"Abang,mana awek kesayangan abang ni. Mila lapar ni... "
Syamila bersuara tiba-tiba. Perut sudah buat orkestra. Lapar giler.Syamil kejap-kejap pandang telefon. Dia pun risau hampir 20 minit Wanda belum muncul lagi. Syamila rasa bosan. Lambat!
"Abang, try lah call kak Wanda.. "
Desak Syamila. Baru Syamil capai telefon, kelihatan seorang gadis melangkah anggun ke arah meja mereka ."Sorry, sayang. I lambat. "
tegur seorang gadis. Syamila mendongak. Gadis tersenyum manis kemudian senyumanya mati tatkala terpandang Syamila."Tak pe.Have a seat. "
"Sorry sangat. I terlupa yang kita dah janji nak lunch sama. Siapa ni? "
tanya Wanda dengan nada menjengkelkan. Syamila meluat melihat gelagat Wanda. Harap muka je cantik. Macam manalah abang boleh terpikat dengan perempuan macam tu.
Tapi biarlah. Abang dah suka. Nak buat macam mana."My sister, Syamila. Ini Wanda. "
Syamila menghulurkan tangan untuk bersalaman. Hendak tak nak menyambut huluran tangan Syamila. Sombong. Mentang-mentanglah model terkenal."Sayang, I teringin nak makan steak. Boleh kan? "rengek Wanda. Berbulu mata Syamila memandang. Gediks!
"Boleh. Mila? "
"Mana-mana bang. Asalkan halal dan toyiban. "Syamil mengamit seorang pelayan. Setelah membuat pesanan, Syamil berbual mesra dengan Wanda.
Perbualan mereka terhenti apabila pesanan tadi tiba. Syamila hanya memandang steak yang berada di pingganya. Takkan makan daging je. Dah macam harimau pulak makan daging.
Syamila kurang gemar makan barat. Dia lebih suka selera Melayu. Tekak orang Melayu.
Kalau keluar bersama Nonni dan Fikry, mereka lebih suka lepak di restoran mapley. Pekena roti canai dan teh tarik. Pergh sedap tak hengat!
Selepas makan, Syamila bergegas ke rumah kecik. Perut Syamila akan sakit kalau makan makanan barat. Sebab itu Syamila tak suka.
Selesai melepaskan hajat telefonnya berbunyi minta di angkat. Syamila menyeluk sling bagnya. Melihat di skrin. Tertera nama Nonni ku sayang.
"Helo, apa hal? "
"Hoi, garangnya. Terpijak periuk api ke? "
"Tak tertelan tebuan! "Syamila buat lawak sarkastik.
"Jomlah lepak kat tempat biasa. Ada fikry. "ajak Nonni."Aku keluar makan dengan future sister in law. "
"What??? "Nonni menjerit. Syamila menjauhkan telefon dari telinganya. Perempuan ni kalau tak menjerit tak boleh ke? Mau pecah koklea telinga aku ni. Tak memasal pekak seumur hidup."Sakit woi telinga aku. Abang aku yang ajak makan sama. "
"Alah, frust aku. Abang kau nak kahwin.. "gurau Nonni.
"Tak hingin aku nak berkakak iparkan kau... "
"He.. He... He"Nonni ketawa.
"So, kau tak nak join lah. "
sambung Nonni.
"Tak kut. Sorry ye. Lain kali ok."
"Okeylah. Orang tak sudi... "
"Send me regard to Fikry. "
"Kbye. "Nonni mematikan talian telefon. Syamila tersenyum. Macam-macamlah si Nonni ni.
Syamila kembali ke meja semula. Kelihatan Syamil dan Wanda sedang berbual mesra. Nampak sangat Syamil sedang bahagia.
"Lamanya kat tandas. "
"Sorrylah. Tadi Nonni call Sembang jap. "ujar Syamila. Wanda hanya senyum. Ala senyum plastik."Ye ke Nonni call. Entah-entah boyfriend kut."usik Syamil.
"Kalau ada boyfriend nape? Tak boleh ke? "Syamila tersentap."Mila, abang minta maaf. "
Syamila bangun dari situ.
"Mila nak ke mana? "
"Balik! ""Abang hantar balik. "
"Tak payah. Mila boleh naik teksi."
Syamila terus menahan teksi."Manalah si Syamil ni. Ngada-ngada si Syamila ni. Nak kena pujuk bagai. Hati aku yang panas tak ada sapa yang nak pujuk. "
Gerutu Wanda.Syamil melangkah ke arah Wanda.
"Sorry. "
"Kenapa dengan adik you? "
"Merajuk. Balik nanti I pujuk dia."
kata Syamil."Sayang, I nak balik ke agensi. Kami ada rehearsal. Esok ada fashion show."
"I hantar you. You tunggu kat kereta. Nanti I datang. "Wanda bangun. Seorang pelayan membawa bil. Syamil menghulurkan kad kredit. Selesai membuat pembayaran, Syamil terus menghantar Wanda pulang ke agensi semula
YOU ARE READING
SEDETIK CINTA
RandomSyamil dan Syamila merupakan adik beradik angkat. Syamila di paksa kahwin dengan Syamil kerana tunangnya lari ke perancis. Saat Syamila mula jatuh cinta pada Syamil, si cik bekas tunang muncul mahu mengambil haknya kembali. Syamila keliru samada m...