SD 10

5.8K 115 1
                                    

Pensil terselit di telinga. Nampaknya Syamil memang sibuk dengan kerjanya. Sampai terlupa waktu makan.

Pintu terbuka. Syamil terdengar langkah kaki orang masuk.

"Joe, aku tak nak keluar makan."
kata Syamil tanpa memandang. Tiada suara yang memberi respon.

Syamil angkat muka. Terkejut melihat figura yang berdiri di hadapannya.

"Macam mana you boleh masuk."
Wanda hanya senyum. Dia merindui lelaki itu.

"You nampak sibuk. Dah banyak kali I ketuk tapi tiada jawapan. So I masuklah... "

"Nak apa? "
Wanda melangkah ke arah Syamil. Dia duduk di birai meja. Wanda memegang tali leher Syamil.

"I nak you lah. Kita lunch sama-sama. I miss you... "
Wanda mengesel-ngesel Syamil. Serta merta Syamil bangun.

"Lebih baik you keluar... "
"You ni sombonglah. Kalau you tak nak keluar lunch dengan I, I ajak Mila. Mila takkan menolak."
ugut Wanda.

"Jangan ganggu Mila, dia wife I."
"You ingat wife you tu baik sangat. Keluar dengan jantan lain. "

Wanda mengeluarkan  iPhone lalu dihulur pada Syamil.

"Apa ni? "
"Tengoklah sendiri.. "

Hati Syamil tiba-tiba menjadi marah. Dalam diam, Syamila ada buat hubungan  dengan lelaki lain. Patutlah dia bersikap dingin pada Syamil. Tak guna!!

Wanda hanya senyum. Plan untuk huru hara hidup Syamil dan Syamila hampir berjaya. Dia akan pastikan Syamil jadi miliknya.

"Tak guna! "
gumam Syamil.

Wanda ketawa jahat.
"I keluar dulu, sayang... "
Wanda beredar dari situ. Syamil mengeluh. Kenapa kau muncul, Wanda.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Syamila masih menunggu kepulangan Syamil. Jam sudah hampir ke angka 8 ,Syamil masih belum kelihatan lagi.

Syamila risau. Takut kalau ada sesuatu perkara buruk yang akan berlaku pada Syamil. Dia cuba mendail nombor Syamil. Namun tiada jawapan.

Kedengaran bunyi deruman enjin memasuki garaj. Tentu Syamil sudah balik.

Pintu dibuka dari luar. Syamila terus meluru ke pintu rumah lantas mencapai briefcase Syamil.

"Abang lapar tak? "
Syamil hanya menggeleng.
"Mila dah masak lauk favourite abang. "
Syamil geleng lagi.

"Abang, jom... "
Syamil angkat tangan pada Syamila.

"Nanti Mila. Abang penat ni! "
"Tapi-"
"Please Mila. Abang penat. Kepala abang berserabut. "
Suara Syamil naik satu oktaf. Syamila terus diam.

Syamil terus melangkah meninggalkan ruang tamu dan Syamila hanya mampu memandang.

Syamila duduk kat balkoni. Dia sedih bila Syamil meninggikan suaranya.

Syamil keluar dari bilik mandi. Dengan rambut separa basah, dia mencari Syamila.

Dia kerling jam di dinding dah pukul 10.30 malam. Dia mencari Syamila di bilik, rupa-rupanya Syamila duduk di balkoni.

Syamil mahu bertanya tentang lelaki yang Syamila jumpa tengahari tadi, lidahnya kelu untuk bertanya.

Mungkin kawan sekolahnya.
"Kau tak boleh terburu-buru marah kan dia. Entah-entah budak lelaki itu memang kawan baik dia. "

Dia teringat nasihat Johan. Betul juga. Dia tak boleh terus marah tanpa mendengar penjelasan dari Syamila.

"Aku takut Wanda fitnah kau. Maklumlah korang tak jadi kahwin. Apa-apa hal korang kena bincang. Dahlah dulu kau paksa Mila kahwin dengan kau.. "

"Ok. Aku ikut nasihat kau. "
Johan menepuk bahu Syamil.

Syamila kalih ke tepi bila terasa hangatnya tubuh Syamil duduk di sebelahnya.

Syamila lekas bangun tetapi cepat tangan Syamil capai lengan Syamila. Syamila kembali duduk.

"Nak ke mana? "
"Nak tidur. "
"Temankan abang. "

"Malas. Mila nak tidur. Ngantuk sangat ni. "
Syamila berpura-pura menguap.
"Mila merajuk dengan abang ke?"

Bulat mata Syamila pandang Syamila. Tadi marah. Ni nak pujuk pulak. Sorry I tak cair dengan pujukan you.

"Abang minta maaf. Abang janji, takkan naikkan suara pada Mila."Syamil memohon maaf. Dia sedar dia telah mengecilkan hati Syamila. Syamila tunduk membisu.

"Mila.."meleret suara Syamil memanggil Syamila. Syamila memandang wajah Syamil.
"Janji, abang tak tinggikan suara pada Mila?"

Syamil angkat tangan.
"Abang janji.. Temankan abang makan.."
"Alah, abang makanlah sendiri. Mila ngantuk ni. "
"No.Abang nak Mila temankan abang makan.. Kalau tak... "
Syamil tersengih nakal.

"Kalau tak apa? "
"Abang cium.. "Ugut Syamil.
"Hish! Abang ni main ugut-ugut pulak. Jom.. "
Syamila menarik tangan Syamil. Mereka beredar ke ruang makan.

SEDETIK CINTAWhere stories live. Discover now