SD 4

4.9K 107 1
                                    

"Ummi...Syamil ada perkara nak bincang pada ummi. "
kata Syamil memulakan bicara. Puan Sarimah menoleh.

"Hal apa Syamil? "
"Syam.. Syam.. err.. "
Syamil tergagap - gagap.

"Abang nak kahwin ummi.. "
Tiba-tiba Syamila menyampuk. Terjegil mata Syamil memandang Syamila. Syamila menjelirkan lidah.

"Kahwin?"puan Sarimah terkejut. Biar betul anak teruna aku nak kahwin.

"Syam, tak main-main? "
"Betullah ummi. Syam serius ni. Lagipun girlfriend Syam pun dah setuju."

"Bawaklah dia ke rumah. Boleh ummi dengan abah kenal."
"Hujung minggu ni boleh ,ummi."
"Boleh. Dah mari kita breakfast. Ummi nak panggil abah. Dia ada kat luar tu. "

Puan Sarimah beredar dari situ.
"Mila, masih marahkan abang?"
Syamila masih membisu.

"Mila sayang. I'm sorry... "Syamil berusaha memohon maaf. Syamila masih lagi membisu.

Syamila menyenduk sesenduk mi goreng ke dalam pinggan. Syamil pegang tangan Syamila. Syamila menepis.

"Apa pegang pegang tangan orang ni. "marah Syamila. Dia menyuap mi goreng ke mulut. Selepas menghabiskan sepinggan mi goreng, Syamila beredar dari situ.

"Kenapa dengan Mila tu, Syam?"
Tanya encik Saifullah sebaik tiba di meja makan.

"Datang bulan kut! "
selamba Syamil menjawab.
"Ada yang tak kena la tu. "ujar puan Sarimah.Puan Sarimah menyenduk mi kemudian di hulur pada pada encik Saifullah.

Syamil segera bangun setelah menghirup air kopi. Dia mahu memujuk Syamila. Hidupnya sunyi kalau dia tak bercakap dengan Syamila.

"Syam nak kemana? "
"Pujuk Mila... "
Syamil terus memanjat anak tangga menuju ke bilik Syamila. Dia mengetuk pintu bilik Syamila.

"Mila.. boleh tak abang masuk?"
Tanya Syamil.
"Masuklah. Pintu tak berkunci."suruh Syamila.

"Mila masih marah pada abang lagi? "
"Tak. Mila cuma kecik hati. "
"Sebab apa? "
"Abang lebih pentingkan kak Wanda. Sampai abang tak pedulikan Mila... "
Syamil ketawa. Ni mesti kes cemburu. Memang Mila cemburu pun. Opps!

"Abang sayangkan Mila dan abang juga cintakan Wanda. Wanda juga penting dalam hidup abang... Kalau abang kahwin, abang janji takkan abaikan adik abang sorang ni.. "
Syamil mencubit pipi Syamila. Syamila mengadu sakit.

"Sakitlah bang."Syamila mengosok pipi yang kena cubit.
"Adik abang ni cute kalau marah."komen Syamil.

"Erm nak beli jiwa la tu.."Syamila mencebik.
"Abang serius tau. "
"Ha, seriusla sangat. Mila nak study. So.. jangan kacau Mila. "
Syamila menolak tubuh Syamil keluar dari bilik.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Sayang, I dah beritahu ummi hal kita.."
kata Syamil memulakan bicara.
"Ummi you cakap apa?"
"Dia nak I bawa you kerumah hujung minggu ni. "

"Sayang,kalau I nak teruskan kerjaya I, lepas kita kahwin..boleh tak. "
tanya Wanda. Dia sayangkan bidang peragaan.

Syamil hanya diam. Dia tidak tahu samada mahu mengizinkan atau tidak.

"Sayang, apa kata you berhenti jadi model. Jadi housewife sepenuh masa I boleh tanggung you.. "cadang Syamil

"You, I tak boleh berhenti. I suka jadi model. Mama dan papa pun tak kisah... "

"Itu I tahu. Tapi I future husband you, Wanda. "

"Bagi I masa untuk berfikir. "
"Ambillah berapa lama masa untuk you berfikir."
ujar Syamil. Wanda terpaksa bersetuju walaupun hatinya separuh rela.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Syamil membawa Wanda pulang ke rumah untuk di perkenalkan pada ummi dan abahnya.

"Dah balik. Mari masuk. "
pelawa puan Sarimah.
"Auntie apa khabar? "tanya Wanda sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Auntie sihat. "balas puan Sarimah.
"Itu abah I, encik Saifullah.."perkenal Syamil.
"Uncle sihat?"Wanda bertanya sopan.

"Sihat. Marilah kita makan.Mah ajaklah tetamu kita tu. " kata encik Saifullah.
"Hish! abang ni tak menyempat."sempat lagi puan Sarimah membebel "Jom Syamil, ajak Wanda tu.. "

Mereka beredar ke meja makan. Wanda tertanya-tanya di mana adik kesayangan Syamil. Dari tadi dia tak nampak.

Selepas makan. Mereka berbual. Syamil rasa gembira kerana puan Sarimah dan encik Saifullah dapat menerima Wanda.

SEDETIK CINTAWhere stories live. Discover now