Balance ton quoi

10 0 0
                                    


Assalammualaikum


Bonjour!


Just want to say, another my fav french song by Angèle.
Ada 1 baris lirik dlm lagu ni yg agak popular dikalangan utk perempuan.
👇👇👇



Même si tu parles mal des filles je sais qu'au fond t'as compris 

-Even if you speak badly about girls I know that deep down you understood 

Kalau korang tau maksud disebalik ayat ni and kalau korang faham disebalik maksud ayat kat atas ni, korang boleh komen.


Enjoy reading!
















Hampir seminggu dua minggu juga Leila tak jumpa Adam. Kali terakhir mereka bersua muka pun semasa Adam datang ke rumah Leila untuk berbincang dan selesaikan hal hubungan antara mereka tetapi sejak Adam pergi balik daripada rumah Leila, Leila tidak menerima apa-apa khabar atau berita dari Adam kerana dia terus mendiamkan diri. Tiada panggilan, tiada berbalaskan mesej dan terus lenyap, tak jumpa dan tidak bercakap depan-depan lagi.

Leila terfikir juga, kali terakhir dia kata pada Adam adalah dia suruh Adam tanya pada Mila sendiri kenapa dia buat begitu pada Leila. Pada mulanya Adam mahu bertanya lagi lebih terperinci kerana dia sangat keliru kenapa Mila mahu cederakan Leila sampai begitu sekali tetapi Leila terus tutup pintu.

Adam mengetuk pintu tetapi Leila tidak mahu berbincang dan kemudian sunyi sepi menemani bermakna Adam telah beredar dan sejak itulah kali terakhir mereka berjumpa dan tak contact lagi.

Sedang Leila betbasikal di sekitar kota Paris, Leila begitu menikmati suasana pagi yang indah hari ini. Leila menyinggah di kedai bakeri untuk membeli pastri dan kemudian dia akan singgah ke kedai bunga yang dia pernah berkerja sebelum ni untuk berkongsi dengan Puan Daisy.

Sedang Leila memilih pastri apa yang dia mahukan, tiba-tiba dia ternampak kelibat Adam di luar tingkap bakeri. Adam seperti berjalan dengan seseorang dan seseorang itu seperti perempuan. Bukan perempuan biasa sahaja malah perempuan tu nampak macam seorang model. Mereka berjalan bersama, tangan perempuan itu berpaut pada lengan Adam sambil ketawa dengan mesra sekali.

Muka Leila terus kemerah-merahan, menahan rasa kemarahan yang sedang membuak-buak dalam dirinya. Selama ni dia tak contact aku sebab dia sedang bermesra dengan perempuan lain! Fikir hati Leila.

Leila sangat marah dengan tindakan Adam sampaikan dia ambil pastri yang berdekatan dengan dia secara kasar dan terus ke kaunter untuk membayar. Pekerja kaunter tu pelik dan berasa agak takut apabila melihat muka Leila yang sedang menahan kemarahan.

Selesai sahaja membayar di kaunter, Leila meletakkan pastrinya ke dalam bakul depan basikal dan berbasikal ke kedai bunga pula. Dia masih nampak kelibat Adam dengan perempuan tu masih ketawa mesra dan sangat rapat. Tanpa disedari, Leila tersadung pada sesuatu di atas jalan dan dia terjatuh dar basikalnya sendiri.

Pastrinya, basikal dan Leila terjatuh sekali dan ianya memang sakit. Leila mengaduh kesakitan dan melihat lutut kakinya luka akibat terjatuh tadi.

"Leila kau tak apa-apa ke?" Tiba-tiba ada suara yang Leila kenal sangat. Sebaik sahaja nampak kelibat pemilik suara yang menghampiri Leila, Leila tak sangka dapat berjumpa semula sahabat lamanya, Zack.

"Zack?"

"Macam mana kau boleh jatuh macam ni Leila?"

Zack cuba untuk membantu Leila berdiri semula tetapi dia perasan yang kaki Leila luka. Dia mengambil begnya dan mengeluarkan plaster. Dia pun menampal plaster ke atas luka tu dengan lembut dan berhati-hati.

