"Masuklah.. "suruh Syamil seraya membuka pintu. Syamila melangkah masuk. Syamila terpegun dengan hiasan rumah itu. Cantik.
Syamil membawa Syamila melihat ruang dapur. Semuanya lengkap.
"Suka?"
"Suka. Cantik. Patutlah abang jarang balik rumah."puji Syamila.
"Jom, kita naik atas."ajak Syamil. Syamila hanya menurut."Ini bilik utama. Bilik kita. Dua lagi tu bilik untuk tetamu."Syamil mahu membuka pintu bilik, namun Syamila menolak.
"Mila nak bilik ni."kata Syamila. Seram bila dia satu bilik dengan Syamil.
"Tapi.."
"Please, abang. Mila belum bersedia lagi. Harap abang faham."
"Abang faham."gumam Syamil.
Syamil beredar dari situ. Riak wajah Syamil berubah redup. Syamila rasa serba salah.Selepas solat subuh, Syamila menyediakan sarapan untuk Syamil. Entah mimpi apa malam tadi, tiba-tiba Syamil mengidam nak makan nasi lemak.
"Assalamualaikum... "
Syamil memberi salam. Syamila menjawab salam. Syamil berdiri dibelakang Syamila."Sedap... Buat perut abang lapar."
"Abang duduk dulu, Mila nak bancuh air... ""Mila duduk, biar abang bancuh air..." Syamil mengambil teko yang dipegang oleh Syamila. Dia membancuh air kopi.
Syamil duduk di hadapan Syamila. Syamila menyenduk nasi lemak ke dalam pinggan lalu di hulur kepada Syamil.
"Abang, Mila nak minta izin. Nak keluar.."
kata Syamila. Suapan Syamil terhenti."Mila nak ke mana?"
"Mila nak jumpa kawan sekolah. Lagipun Mila bosan duduk kat rumah.""Pergilah. Tapi balik awal."
Syamila senyum.
"Okey boss!"
Syamil hanya menggeleng.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Fikry resah menanti kedatangan Syamila. Dia merindui gadis itu. Rindu untuk menatap gadis yang menjadi pujaan hatinya.
Kali terakhir dia bertemu dengan Syamila ketika mereka sama-sama mengambil keputusan peperiksaan STPM.
"Assalamualaikum. "
Syamila memberi salam. Fikry berpaling lalu menjawab salam itu."Sorry, lambat tadi ada hal.. "
"Tak pe. Saya pun baru je sampai."
Fikry gugup bila berhadapan Syamila. Syamila mengulum senyuman.Fikry mencuri pandang pada Syamila. Kau makin cantik Mila. kata hati Fikry.
"Sebenarnya, ada apa ye awak nak jumpa saya? " lembut Syamila bertanya.
"Apa kata kita makan dulu. Saya belanja awak... "
"Okay. Saya pun dah lapar ni. "
balas Syamila. Fikry mengamit seorang pelayan. Pelayan itu datang ke arah mereka berdua.Selepas mengambil pesanan, mereka menyambung kembali perbualan yang terhenti.
"Sekarang ni awak buat apa?"
"Tanam anggur. Tapi tak berbuah.Awak?""Saya dah berhenti kerja. Esok saya nak ke UK. Dapat tawaran belajar kat sana. "
"Tahniah. Saya ni tak tau bila nak dapat. "
Syamila mengeluh."Sabar ye. InshaAllah awak akan dapat. Sebenarnya saya nak jumpa awak bukan nak bercakap pasal study tapi.... "
kata-kata Fikry mati disitu, apabila pelayan tadi menghantar pesanan tadi.Syamila menanti kata-kata yang akan diluahkan oleh Fikry.
Fikry rasa gementar mahu meluahkan perasaannya."Sebenarnya saya jatuh cinta pada awak.. "
lega akhirnya Fikry dapat meluahkan perasaanya.Syamila tergamam. Fikry meluahkan perasaanya.
"Sejak bila? "
"Sejak kita mula-mula jumpa. "Syamila cuba mengingatkan kembali pertemuan pertama mereka. Ketika itu mereka di tingkatan satu.
Fikry pernah menolong Syamila ketika Syamila jatuh di dalam longkang ketika balik sekolah.
Waktu itu Syamila dan Nonni berlari dari di kejar anjing. Entah macam mana, Syamila jatuh ke dalam longkang.
Kebetulan juga Fikry lalu di kawasan itu, lalu menolongnya. Sejak peristiwa itu, mereka bersahabat baik.
Fikry meletakkan satu kotak baldu berwarna merah di hadapan Syamila.
Terkebil-kebil Syamila memandangnya. Apa semuanya ni?
"Saya nak lamar awak jadi kekasih saya. Saya ikhlas Mila."
kata Fikry. Dia memang sayangkan Syamila lebih dari seorang kawan."Fikry, saya tak boleh... "
"Tak boleh? Apa maksud awak?saya tak faham. "Syamila menarik nafas kemudian di hembuskan kembali. Hanya Fikry yang tidak tahu tentang status dirinya.
"Saya minta maaf. Saya dah kahwin." beritahu Syamila.
Fikry benar-benar terperanjat. Gadis yang di cintai kini sudah menjadi milik orang. Dia kesal tiada sesiapa yang bagitahu. Termasuk Nonni. Sengaja Nonni nak kasi dia malu. Dia terlambat untuk memiliki hati Syamila.
"Siapa lelaki itu?"
"Abang Syamil."Dahi Fikry berkerut.
"Abang Syamil tu, bukan ke dia abang awak."
"Dia abang angkat saya.."
Mereka terdiam seketika."Awak bahagia?"
soal Fikry tiba-tiba. Spontan Syamila pandang Fikry. Perlahan-lahan dia mengangguk."Saya doakan agar awak bahagia bersama abang Syamil. Tapi kita masih boleh berkawan kan?"
"Ya, kita tetap bersahabat. Awak, Nonni. Saya juga berdoa agar awak bertemu dengan gadis yang ikhlas mencintai awak.."
Doa Syamila."Amiin.Terima kasih, Syamila..."
Tanpa di sedari ada seseorang yang perhatikan mereka berdua.
YOU ARE READING
SEDETIK CINTA
RandomSyamil dan Syamila merupakan adik beradik angkat. Syamila di paksa kahwin dengan Syamil kerana tunangnya lari ke perancis. Saat Syamila mula jatuh cinta pada Syamil, si cik bekas tunang muncul mahu mengambil haknya kembali. Syamila keliru samada m...