap aku Leila. Aku akan berusaha untuk kau sukakan aku balik. Itu janji aku."

"Zack.." Leila ingin berkata tetapi diganggu oleh seseorang yang datang ke arah mereka berdua lalu berdiri sebelah Leila.

"Hai Leila." Sapa Adam dengan muka gembira yang terbit di wajahnya yang cerah. Zack pula sudah berasa tidak berpuas hati dengan kehadiran Adam di sisi Leila.

"Mamat saleh ni lagi ke? Kau sibuk kenapa?" Kata Zack dan Leila pula terkejut dengan apa yang Zack katakan tadi.

"Zack, apa yang kau katakan tadi haa.." Kata Leila lalu meminta maaf pada Adam.

"Leila, tak apa lah. Dia bukannya faham apa yang aku cakap tadi." Leila pula masih meminta maaf pada Adam tetapi Adam masih denga reaksi wajah yang tenang sahaja.

"Tak mengapa Leila. Saya harap drngan kehadiran saya ini tidak menganggu kamu Zack. Saya datang ni pun mahu berjumpa dengan Leila dan saya harap saya dapat pinjamkan sedikit masa dengan Leila. Harap kamu tidak kisah." Kata Adam dengan tenang sekali bersama dengan senyumannya lalu dia pun memandang Leila.

"Jom Leila. Saya pergi dulu." Kata Adam sambil meminta diri dan pergi bersama Leila. Sementara Zack pula dengan wajah yang sangat terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Adam sebentar tadi. Dia boleh berbahasa melayu dan ini bermaknanya dia faham apa yang aku katakan tadi. Getus hatinya denga perasaan yang masih terkejut lagi.

"Adam kita nak pergi ke mana ni?"

"Kita akan pergi ke Eiffel Tower hari ni." Katanya dengan teruja seolah-olah rasa keterujaan dia seperti seorang budak lelaki.

"Kita nak buat apa di sana?" Kata Leila dengan pelik.

"Dengarnya ada festival di sana." Katanya dengan senyuman riang sekali.

Terdapat sebuah festivel yang meriah sekali di depan Eiffel Tower. Ada permainan pistol air, merry-go-round dan pelbagai jenis makanan dan gula-gula dengan pelbagai warna serta bermacam lagi permainan di sini. Sungguh meriah dan penuh dengan pelancong dan keluarga yang datang untuk festival musim panas.

Jadi Leila dan Adam pun pergi menikmati festivel hari ini. Mereka bermain pistol air, main damak belon dan juga menikmati gula-gula yang ada. Adam juga ada menang dalam game baling bola masuk ke golnya dan mendapatkan patung kucing yang berwarna hitam dan bermata hijau untuk Leila.

Mereka berdua menikmati petang yang indah sekali dengan festival yang meriah sekali. Mereka juga mengadakan persembahan sempena festival yang ada. Kanak-kanak berlari sana-sini dan berkejaran bersama belon yang pelbagai warna. Kedengaran ketawa riang dan juga sebuah pasangan menari bersama gelak ketawa sambil menikmati muzik yang dipersembakan oleh sebuah kumpulan muzik.

Leila juga berasa sangat seronok apabila dapat menunggang kuda di merry-go-round bersama Adam. Mereka bergelak ketawa sambil menikmati pusingan merry-go-round. Mereka juga mengadakan sebuah pengangkutan kereta kuda yang dihiasi dengan pelbagai jenis bunga.

Adam pun dapat melihat reaksi Leila yang sangat teruja melihat kereta kuda tersebut. Kuda-kuda itu berwarna hitam dan putih dan mereka juga dihiasi dengan bunga. Mereka berdua pun mendekati kereta kuda itu dan Adam mahu membayar kepada pemandu itu untuk mereka berjalan-jalan dengan menaiki kereta kuda itu. Kemudian pemandu itu memberinya sekuntum bunga ros pada Adam.

"Donnez cette rose à votre amoureuse." ( Give this rose to your love lady)

Kata pemandu itu sambil matanya menunjukkan ke arah Leila seolah-olah pemandu itu tahu bahawa mereka adalah pasangan bercinta.

"Merci." Katanya dan menerima sekuntum bunga rose itu.

Adam memandangnya malu dan senyum tanda berterima kasih padanya. Setelah dia membayarnya, Leila tiada di sampingnya.

Adam pun dengan cuak mencari Leila dan rupanya dia bersama-sama dengan kuda-kuda itu sambil membelainya. Leila berasa sangat seronok membelai kuda-kuda ini. Mereka haiwan yang sangat gagah dan anggun sekali.

"Leila jom kita naik kereta kuda ini."

"Yeke?" Jawab Leila dan Adam dapat melihat ke dalam matanya. Di mata Leila, Adam dapat melihatnya dengan jelas bahawa Leila berasa sangat teruja dan gembira sekali kerana dapat naik kereta kuda. Jadi Adam pun membantu Leila menaikinya dahulu. Kemudian baru Adam duduk disebelahnya sekali.

Bagi Leila, ini kali pertama dia menaiki kereta kuda ini dan bunga-bunga ini teramatlah cantik yang telah mereka menghiasi kereta kuda ini. Mereka berjalan-jalan kelilingi Eiffel tower dan langit dia bandar Paris pula merah jingga menandakan hari semakin gelap dan mereka berdua menikmati petang yang indah ini. Sedang Leila begitu asyik sekali dengan pemandangan, Adam pula hanya memandang Leila sahaja.

Dan Leila perasan yang Adam sedang melihatnya dan keadaan mereka berdua pun tiba-tiba menjadi agak sedikit janggal. Adam hanya tersenyum melihat Leila mula berasa malu. Kemudian dia pun mengeluarkan sekuntum bunga ros tadi.

"C'est pour toi m'lady." Katanya berbisik dengan senyuman yang ikhlas dan hanya memandang Leila sahaja sambil memberikan sekuntum bunga ros. Leila pula agak terkejut dengan pemberian Adam. Leila mula berasa sangat malu dan hanya menerima bunga ros itu daripada Adam.

Leila mencium bunga ros itu. Bunga ros merah, mewakili simbol sebagai cinta. Adakah itu perasaan sebenar Adam terhadapnya? Adakah perasaan itu ikhlas daripada Adam sendiri terhadapnya? Bagaimana kalau perasaan itu memang betul-betul terbit di hatinya? Dan yang paling penting, adakah Adam ikhlas dan setia kalau betul pun dia ada perasaan terhadapnya? Kerana perasaan cinta di hati Leila telah mekar untuk Adam.





Bonjour Mr. ParisOù les histoires vivent. Découvrez maintenant