"Dah at least boleh cover luka ni. Jom boleh berdiri tak?"

Leila pun berdiri dengan perlahan. Kakinya masih rasa sakit dan sedikit kebas tapi masih boleh seimbangkan badan. Zack pun tolong mengangkatkan basikal dan bekas-bekas pastri. Alamak pastri, sia-sia je!

"Alamak pastri! Sayangnya dah jatuh."

"Jangan risau. Pastri kau semua selamat lagi. Boleh makan tapi ada yang tak berapa nak selamatlah."

"Aww...sayangnya." Leila seperti hampir mahu menangis sebab pastri adalah kegemarannya. Tak kisah pastri jenis macam mana sekali pun dan Zack juga tahu betapa sukanya Leila dengan pastri.

"Jomlah! Janganlah risau. Aku belanja kau pastri baru sambil tu aku belanja teh sekali untuk kau. Dah jangan nangis."

Zack ketawa kecil kerana dia seronok melayan Leila seperti adiknya sendiri walaupun perasaan cintanya ditolak. Leila hanya mampu mengangguk setuju dan hanya mengikuti Zack.

Leila sedih dan marah pada masa yang sama. Kecewa pun ada kerana semua ni berlaku hanya kerana fikirannya terganggu disebabkan Adam bersama dengan orang lain.

Setelah Zack meletakkan semula semua pastri ke dalam bakul basikal, dia pun membawa sekali basikal bersama dan Leila ikut bersama sekali. Zack membawa Leila ke kafe yang berdekatan dan order kopi untuk dia dan teh chamomile untuk Leila.

Dia juga ada pesan kek dan biskut sebagai snack. Apabila pesanan mereka telah sampai, mereka berdua pun menikmati bersama.

"Dah? Rasa okay sekarang?" Tanya Zack. Setelah Leila menghirup teh nya, dia menghelakan rasa lega.

"Dah. Terima kasih Zack. Sorrylah buat susah kau je."

"Eh takde hal sangatlah. Lagipun kita pun dah lama tak jumpa kot."

"Betullah tu. Kau apa khabar sekarang? Macam mana keadaan di Poland?"

"Biasa je. Adalah buat tu, buat ni. Mostly kerja je lah."

Leila ketawa kecil, begitu juga dengan Zack apabila mereka berdua berkongsi cerita dan gurau-senda tetapi tanpa mereka sebenarnya menyedari, dari jauh Adam melihat mereka berdua saling bermesra bersama dan itu membuatkan dia berasa cemburu akan kemesraan mereka berdua.

Adam mahu menuju ke arah meja, mahu tarik Leila jauh dar lelaki itu tetapi apabila dia memulakan langkah pertamanya untuk ke arah Leila, lengannya ditarik oleh Rose.

"Où veux-tu aller Adam?"
(Where do you want to go, Adam?)

"Oh! Nulle part."
(Oh! Nowhere.)

"Allons à ce café alors, j'ai entendu dire qu'ils avaient un nouveau verre."
(Let's go to that cafe then, I heard that they have a new drinks.)

Rose tarik lengan Adam ke kafe dimana Leila dan Zack sedang bersantai disana. Adam pula sudah buntu, tak tahu nak buat macam mana tapi mereka berdua semakin menghampiri mereka berdua.

Sebaik sahaja mereka menghampiri kafe, Leila yg sedang ketawa terus tiada senyuman diwajayh apabila nampak kelibat Adam yang sudah pun menghampiri di meja mereka berdua.

"Adam?"

"Leila."

Lelaki yang duduk dihadapan Leila terus memusing je belakang dan melihat Adam dan Rose yang masih memeluk lengan Adam melihat antara Adam dan Leila. Keadaan suasana antara mereka berdua senyap dan kekok kerana Adam dan Leila saling berpandangan tanpa berkata apa.

Bonjour Mr. ParisOù les histoires vivent. Découvrez maintenant